♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, January 9, 2012

PerCuTiAn SinGkAt - FraSer's HiLL

Suka tau holiday tak dirancang ni. Disebabkan kebosanan nak jenjalan area KL ni, nak ke shopping complex malas, hubby telah memberikan idea yg memula aku dgr mmg best pada mulanya tp lepas tu tobat taknak pegi lagi. Hubby ajak ke Fraser's Hill. Gerak dr Gombak kol 12 tghari.
Kami mmg tak penah sampai sana. Baju anak² mmg dah ada, baju kami sorg sehelai cukupla. Manala tau kalau best, leh la check in hotel sana. Tu sebelum sampai sana la.. budget best je.
Pasang GPS. GPS tunjuk ikut jalan Kuala Kubu Bharu. Tp, aku rasa kalau ikut Bentong macam lg dkt je. En hubby kata ikut jela GPS tu.. Hmm.. lantakla. Dia yg bawak aku ikut jela. huhu.
Ikut jalan Ulu Yam. Syokla dapat tgk empangan. Singgah jap empangan sungai selangor yang besar. Ingat lagi masa keje SYABAS dulu, tiap² bulan buat report pengeluaran air empangan. huhu..


 di Empangan Sungai Selangor

Dalam kete, Echa dan Ayna dah tido. Senang skit sbb kepala dahla pening. Nak handle budak kecik Ayna ni lagi.

Sampai sana jam 2.30 ptg. Rehat 30 minit dulu sbb kepala ni pening sesgt.


  
ada staff sini baik hati nak tlg snapkan gambar
leh lak lupa nak bwk stand kamera ni..

 

                           
ke sini tgk bot
Echa sibuk ajak naik bot
abis sape nak jaga Ayna ni??


Echa suka bg makan ikan
3 bungkus tu
dah abis dia gi beli sendiri

kemudian kami ke Air Terjun
napela jauh² sgt tempat kat sini
kena lak ngadap jalan pusing² lagi
peningggggggggg!!

dah sampai ada la dalam 10 buah kete parking kat situ
tp, kena jalan jauh la pulak ke dalam utk sampai ke tempat air terjun tu


tuan umah sambut kedatangan kami ni
tu bkn kera kan.. macam monyet je kan
besar warna hitam
pastu dia kencing dr atas pokok
terus kami patah balik.. takutt..
tak jadi mandi sbb takut dgn monyet tu


 
balik singgah playground kat sini
food court pun ada

sbb dah boring, nak balik Gombak la..
hubby taye balik nak ikut mana ni?
bentong ke kuala kubu bharu
hmmm.. try ikut bentong la

nahh.. ikut jalan bentong yg mmg khas utk turun je lagi pening kepala aku tahap nak muntah
kalau cameron aku leh tahan lagi ni mmg aku tak boleh tahan
giler pening puye bengkang bengkok..
sampai ke pagi esoknya aku pening
taknak pegi lagi dah
tak best pun..

4 comments:

SYANI said...

Pernah pegi sekali jer.. Tobat nak pegi lagi sebab jalan yang bengkang bengkok tu.. Tak tahan dibuatnya..

lia said...

masa ada projek kat KKB, da dekat jer pon fraser hill... x p jugak till now.. rasa ralat lak x p he3

~aYu~ said...

SYANI : sama la kalau boleh taknak pegi lagi dah.. pening sesgt.

~aYu~ said...

lia : takde apa pun kat sana. tak best pun. tp, kalau takat nak pegi sekali jenjalan boleh la. jalan dia yg tak tahan tu.