♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, January 6, 2012

Her First Time @ School

Semalam berakhirla debaran aku selama ni. Yg ditunggu-tunggu tiba jua. Semalam first day Echa school. Dua hari ni ada orientasi. Mmg berdebar sgt. Anak pertama manala ada pengalaman. Macam-macam la kite pk sampai malam tido tak lena. Echa lak tido awal kalau tak dok ngadap kartun je. Malam sebelum tu siap dah gantung baju sekolah dan tudung, kasut dan stoking pun dah letak siap-siap kat rak kasut. pastu pk kan Echa camne la nak kejutkan bangun awal pagi. nak mandikan dia lagi.. adoyai.. kusuttt..

Tp, syukur sgt pagi tu senang je nak bangunkan dia. Buatkan dia sausage roll utk bekal pdhal tau dah cikgu akan bg makan. siapkan air mandian panas. bagi dia mandi segar je. mmg segalanya mudah. Harap berkekalan sampai bila-bila. bukan arini jela. Alamak, mama lupa nak tulis nama Echa kat beg dan kasut.. Nasibla ok dia tak lupa mana beg dan kasut dia.


muka ceria dan mood hepi nak gi school

memikirkan nasib di tadika ke Echa?

Taktaula pulak orientasi ni start jam 7.30 pg. Ingat 8.30 pg. 8.15 pg baru sampai tadika Little Caliphs. Sebelum ni ada citer nape aku pilih tadika ni kat sini. Time tu ramai dah parents kat luar pagae. Ala.. tak dpt nak antar dia sampai dalam la. Teacher dh jemput masuk. kenala tgk dari pagar je. Bagus gak dorg wat camni. Takdela anak nangis kalau nampak muka mak ayah sendiri.

Echa lak masuk salam tangan mama ni. pastu terus ke meja teacher. Bila teacher taye nama dia cakap Aysha je. dah ajar byk kali, bgtau nama penuh Aysha Maisara. Jenuh teacher carik nama Aysha sbb ramai budak nama Aysha. huhu

Pastu lepas bukak kasut, Echa sampai bye-bye kat mama. time ni mama yg syahdu. mata ni dah merah nk nangis. tp, echa rileks je. mungkin dia pun berdebar gak kan.. tp, mama dia ni lagi over.

Ada gak budak yg menangis termasuk anak kawan kami. siannya tgk. sedey tul hati ni.

Jenguk kat tingkap pun xnampak sbb nampak sama je sume. Manala anak mama ni.

Cermin tingkap gelap, aku ni terpaksa la wat macam ala-ala skodeng. tp, xjumpe pun Echa.



awal-awal dah pasang notis ni.. huhu..




 aksi-aksi Echa
gambar xclear
snap gambar macam mamarazzi jek

anak yg nangis xnak masuk kelas
nasibla Echa tak camni

 

 terjumpa geng sekolah dan geng sekementerian (shima ni wife kawan sekolah aku dan hubby.. leh lak satu kementerian).. huhu..

anak best fren ktorg, Nana pulak nangis
puas mama dia pujuk
last-last bg kat teacher je


ha dah tutup pintu ni apalagi takkan nak tunggu je
awal lagi 2 jam setengah
jom kite minum dulu 


 mcm reunion lak jumpe kawan sekolah
sama-sama antar anak kat tadika yg sama
breakfast dulu kat al-Taqwa

shima dan zulaikha
zulaikha kawan sekolah
shima wife kawan sekolah aku
tak sangka lak kami satu kementerian
dan dia pun blogger gak 

pas makan balik umah jap sebelum amik Echa kol 12.00 tgh.

sampai sana ngam kol 12.00 tgh nampak dorg tgh beratur. parents kena masuk dalam amik anak memasing. dari jauh dah nampak muka anak mama ni. dia senyum jek.

echa pakai kasut sendiri
dah besar anak mama papa ni

Mama : camne sekolah? best tak? ramai kawan? (biasala mama dia ni mmg banyak taye)
echa : best. ramai kawan. (tu jela jawapan echa)

tak puas hati ni jawapan pendek sgt..

Mama : kat sekolah belajar apa? cikgu garang tak?
echa : nyanyi.. nyanyi.. pastu dia nyanyi "eccccceehhhhhhhh .. pastu Echa tepuk tangan"
"ecceeehhhhhhhhhhh.. pastu Echa hentak meja"
ooooooooooo...
aik.. teacher nyanyi melayu ke english ni? 

echa : pastu kan mama.. cikgu kata "duduk, berdiri, duduk, berdiri"
mama : aik, nape cikgu suh camtu. echa ngantuk ke?
echa : takla mama.

echa : td echa nampak mama kat tingkap.
mama : ha echa nampak mama? asal echa tak lambai tangan kat mama. penat mama carik echa sampai sakit kepala melekat kat tingkap tu..

tadi antar echa kol 7.30 pagi. awal je. tak ramai pun lagi yg dah datang. Antar dia, tgk dia masuk dalam, dia senyum je sambai lambai tangan kat kami..

tak sabar nk tunggu kol 12 tgh nak amik dia




8 comments:

Mama Janet said...

perhhhhhhhhhh ada yg hisap puting g sklh ye

acheeqa farhana said...

comelny echa..blaja pndai2 ye..hehe

shiemz said...

Echa citer ape?? BEst ker?? Hahaha...

Azhariah Zuber said...

hihi comel. pengalaman ni sy dah rasa last year. mmg best

~aYu~ said...

Mama Janet : hehe.. ada lagi. kawan baik ktorg puye anak. mama dia terpaksa kuarkan puting sbb muka dah lain..

~aYu~ said...

acheeqa farhana : thanks yer. :)

~aYu~ said...

shiemz : haha.. dia citer cikgu nyanyi-nyanyi pastu cikgu suh duduk, berdiri, duduk berdiri.. confius jap ktorg.. ahaha

~aYu~ said...

Azhariah Zuber : mmg rasa debar sgt. now dh 2 ari skool, rasa dah ok. hope ok la sampai bebiler.