♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, January 31, 2012

Hari Yang Memeningkan Kepala

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kembali membebel di blog picisan ini setelah bercuti. Semalam El sbb Echa dan Ayna demam. Demam dah seminggu lebih. Kejap ok, kejap panas. Asyik EL je bulan ni. Kalau anak demam mmg tak best nak gi keje kan.. mesti teringat kat anak je. Nasibla cuti tahun lepas byk lagi. Mmg simpan utk benda cenggini la..

Risau sbb gi klinik biasa cuma bagi ubat je. Echa demam suhu 38C. Tak gi school sbb dah dpt letter dr teacher kalau anak demam jgn antar sekolah. Ayna lak demam, selesema dan batuk. Aritu ayna dah kena neb. Ktorg bwk cek kt hospital lak.

Sampai sana kol 8 pg terus amik no. Bagusnya kalau baby mmg cepat kena panggil. Tak lama tnggu utk cek doktor. Echa dan Ayna kena amik darah la pulak. Ayna kena xray.

Perasaan aku? Waaaa.. mmg aku nangis tgk anak² nangis. sedihhhh sesgt.. tp, sebelum apa² berlaku baik kita cek skrg. Tau apa punca sebenar anak asyik demam je. Skrg ni dah macam² virus.

Dah settle sume, kena tnggu jumpa doktor pulak. menyesal tak breakfast dulu. perut kosong. kepala pun dah pening sgt. nak pitam dah. tunggu result darah dan xray Ayna. Echa puye result darah dah dapat dan alhamdulillah takde apa infection..

kol 1 ptg, masih doktor lom panggil. Ayna lak asyik tido pas misi masukkan ubat kat bontot. kepala ni dah rasa berat. Tangan ni dah tertahan sbb dukung Ayna. dia kalau demam mmg taknak dgn sape-sape.

Tak lama pastu, doktor panggil. dah berdebar ni. dalam hati aku tak abis berdoa.. jgnla kena warded. paling taknak yg tu.. tolongla Ya Allah!

Doktor tu kata result darah ok, result xray Ayna pun ok. tp, tgk dia kol refer dgn doktor pakar.. aduuhhh..

dan.. Alhamdulillah.. syukur. Tak kena warded sbb tgk Ayna aktif je. syukur sesgt..

Kol 1.30 ptg baru setel sume. 6 jam tu.. tp, takpela. tak kena bayar dan result dia puas hati. hopefully, buah hatiku Echa dan Ayna sihat sentiasa. Nanti nak gi holiday lagi minggu depan..

No comments: