♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, January 26, 2012

CNY HoLiDaY @ TeLuk bAtiK - PaRt 3

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ke-2, pagi² dh turun breakfast. Ramai sgt orang. Sampai penuh meja kat cafe tu. Tp, nasibla dorg wat meja tambahan kat dlm dewan. dah macam kursus lak sbb meja bulat². huhu..

Makanan kat situ? erkk.. tak sedap.. seriously mmg tak sedap. bihun dia takde kaler, takde rasa. bubur nasi je sedap. hehe. sbb takde rasa apa.

Kakak Echa dah xcited nak mandi. breakfast pun dah tak keruan. tak sabar nak terjun kolam dah..
 
Echa turun breakfast dah siap² pakai swimming suit

Nak komplen lagi.. mandi kolam start 9 pagi - 10 malam. patutla time ktorg makan takde pun yg mandi. baik je menurut arahan mak bapak lain ni. time tu kol 8.45 pagi. hubby kata mandi jela.. skema betul la dorang ni. Echa la yg merasmikan kolam tersebut dulu. lepas Echa turun kolam je, sume ikut.. huahuahua...


 
ayna tak mandi sbb badan dia panas la pulak
dia tido je
aku lama tak mandi kolam sejak ada anak ni
lecehla nak uruskan diri sendiri, uruskan anak lagi..
  

 
 pose dulu sebelum check out
kami tak sabar nak balik KL
tak jadi nak tido 1 malam lagi
kat sini tersgtla panasnya.. berbahang sungguh..

nak komplen lagi ni (ikut korg la.. mungkin org lain rasa ok, tp terkena kat aku mmg tak ok).
dgn RM268.00 utk super peak season ni (harga biasa RM150.00) review utk hotel ni :
  • safety kureng la.. selain dgn balkoni yg takde grill, sliding door takleh kunci, bilik air tingkap xleh tutup.
  • tong sampah tanpa beg plastik
  • takde tisu
  • bilik air kotor (luar mmg bersih, terintai lak kat bhgn mangkuk tandas yg kotor kat celah².. eeii..)
  • makanan tak sedap, takde rasa
  • lif lambat
  • takde astro takpela. Tp, siaran tv kejap ada, kejap takde. sampai Echa marah sbb ingat ktorg tukar chanel lain. ehehe..

sebelum balik KL, singgah dulu kat Teluk Batik tgk laut..


 

  

 

habis dah jenjalan holiday kat sini.. tak sabar nak balik KL. lapar kami singgah makan dulu kat Hentian R&R Teluk Intan. Balik ikut jalan lama lalu Kuala Selangor. Kalau ikut highway sure jem giler. pastu singgah makan ikan bakar kat Jeram. sampai umah kol 8.30 malam..

Minggu depan cuti lama lagi. Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusan. Ada plan lagi ni.. hehe.. best.. best..

6 comments:

Mama Miraki said...

plan nak gi mana lak....nak ikut boleh..hehhee

~aYu~ said...

hehehe.. mngkin gi arah selatan tp bkn blk kpg la.. jom²..

secangkir madu merah said...

pergi bercuti memang seronok ya.. harga yg sebegitu memang tidak berbaloi kalau dlm keadaan yg dicatitkan itu... komplen je supaya diorang tau...

happy holiday ayu..

Anonymous said...

Asking questions are genuinely nice thing if
you are not understanding anything fully, but this paragraph presents nice
understanding yet.

Also visit my blog: appliance repair las vegas

Anonymous said...

Hello, i think that i saw you visited my web site so i came to “return the
favor”.I am attempting to find things to enhance my web site!I suppose its
ok to use a few of your ideas!!

Also visit my blog ... social networking websites

Anonymous said...

Hey! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out and tell you I genuinely enjoy
reading through your blog posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums that go over the same subjects?
Thanks a lot!

Here is my web page ... manage social media accounts