♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, January 31, 2012

~sWinG.. sWinG~

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

swing.. swing..
leka tgk dorg ni main swing car ni
syok je
nant nak try naik la


echa yang tak ngheti nak handle benda ni dah terer bwk
bkn main laju je
dah namanya swing.. dia berpusing jela macam orang mabuk bawak je..

ayna dh syok tak nak turun la pulak

 nasib baik anak sedara bawak Ayna ni.. bagusla abang adam ni


Hari Yang Memeningkan Kepala

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kembali membebel di blog picisan ini setelah bercuti. Semalam El sbb Echa dan Ayna demam. Demam dah seminggu lebih. Kejap ok, kejap panas. Asyik EL je bulan ni. Kalau anak demam mmg tak best nak gi keje kan.. mesti teringat kat anak je. Nasibla cuti tahun lepas byk lagi. Mmg simpan utk benda cenggini la..

Risau sbb gi klinik biasa cuma bagi ubat je. Echa demam suhu 38C. Tak gi school sbb dah dpt letter dr teacher kalau anak demam jgn antar sekolah. Ayna lak demam, selesema dan batuk. Aritu ayna dah kena neb. Ktorg bwk cek kt hospital lak.

Sampai sana kol 8 pg terus amik no. Bagusnya kalau baby mmg cepat kena panggil. Tak lama tnggu utk cek doktor. Echa dan Ayna kena amik darah la pulak. Ayna kena xray.

Perasaan aku? Waaaa.. mmg aku nangis tgk anak² nangis. sedihhhh sesgt.. tp, sebelum apa² berlaku baik kita cek skrg. Tau apa punca sebenar anak asyik demam je. Skrg ni dah macam² virus.

Dah settle sume, kena tnggu jumpa doktor pulak. menyesal tak breakfast dulu. perut kosong. kepala pun dah pening sgt. nak pitam dah. tunggu result darah dan xray Ayna. Echa puye result darah dah dapat dan alhamdulillah takde apa infection..

kol 1 ptg, masih doktor lom panggil. Ayna lak asyik tido pas misi masukkan ubat kat bontot. kepala ni dah rasa berat. Tangan ni dah tertahan sbb dukung Ayna. dia kalau demam mmg taknak dgn sape-sape.

Tak lama pastu, doktor panggil. dah berdebar ni. dalam hati aku tak abis berdoa.. jgnla kena warded. paling taknak yg tu.. tolongla Ya Allah!

Doktor tu kata result darah ok, result xray Ayna pun ok. tp, tgk dia kol refer dgn doktor pakar.. aduuhhh..

dan.. Alhamdulillah.. syukur. Tak kena warded sbb tgk Ayna aktif je. syukur sesgt..

Kol 1.30 ptg baru setel sume. 6 jam tu.. tp, takpela. tak kena bayar dan result dia puas hati. hopefully, buah hatiku Echa dan Ayna sihat sentiasa. Nanti nak gi holiday lagi minggu depan..

Saturday, January 28, 2012

Papa Kaya vs Papa Kedana

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Papa kaya? bestnya.. kalau betul papa kaya.. nak mintak papa belikan macam-macam la. kite melancong satu dunia.. shopping sakan baik puye.. mmg hepi giler la.. boleh yer papa? huhu.. dalam mimpi jela. berangan je biler dengar kaya.. kaya.. rich.. rich.. ni.. huh.

Ala.. ni nak citer pasal makan-makan lagi.. ktorg kan suka makan. korg pun sama gak kan..

Mcm-mcm review menarik dari org yg penah makan kat Papparich ni.. Kt tmpat aku ni ada kat Prima Sri Gombak. Selalu lalu tgk jek. Kali ni nak try la.. Kami sgt suka makan.. makan.. makan.. mana ada port best, di situla ada kami.. huhu.. kakak pun nak join sekali sbb dia biasa makan kat Bangi. ok.. kite dinner kat Papparich ok.

Echa pun makan byk
cakap kat dia kita makan kat papparich.. kedai papa ni..
dia pun cakap.. papa?? hmm.... (dgn muka berkerut)

abang ipar..
muka control lapar ke muka control macho ni??
mcm mau gaduh pun ada

ayna makan fish n chips..

 kakak dan Adam


papa (hubby) dan abang ipar

my menu
pappa fish n chips
sedapppppppp
aku suka sbb kekadang kite nak makan nasi.. at the same time rasa nak makan western
nah.. ni dua-dua ada dalam 1 pinggan..

ni menu Echa
pappa chicken chop
pun sedapppp

ni hubby puye
Fried Rice Special with Fried Egg and Pappa Chicken Wings

next time leh makan sini lagi
harga pun takla mahal melampau
kalau mahal leh panggil PapaKedana lak.. ekeke..

Friday, January 27, 2012

♥ GiGinYa SuDaH 2 ♥

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


hai..
saya ayna dah tumbuh gigi
ala.. baru 2 jek kat belah bawah
bolehla takat nak makan chicken chop, fish n chip..
saya suka gigit sume benda yg masuk dalam mulut saya
termasuk mama sy puye tutttt...
kalau mama sy tak picit hidung saya.. sy xkan lepaskan..
saja nak test power gigi

iKan bAkAr JeRam

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Balik je dr Lumut tu, hubby ikut jalan Kuala Selangor. Taknak ikut highway sure jem. Ikut sini byk kete tp tak jem pun sbb polis byk jaga. Lagi satu dia nak ajak makan ikan bakar kat Jeram. Ikan bakar? yummmyy.. mmg lapar duduk dalam kete lama². ikut jalan sini mmg terasa jauh. janji tak ngadap jem.. 

Penah makan sini sekali time dgn family abang. Byk tempat ikan bakar kt sini tp kami makan kat Aroma Ikan Bakar.. layan gambar jela..


 dah makin besar tempat ni.,
last time makan sini takde lagi camni
ada meja biasa
ada charge kalau nak makan kat tempat bamboo camni.. xhingat la bape harga


ombak kuat sgt time ni
tp xde scene ombak rindu dgn hubby.. huhu


makan sikit je sbb Ayna asyik nangis je.. kenyang sampai esok paginya.. :)

Thursday, January 26, 2012

CNY HoLiDaY @ TeLuk bAtiK - PaRt 3

 السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ke-2, pagi² dh turun breakfast. Ramai sgt orang. Sampai penuh meja kat cafe tu. Tp, nasibla dorg wat meja tambahan kat dlm dewan. dah macam kursus lak sbb meja bulat². huhu..

Makanan kat situ? erkk.. tak sedap.. seriously mmg tak sedap. bihun dia takde kaler, takde rasa. bubur nasi je sedap. hehe. sbb takde rasa apa.

Kakak Echa dah xcited nak mandi. breakfast pun dah tak keruan. tak sabar nak terjun kolam dah..
 
Echa turun breakfast dah siap² pakai swimming suit

Nak komplen lagi.. mandi kolam start 9 pagi - 10 malam. patutla time ktorg makan takde pun yg mandi. baik je menurut arahan mak bapak lain ni. time tu kol 8.45 pagi. hubby kata mandi jela.. skema betul la dorang ni. Echa la yg merasmikan kolam tersebut dulu. lepas Echa turun kolam je, sume ikut.. huahuahua...


 
ayna tak mandi sbb badan dia panas la pulak
dia tido je
aku lama tak mandi kolam sejak ada anak ni
lecehla nak uruskan diri sendiri, uruskan anak lagi..
  

 
 pose dulu sebelum check out
kami tak sabar nak balik KL
tak jadi nak tido 1 malam lagi
kat sini tersgtla panasnya.. berbahang sungguh..

nak komplen lagi ni (ikut korg la.. mungkin org lain rasa ok, tp terkena kat aku mmg tak ok).
dgn RM268.00 utk super peak season ni (harga biasa RM150.00) review utk hotel ni :
  • safety kureng la.. selain dgn balkoni yg takde grill, sliding door takleh kunci, bilik air tingkap xleh tutup.
  • tong sampah tanpa beg plastik
  • takde tisu
  • bilik air kotor (luar mmg bersih, terintai lak kat bhgn mangkuk tandas yg kotor kat celah².. eeii..)
  • makanan tak sedap, takde rasa
  • lif lambat
  • takde astro takpela. Tp, siaran tv kejap ada, kejap takde. sampai Echa marah sbb ingat ktorg tukar chanel lain. ehehe..

sebelum balik KL, singgah dulu kat Teluk Batik tgk laut..


 

  

 

habis dah jenjalan holiday kat sini.. tak sabar nak balik KL. lapar kami singgah makan dulu kat Hentian R&R Teluk Intan. Balik ikut jalan lama lalu Kuala Selangor. Kalau ikut highway sure jem giler. pastu singgah makan ikan bakar kat Jeram. sampai umah kol 8.30 malam..

Minggu depan cuti lama lagi. Cuti Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusan. Ada plan lagi ni.. hehe.. best.. best..

CNY HoLiDaY @ TeLuk bAtiK - PaRt 2

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Mmg holiday ni plan nak mandi-manda je. Nak bg anak² je mandi. Asyik mandi pool kecik kat umah je.. Sampai je terus tukar baju mandi kolam.




ayna mandi 5 minit je
nak bagi kaki main air je tp bebudak lain main simbah² air
terus basah 1 badan 

puas 1 jam berendam balik bilik terus ngadap makanan
kelaparan..

lauk kenduri
kari daging dan ayam masak merah

Malam tu pas antar parents aku dan anak² sedara kat Teluk Intan, kami terus patah balik ke Lumut. Jenjalan kat Lumut lak.

Blur nak makan apa dan taktau kat ner, kami makan kat Nasi Kandar Lumut je.. makan nasi goreng cina je.

hubby dan echa

kat sini kami shopping ikan kering, ikan masin dan jajan kopok ikan je

Ramai lagi org kat sini. Penuh Dataran Lumut dgn umat manusia..








CNY HoLiDaY @ TeLuk bAtiK - PaRt 1

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Yeayy.. cuti panjang lagi.. cuti CNY.. org lain puye raya, kite lak yg over kan.. ke mana destinasi korg? Mertua balik kampung Johor. Ramai yg blk kpg dan ada juga yg holiday kt tmpt yg leh mandi-manda.

Pening tul pk nak ke mana holiday lama ni. book hotel sana-sini. nak arah selatan ke? utara? timur? sume dh book tinggal lom bayar je. Last-last kami ke arah utara jela.. taknak jauh sampai ke penang cuma ke perak je. Bkn Pulau Pangkor sbb taknak naik feri.. kami ke Teluk Batik, Lumut je.

Adik wat kenduri doa selamat tp kat umah mertuanya di Bidor, Perak. Kira okla on the way nanti leh singgah umah dorg. Mak, abah dan 2 anak sedara pun ikut kami sekali sampai ke Lumut tp nanti balik dgn adik yg nak blk aritu gak. Kami plan dgn adik amik dorg ni kat Hentian Teluk Intan. Tengah² la. Ikutkan mmg jauh tp nak bg anak² buah Adam dan Yaya mandi kolam. Bg dorg hepi la..

Sbb lambat book, byk hotel area Teluk Batik dan Lumut dah fully booked. Check in Isnin ramai yg dah check out, dapatla bilik kat Marina Cove Resort. Ada water park lagi..

Amik superior family room manala tau ada yg nak ikut sekali.. 1 queen dan 1 single bed. utk hari biasa cuma RM150.00 tp sebb pegi time super peak season harganya RM268.00.. nak tau ok ke tak hotel ni nanti aku citer ok..

Nak masuk sini Teluk Batik puyela jem.. Ramai yg menuju ke Teluk Batik.

Marina Cove Water Park
view dr balkoni
masuk dewasa = RM5.00, kanak² = RM3.00

ada balkoni ni harga lain la
tp tak safety la utk budak²
tu satu kelemahan utk hotel ni
senang je nak panjat sbb mesti nak tgk swimming pool kat bawah je

view swimming pool dr balkoni

ada ruang dapur
tp mmg takleh masak
  
muka budak² excited nak terjun pool.. ehehe

 
mak dan abah layan cucu
kejap je dorg kat sini
nanti nak balik KL
ajak tido sini taknak lak..

time utk mandi-manda..