♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, December 9, 2011

Penangan Ombak Rindu

"Cinta tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai cinta"
"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"
 
Dapat gak tgk filem Ombak Rindu. Orang dah tgk masa awal tayangan lagi aku baru dpt tgk malam tadi. Geng-geng aku sume dah tgk. Kenala tunggu hubby gak. Hubby mmg xkisah tgk citer apa pun. Hubby lak keje weekend. kenala curi masa time weekday. Baby Ayna mintak tolong family hubby jagakan sbb malam pun dia tido awal. Bawak Echa je. Ingat nak dating berdua je tp kami kesian kalau tinggal Echa. Kami mmg tak suka tinggal anak kalau gi enjoy atau bersuka ria. Mesti nak bawak gak. Mmg tak plan nak tgk semalam pun. Tu yg tak booking tiket pun. Main redah je pegi Wangsa Walk. Kol 9.45 malam full pulak. Hubby mmg tak parking lagi sbb nak tgk tiket ada ke tak. Aku la tkg jadi runner. Dah takde tu, terus pecut ke pavillion. Kol 9.45 malam ada lagi seat, tapi yg plg depan skali. Boleh la dari takde. Aku kalau seat depan aku suka amik seat belah tepi. takdela kepala ni mendongak sgt.
 
 
 
 dgn Echa
dia nak tgk cite Puss In Boots yg citer kucing tu
tapi, ckp dgn dia kali ni tgk citer mama lak boleh x.. ekeke..

Filem ni adaptasi dr novel yg jd kegilaan aku time sekolah dulu. Tp, tak ingat sgt citer dia. Mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
 
 cantik pemandangan dalam cite ni
banyak di lautan, sawah padi dan teh Cameron
mentang baru balik Cameron, Echa pun jerit "macam kita pegi je kan mama"

 part ni yg buat jantung ni berdegup kencang
tgk dgn hubby boleh lentok kepala kat bahu hubby.. nasibla ada budak kecik Echa ni.
couple sebelah kami ni macam dah lain macam dah.. ekeke...
tp rasanya tak perlu adegan camni ditunjukkan berlebihan
sbb klasifikasi U, yg pegi pun ramai bawak anak kecil
kami pun alihkan mata Echa dr tgk skrin dgn tutup mata dia la, mintak popcorn kat dia la
tak elok la budak-budak tgk
 
Menitis gak airmata ni. Tipula kalau nangis. Tu takde perasaan ke apa kalau tak touching. Hubby lak cool je. Mmg best la citer ni. Dgr lagu dia pun dah sedih.. mendayu menusuk sanubari.. Hubby pun cakap best. Echa je cakap tak best.. huhu..
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
 

3 comments:

aReLaN said...

bg ktorg laki2 pn best tp tkde la smpi nangis kn.hehehe...tp tulah psl byk adegan tak ptut pn nk tnjuk.aiyaa

~aYu~ said...

aReLaN : laki yg tak touching tu mmg xde feel la. hubby sy kata best mcm tgk drama petang-petang tu.

Mira Adzlia said...

huhu...mmg adegan tuh xssuai utk kanak2.....ops...sbnrnye shaye pun x g tgk...org dok cbuk kate best..tp xtau nape xpegi tgk..haha ^_^