♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, December 19, 2011

Jejak Upin Ipin @ JMM

Untuk cuti sekolah pelbagai acara telah diadakan oleh Muzium Negara. Last aku ke muzium masa ada pameran orang asli tahun lepas. Semalam kami pegi lagi sebab ada Upin Ipin. Dah anak suka tgk upin ipin, mama papa pun terjebak. Abis kalau dah pasang dvd upin ipin kat kete je, manala ktorg tak hafal dialog dalam tu. 
 
Upin Ipin ada di muzium negara sekarang sehingga 31 Disember 2011.. Jom kita jejaki mereka... 

Parking kete amatlah sesak. .Nasibla kami masuk je ada kete nak kuar. Hubby terus parking.

 
replika kapal karam di belakang kami

 ada juga pameran khazanah kapal karam
masuk RM3 dewasa
tak masuk sbb ayna dah meragam nak tido

tu adik fathiah yg wat suara upin ipin
takde maskot upin ipin kol 4.30 ptg baru ada

 beratur beli tiket
tiket mahal tak berbaloi rasanya sbb kejap je kat dalam tu
dewasa - RM12.00
kanak-kanak atas 5 tahun - RM6.00

echa teruja nak amik gambar dgn sume watak upin ipin

 echa dan mama plg suka dgn Mail

kak ros : nak ayam goreng...

 nak jumpa Tok Dalang jap..




 maskot lama upin ipin

ingat dalam kartun je ada basikal ni
ni yg real puye

assalamualaikum.. opah.. opah..
replika umah upin ipin
sebijik dalam citer

meja study Kak Ros

 ruang tamu

 
 kat dapur

Echa tak puas masuk dalam tu
dah sampai pintu kuar, dia ajak masuk dalam balik
sbb pikir bayar mahal tp tak setimpal dgn apa yg ada
kami pun patah balik biar lelama kat situ

 ayna yg mengantuk time ni

kat luar ada macam-macam barang upin ipin
nak goodies puye pasal, register kelab upin ipin dan chicky club

tu jela kisah kami di sana.. kalau xde event camni, xramai orang akan dtg Muzium Negara kan...

1 comment:

Mama Janet said...

tak nk komen apa, cuma nak ckp..betul..betul..betul