♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, December 12, 2011

Echa Nak Sekolah Dah ᵔ.ᵔ

Sabtu (10/12/2011), tadika utk Echa iaitu Tadika Khalifah Ilmu wat open registration. Tak excited sgt nak pegi sbb macam dh dkt je Echa nak skolah dh. Mama dia hepi + risau + kesian. Macam-macam la rasa. Echa pun masuk skolah kira lambat la 5 tahun. Skrg 3 tahun org dah sibuk antar anak sekolah. 6 tahun nanti plan nak antar kat pra-sekolah.

Hari tu banyak betul program. Ramai rupanya kawan-kawan lama yg antar anak kat situ. Member yg aku tak suka pun ada gak.. tak berkenan sbb dia sombong. Hubby pun cakap camtu gak. eeii.. nyibuk je kan.. ekeke.. Nasibla anak dia tak sebaya dgn Echa.

Sampai je terus ke meja pendaftaran. Untuk pendaftaran, RM995 termasuk uniform sekolah dan baju sukan. Tambah RM30 untuk uniform satu lagi. 

bayar yuran dan taye la apa yg tak paham

 pilih baju dan tudung

balik je terus test baju sekolah
comey anak mama pakai baju sekolah
nak sekolah dah anak dara kecik mama ni
baju tu yg plg kecik saiz S tp besar dan seluar pun labuh
5 januari 2012 start sekolah 
orientasi dulu
yg pasti nak cuti seminggu nak temankan Echa
aaii.. cepatnya masa berlalu

6 comments:

Mama Miraki said...

cik nab pulak tak decide lagi samada nakhantar Amir gi sekolah ke tak ni...dulu Iki n Ika 4 tahun memang dah gi tadika...tang Amir ni alahai..rasa cam dia kecikalgi lah pulak.....

aReLaN said...

slamat mula bersekolah utk echa.hehehe

Mama Janet said...

cantiknya baju sekolah dia

Anonymous said...

rasa cepat lak echa nk g school kan.. dia xcited, kita yg risau..
tp nak tak nak, 1day kena gak lepaskan anak2 kan.. sedih pula rasa.. -anisa ahmad

~aYu~ said...

Mama Miraki : ehehe. cik nab dah biasa ada anak sekolah, kalau antar Amir ok kot dia.
aReLaN : tq uncle arelan. :)
Mama Janet : kuning tul warna dia tp besar la. nak kena alter biar selesa dia nak belajar.

~aYu~ said...

Anonymous : yela pn anisa. rasa kejap je dah besar anak-anak ni. takleh la nak enjoy balik tgh malam sbb Echa nak skolah kena tido awal. kalau x sure ngantuk.