♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, December 1, 2011

Cameron Highlands - Part 3

Lambatnya nak citer part last ni.

Hari ke-3 hari last kami disini. Dah nak balik dah. Pagi tu sambung lagi shopping kat Kea Farm. Time ni la baru boleh beli benda yg fresh macam sayur-sayur dan strawberry. Lps breakfast bihun goreng kat umah, terus siap kuar ke Kea Farm. Pagi tu sejuk sesgt.

 
 sejuk sgt time ni sbb berkabus
cakap pun siap kuar asap lagi kat mulut
hotel Eq pun nampak kabur je 

hubby dan Echa

 bagi peminat fresh flower untung beli kat sini
murah berbanding kat KL
aku taknak tapi dah hubby nak belikan gak.. pasrah jela (dlm hati suka..suka..suka)

Kami cuma beli sayur-sayur (aku giler sayur), keledek (4 bungkus RM10), jagung (20 batang RM10). Strawberry dapat 5 pek RM20.00. Kena pandai tawar dgn nyonya cina. Kalau beli kat gerai yang khemah sendiri lagi murah. Kami taknak beli strawberry sbb kami tak suka tapi dah ada yg kirim dan nak bagi kat jiran tetangga, beli la sikit. Rasa kat sana mmg manis tp bila sampai KL masam teramat..

Balik umah dulu untuk rehat dan kemas beg nak balik. Sedih je nak balik. Rasa nak sambung 1 malam lagi. Tp, rindu lak dgn umah sendiri. Check out kol 12.30 tgh. Kol 12 tgh kami dah kuar. Malas nak buang masa sementara cuaca tgh elok.


Rumah yg kami sewa di sini. Desa Anthurium di Blok B-1. Tuan rumah sgt baik. Segala kelengkapan ada kat sini. Pinggan mangkuk berlambak. Tilam, bantal, toto, selimut extra sume dia sediakan. Kita takkan risau sbb mmg rumah orang Islam. Sejadah dan arah kiblat pun dia bagi. Kalau nak boleh hubungi Encik Hamid 019-568 2330. ;)

Perjalanan seterusnya ke MARDI pula. Bayaran RM3.00 untuk dewasa. Seronok ke sini sbb boleh tgk tanaman sayuran, bunga, buah-buahan. Takyah nak ke Rose Valley, kat sini pun leh pegang dan bergambar dgn bunga ros. takyah ke ladang teh, sbb kat sini pun teh.. macam-macam ada..

 
 
 
 puteriku Echa pun suka bunga macam mama gak

  
bersama adik ipar dan mertua

 
 

Masa on the way turun, jalan jem menghala ke Cameron. Ramai yg baru dtg. Nasibla kami dah nak balik. Dekat 2 jam baru dapat kuar highway sbb jalan jem masa di Air Terjun Lata Iskandar. Berhenti kejap kat sini sbb hubby dan mertua dah penat tekan brek.

Singgah makan tengahari di Hentian Tapah. Sampai umah kol 5.30 ptg. Jiran-jiran dah menunggu.. huhu.. biasala petang-petang aktiviti bergosip. dah alang kat luar tu aku terus bagi ole-ole fresh lagi dari Cameron.

:: Sweet and nice holiday at Cameron Highlands. Pasti akan ku kunjungi lagi pada masa akan datang ::

5 comments:

aReLaN said...

bestnya g jln2.last time g cameron pn mse lwtn skolah form 3 je.hmmm

Masni Syafie said...

ramai yang suke pegi CM...hehe

SYANI said...

Mesti sejuk sampai ke tulang hitam kan kat CH tu??? Last pegi CH pun rasanya 2 tahun lepas..

Thanks singgah blog saya. Saya dah folo awak juga..

Kazman & Sue said...

salam kenal dari kami sekeluarga...

wah best ye ke sana... berkabus tu.... mesti sejuk....

Salina@IbuAqil said...

best kan g cameroon?! ;)
ibuAqil follow sini yer..
salam kenal.. ;)