♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 9, 2011

Tahniah! Malaysia Berjaya Menduduki Kerusi World Heritage Commitee (WHC) 2011

Pertandingan World Heritage Commitee 2011 telah menyaksikan Malaysia berjaya menduduki kerusi World Heritage Committe yang berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO, Paris. Ini merupakan kali pertama Malaysia bertanding setelah 23 tahun menjadi Negara Anggota. Malaysia menang dengan hasil undian oleh 96 buah Negara Anggota UNESCO. 


World Heritage Commitee (WHC) merupakan sebuah Jawatankuasa yang paling berprestij di peringkat UNESCO dan dianggotai oleh 21 buah negara. Ianya berperanan menilai dan menyenaraikan tapak Warisan Dunia.
 
 
 
Ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua Pengarah kami YBhg Profesor Emeritus Datin Paduka Ketua Pengarah dan rombongan di Paris di atas kemenangan ini. 
 
Kami bangga menjadi sebahagian daripada Jabatan yang dapat menaikkan nama negara di mata dunia.

sumber : www.heritage.gov.my

No comments: