♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, November 9, 2011

Sori Papa, Tak Dapat Tido Sama



 

Anak tido sendiri ke atau tido dgn korang? Ni untuk anak yg kecik lg la. Aku dgn anak-anak mmg tido sama dr sejak lahir. Rasa tak lengkap diri ni kalau tido tak dpt peluk anak. rasa lebih selamat kalau anak-anak tido sama. tak dpt bayangkan kalau anak nangis aku takde disisinya time tu. tak sampai hati. skrg ni mmg Ayna tido dgn aku, kakak Echa tido dgn papanya sbb dia lg manja dgn papanya.

Tp, ada yg dr baby lg dh ajar anak berdikari tido sendirian. Macam selalu tgk kat TV tu anak kecil dah tido kat bilik sendiri. Aku tak sanggup rasanya. Biarlah berkorban tak dpt tido dgn hubby.. ehehe..

Rupanya ada baiknya kalau tido dgn anak kecik ni.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.

Berita buruk untuk kaum bapa.. ehehe.. kesiiaannnn..

No comments: