♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, November 8, 2011

Raya Aidiladha 2011

Kira belum terlambat lg nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha. Arini 12 Zulhijjah 1432H. Still raya lagi kan sbb boleh lagi nak takbir raya hingga esok (13 Zulhijjah 1432H).

Raya tahun ni takde persiapan sgt pun mcm raya aidilfitri.  baju pun pakai apa yg ada. baju anak² jela pun yg beli. Tahun ni raya di KL saja. Turn umah aku dulu. Tp, sbb umah MIL pun dkt pastu raya umah MIL lak. Mudah, cepat dan mesra.. ehehe..

Master chef aritu adalah... aku.. hehe.. adik-beradik 7 org. 4 laki, 3 pompuan. Yg pompuan la kena masakkan. Aku tak nak mak wat keje byk-byk. Nak dia rileks jek. Kak long dah raya, ptg tu baru balik. Kak Lin tgh boyot tunggu hari je nak meletup. So, aku la orang harapan abah utk masak raya tu.. huhu.. pulak tu abah request suh wat nasi beriani. taknak nasi himpit bagai..


nasi beriani yg tak berapa nk power..
kaler pun tak menarik sbb pewarna kuning tinggal kt umah




ayam masak merah dan dalca.. tak banyak menu pun.












tembikai dan lemang



Dah lama tak sembahyang raya jemaah di surau. dah ada anak kecik ni susah la. Dok umah hidangkan makanan, kemas umah sementara tunggu dorg balik dan jemaah surau dtg. Wat takbir dan tahlil sekali. 


 
anak sedara, Adam & Yaya


with my luxury 'handbag', Ayna
kalau kat umah sini, dia taknak dgn sape² pun 
dgn mama & papa dia je
nak berkepit sampai lenguh tangan ni



Echa yg bad mood pagi raya
taknak bergambar


tak puas amik gambar budak ni
time ni badan dia panas skit.. dedar je
so, malas nak pakaikan baju kurung



 
 my family.. mmuuaahhh
 
pas settle kat sini, gi umah MIL pulak nak beraya kat sana. On the way ke sana jalan-jalan dulu tgk lembu.
 
ni kat surau Melewar
13 ekor lembu dikorbankan
aku suka tgk lembu bile nak kena sembelih
masa sekolah dulu, pas sembahyang raya balik umah cepat-cepat tukar baju 
pastu dtg surau balik tgk lembu


ni surau kat umah aku
ada 4 ekor lembu
besar-besar lembu tu
kena ikat kat tmn permainan

aku : la... mama baru nak ajak Echa main buai.. ada lembu lak. Echa nak main x?
(saja padahal selalu dia ajak aku malasss)
Echa : eeeiii.. xpela mama.. ada lembu echa takuutt..


jumpe lak kawan kat sini sama-sama tgk lembu

ni lembu ke-4 kira yg last la
amik masa lama gak nak tumbangkan lembu sekor ni
puyela garang dan kuat betul


Echa yg takut nyorok blkg untie Fiza

hubby yg tlg hempas pulas menumbangkan lembu..
ehehe.. di bawah pokok menghirup udara yg segar la sesgtnya..
dia kata dah ramai sgt yg nolong, so dia tlg tgk je..

di umah MIL


menu umah MIL : nasi himpit, kuah lontong, kuah kacang dan rendang ayam

hubby dan Echa
Echa susah tul nak pandang kamera
so, ckp dgn dia 
mama nak print gambar dan gantung kat umah
kalau Echa taknak amik gambar, mama print gambar adik jek..


terus Echa suh amik gambar dia


Echa dah pose baik puye ada lak yg kacau..
cer teka ni perut sape? ehehe..

nah... sekali dapt amik gambar Echa ni terus pose gedik camni

dgn my luvly hero

Teringat lagi raya haji 2007. orang baru balik sembahyang raya, aku dah kuar darah nak bersalinkan Echa.. terus ke hospital. Jam 6.40pm Echa dah selamat menjenguk dunia... Orang makan rendang ayam, aku makan sup ayam je.. huhu...

2 comments:

EyDa ZaHeeDa said...

wahhh byknyer gambar...best2x

~aYu~ said...

EyDa ZaHeeDa : suka amik gambar & pose gedik-gedik.. ehehe