♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, November 29, 2011

Cameron Highlands - Part 2


Last ke sini masa tahun 2009 time tu Aysha berumur 1 tahun lebih. dh bole berjalan. Tahun 2011 kami ke sini. Pasni kena tunggu 2013 baru dtg sini lagi kot.

Hari ke-2, cuaca pagi cerah. Plan nak petik sendiri buah strawberry. Kami ke Kea Farm tp takde pula orang yg jaga tempat nak petik strawberry tu. Jalan-jalan kat area Kea Farm jela.

Aysha dgn baju sejuk complete dgn topi dan shawl lagi
sarung tangan pun ada

Ayna get ready utk jenjalan

Aysha, Ayna, adik ipar dan MIL 

dgn Aysha

en hubbyku


Di Kea Farm..





Kemudian, kami ke Taman Rama-Rama. Suka ke sini sbb boleh tgk binatang. Bukan rama-rama je ada, haiwan comel kecik yg comey pun ada.
dewasa : RM5.00
kanak-kanak 3 tahun ke atas : RM3.00





  


Echa yang takut rama-rama
padahal masa umur dia setahun dulu dia ok je dgn rama-rama

Penat berjalan, lapar pulak. Sejuk ni makan tomyam panas fuuhh sedapnya. Kami makan di pekan Brinchang. Ada kedai makan kat situ. Macam-macam ada.

Balik dulu renggang urat badan sebelum jalan-jalan lagi. Kunci umah kat MIL pulak. sementara tunggu dorg yg ke supermarket, kami ronda-ronda dulu keliling apartment.

layan Echa main gelongsor
sukala dia dapat main puas-puas


Cuaca pulak mmg tgh cantik. Hubby ajak ke Sungei Palas. Ikutkan malas nak ke sana dgn jalannya yg penuh mencabar tu. Tp, dah hubby lak yg semangat kami ni pun ikut jela. Mertua mmg taknak ikut.

dukung Aysha
ngelat dia xnak jalan


 mama dah penat dukung Echa
pass kat papa lak



 Ayna lak tido penat sgt

 kalau ke Cameron, bolehla ke sini tgk ladang teh
leh lawat kilang pembuatan teh


ehehehe..


pemprosesan teh

Tak lama kat situ. kami pun cepat gerak turun sbb cuaca macam nak ujan jek. Petang tu ujan sampai ke malam.

sambung nanti lagi.. ehehe...

Cameron Highlands - Part 1


Terasa ingin pegi holiday. Puas pikir nak kemana cuti hujung tahun ni. Cuti pun byk lagi. Nak ke PD rasa macam bosan je so ajak hubby ke Cameron Highlands. Gi tempat sejuk-sejuk. Aku apply cuti 23 - 25 November 2011. Pegi hari Khamis sbb rabu malam hubby nak main badminton. Paling tak suka mengemas baju. Bawak baju banyak-banyak macam nak duduk seminggu pdhal bukan sume pakai pun.

Mula-mula planning pegi kami je 4 beranak. Aku pun dah book hotel di Brinchang. Last minute, MIL kata nak ikut. Terus calling-calling apartment yang free. Nasib kami baik sbb pegi time weekday so adala apartment yg kosong. Survey puye survey call apartment di Villa Dahlia sbb aku penah tido situ dulu dan utk 3 bilik RM250 1 malam. Call lagi orang apartment Desa Anthurium, pompuan Cina yg incharge kata banyak lagi. Juga RM250 1 malam. Takyah nak booking, terus ke sana tapi aku yang tak sedap hati mana tau tetiba takde kosong.

Survey lagi jumpa orang yg ada aparment di Desa Anthurium, Encik Hamid. Apartment dia dah full tapi dia bagi apartment kawan dia. lagi murah 3 bilik RM225 1 malam. Aku terus confirm.

Pagi Khamis kami breakfast dulu di Gombak. Kol 9.45 pagi baru gerak ke Cameron. Jalan pun tak jem. Kami ikut Tapah sbb cuaca time tu panas terik. Kalau hujan takut juga nak lalu situ. Masa naik jalan yg penuh berliku tu kepala aku dah pening tapi mata ni tetap nak tgk hubby drive. Rasa cuak bila berselisih dgn lori atau bas. Ayna pun tido rasa tenang skit kalau tak dgn dia tak duduk diam lagi aku bertambah pening.

Singgah di Cameron Bharat utk rehat dan minum teh tarik. Teh tarik kat sini mmg sedap. Kalau minum di bahagian bawah teh tarik harganya RM5.00 secawan, kalau minum di bahagian atas RM2.00 secawan. Banyakkan beza..

bersama family hubby kecuali kak ipar, Ayin yg tak dpt ikut
kami naik 2 kete nasibla FIL masih kuat lagi leh drive
rehat dulu minum teh secawan

 teh tarik sini mmg sedap
jiran kami pun penah wat keje giler sanggup redah jalan Tapah ni semata-mata nak minum teh tarik kat sini pastu balik Gombak balik
adik ipar

en hubby yg sporting layan kerenah bini ni.. ehehe
thanks abang cayangg..


dgn adik ipar, MIL, Ayna dan en hubby

Ayna yg dh bangun dr tido
dah cas bateri aktif la dia


terus menuju ke apartment yang dah siap book
Sampai di Desa Anthurium jam 3 petang. Mula-mula ingat nak tgk dulu apartment tu. tapi bila En Hamid dah tunggu tak sampai hati lak.

ini la apartment kami duduk utk 3 hari 2 malam ni
dapat tingkat plg bawah
tp still kena naik turun tangga sbb parking kat atas

masuk je tgk ruang tamu dan deco dia terus hati tertawan
lawanya.. dinding warna merah
ada astro beyond ada movie lagi
kalau tau ku bwk kad astro aku leh layan Maharaja Lawak Mega.. nyesal tak bawak


bilik master bedroom skali dgn bilik air

bilik no 2 untuk adik ipar

bilik no 3 bilik kami

ruang dapur yg kemas siap dgn rice cooker, blender dan utk masak air elektrik pun ada
MIL suka masak sendiri jadik mmg sesuai la dok sini leh masak bagai
pagi-pagi breakfast nasi lemak air tangan MIL
leh terus rebus jagung dan keledek kan..kan..
malam-malam lapar masak maggi
sejuk-sejuk perut asyik lapar je bolehla masak sendiri

actually, bagus jugak kalau dapat apartment yg ownernya Islam
takdela was-was nak guna barang-barang dia..
dan mmg ownernya lebih utamakan penyewa Islam

nak ke bawah turun tangga je ada padang permainan
ada tempat utk BBQ
malam Jumaat riuh sbb ada family yg wat aktiviti membakar kat sini

View apartment kami menghadap ladang sayur-sayuran belah tepi sikit ada kubur Islam tp terhadang dgn pokok tp, xde apala sepanjang 2 malam kat sana. Dorg wat BBQ pun rileks je. Insaf kejap..

Hari pertama tu disambut dgn hujan renyai. Pijak lantai pun sejuk je kaki ni. Malam bila ujan dah berhenti, kami ke Pasar Brinchang.

insyallah, kalau ada rezeki ke sini lagi memang nak stay kat sini lagi.

nak no en hamid, leh kol no ni 019-568 2330.