♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, October 6, 2011

Steam Iron.. Walaweii..

Kalau gi mana-mana je mesti ada promoter yg dtg promote brg dorg kan. Tgh makan pun ada je yg jual barang. Kalau menarik aku beli. Kalau aku free mmg aku suka dgr. Yela sian gak kt dorg cari makan camtu. Ada customer ada la komisyen.

Semalam ada promoter insurans sdg mempromotekan insuransnya. Aku biasala mmg tak amik port kalau time tgh bersama anak-anak lagi-lagi kalau tgh dukung baby. Paham-pahamla kan kalau dah ada bdk kecik mestila kita nak cepat kang stay satu tempat lelama sure dia meragam. So, mmg aku tak layan. Hubby lak mmg jenis tak sampai hati dia akan dgr apa org tu explain (selalu je mcm kena pukau lak hubby aku ni). dan aku akan tarik tangan dia.

Dah selamat la tang tu. Ke depan skit, ada salesman (Apek) sdg demo steam iron'. Pastu dia panggil ktorg. Aku dan hubby stop kat situ. Saja nak layan dia wat demo.

Apek : ha, akak ni iron mmg sgt best. cuba tgk ni, (sambil iron baju kemeja)... walaweiiii.. kejap je kan. tgk takde kedut kan..
Aku dan hubby tergelak dgr dia sebut walaweiii tu..
Apek : ni iron tarak panas. tgk ini plastik (sambil tekapkan plastik kat iron tu).. walaweii.. tgk takde apa kan.. kalau iron biasa takleh kan..
Aku dan hubby tergelak lg dgr dia sebut walaweiii tu.. Sambil kaki ni dah langkah 1 step nak blah..
Apek : satu lagi akak, cuba tgk dia mmg tarak panas (sambil tekapkan iron tu kat muka dia)... walaweii..
Aku : eeii.. u ni ada budak kecik tau kat sini (Echa). Kang dia wat kat umah camne.. U tak elok tau.. takpela. bape harga ni?
Apek : aahhaa.. sy mau tunjuk saja.. RM199 saja tp promotion disc RM139.00.
Aku dan hubby : takpela. nxt time la yer (sambil lalu pergi)
Echa : Lawak apa tu? tak lawak pun (sambil berkerut dahi dia)
Aku dan hubby : haha... (pandai lak dia sebut LAWAK)
Aku : Echa, jgn buat camtu tau kat umah. Iron tu panas kalau kena muka leh terbakar panas. Yang orang tu buat dia tipu. Dia tak bukak suis tu..

Aku lak yg risau kang tak pasal-pasal lak dia tekapkan iron kat umah tu.

No comments: