♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, October 31, 2011

Jadilah Diri Sendiri

Sering kita terdengar ungkapan ‘Be yourself!’ atau jadilah diri sendiri. Boleh ke kita nak jadi orang lain? Tak kira macam mana kita buat, kita tetap adalah diri sendiri. Tak juga, kita sebenarnya perlu faham ungkapan itu sebenarnya untuk siapa.


Memang memasing ada idola sendiri. Kita cuba untuk menjadi seperti idola tersebut. Namun sedarkah diri, walau sebanyak manapun usaha yang dialirkan untuk menyamai idola hati, hasilnya takkan pernah sama dan yang paling penting, kebahagiaan yang dicari itu takkan pernah memuaskan hati.

Setiap insan dikurniakan Allah dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan kita kena sedar yang kita diberikan akal, bakat dan potensi.

Cubalah buka mata seluasnya dan lihatlah apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Selongkarilah lautan diri dan carilah mutiara berkilauan yang mungkin terlindung di sebalik karang dek hati yang tidak pernah cuba untuk mencarinya.

Hidup ini tidak menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan dalam satu aspek dan bidang yang terhad. Apa sahaja yang diceburi insan, pasti ada yang meraih kejayaan. Kuncinya? Jadilah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!



JADILAH LEBIH BAIK DARI DIRI ANDA YANG ADA SEKARANG!
Anda tetap adalah anda sendiri, tetapi jadilah lebih baik!

Harumnya bunga kerana ia tidak pernah mencuba untuk menjadi daun.
Dilakarkan warna-warna indah dan bau-bauan yang harum untuk menjadi dirinya yang mutlak, kerana ia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya

Walaupun matahari kelihatan begitu menawan sanubari, dirimu sebagai awan juga begitu indah sekali. Maka, corakkanlah dirimu sebagaimana luhurnya hatimu. Bukan kerana yang lain yang begitu mempesona dimatamu - aishaardini 

No comments: