♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, October 10, 2011

Boleh Pandang-Pandang.. Jangan Pegang-Pegang..

Dah hari Isnin. Takdela rasa kejap ke apa, sbb cuti dua hari dok umah je. Terasa lambat sgt masa tu. Hubby keje.. sob..sob.. sob.. Sian kat anak tak ke mana pun. Sian kat mamanya gak. huhu..

Sbb boring dok umah bertiga, mintak hubby antar umah mak aku. Antar ayg kat umah mak ayg!! haha.. takdela.. hubby pun tau aku mesti nak gi sana.

Sana bestla sbb ada ramai orang. Kakak aku di Bangi pun ada. So, Echa takde la boring sbb ada cousin dia. Aku lak leh manja-manja dgn mak. Tp......... cuti pun penat dan lenguh badan ni sbb budak kecik sorang ni...

Boleh pandang-pandang..
Jangan pegang-pegang..

Ni sume pasal Ayna taknak langsung dgn sesape kat umah mak aku tu. Kira nak berkepit dgn mamanya gak. Cuma dgn kakak aku je dia nak tp kejap je la. Kalau duduk stay satu tempat mmg dia uwaaa... dahla susah tul nak tido. Dah dodoi, dah nyusu botol, susu badan, dah gelek bollywood tp matanya segar je. Kalau tido, leh la mamanya asah skill memasak. Tetiba mood nak masak meluap-luap. Macam-macam nak masak. Tp, sudahnya aku kena layan ini budak. Cuma sempat blend bahan-bahan then bibik kakak aku tlg masak. Nasibla bibik baru ni mmg rajin dan pandai masak.

Nak kata jarang jumpa, selalu je jumpa tp ntahla pasal apa dia ngada tul. Kalau umah MIL (MIL yg jaga), aku lak yg tunggu bilalah nak dapat dukung budak ni. Ayna.. Ayna..


No comments: