♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, October 31, 2011

Jadilah Diri Sendiri

Sering kita terdengar ungkapan ‘Be yourself!’ atau jadilah diri sendiri. Boleh ke kita nak jadi orang lain? Tak kira macam mana kita buat, kita tetap adalah diri sendiri. Tak juga, kita sebenarnya perlu faham ungkapan itu sebenarnya untuk siapa.


Memang memasing ada idola sendiri. Kita cuba untuk menjadi seperti idola tersebut. Namun sedarkah diri, walau sebanyak manapun usaha yang dialirkan untuk menyamai idola hati, hasilnya takkan pernah sama dan yang paling penting, kebahagiaan yang dicari itu takkan pernah memuaskan hati.

Setiap insan dikurniakan Allah dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan kita kena sedar yang kita diberikan akal, bakat dan potensi.

Cubalah buka mata seluasnya dan lihatlah apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Selongkarilah lautan diri dan carilah mutiara berkilauan yang mungkin terlindung di sebalik karang dek hati yang tidak pernah cuba untuk mencarinya.

Hidup ini tidak menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan dalam satu aspek dan bidang yang terhad. Apa sahaja yang diceburi insan, pasti ada yang meraih kejayaan. Kuncinya? Jadilah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!



JADILAH LEBIH BAIK DARI DIRI ANDA YANG ADA SEKARANG!
Anda tetap adalah anda sendiri, tetapi jadilah lebih baik!

Harumnya bunga kerana ia tidak pernah mencuba untuk menjadi daun.
Dilakarkan warna-warna indah dan bau-bauan yang harum untuk menjadi dirinya yang mutlak, kerana ia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya

Walaupun matahari kelihatan begitu menawan sanubari, dirimu sebagai awan juga begitu indah sekali. Maka, corakkanlah dirimu sebagaimana luhurnya hatimu. Bukan kerana yang lain yang begitu mempesona dimatamu - aishaardini 

Karnival BEST, Buat Elok Saja Tau!

Sabtu lepas ke Putrajaya jalan-jalan tgk pejabat baru. Saja nak buang masa ke Putrajaya, Ada pulak Karnival BEST anjuran JAKIM di Presint 2, Putrajaya. Tak ramai orang time tu mungkin dh petang kot. Ingat dah nak tutup Tp, mungkin malam lagi meriah sbb ada konsert.


 
Ada Magic Show

 jualan baju dan tudung


mama dan Ayna

 Echa borong komik Upin Ipin

hubby jual belon ke.. ehehe

 ada konsert malam tu start jam 9 malam
ada ramai artis
tp tak kuasa nak tunggu
kejap je kat situ dalam sejam
cepat-cepat balik umah nak tgk final bola la NS vs Terengganu




Friday, October 28, 2011

Balik Ke Kampung

Lama tak ke kampung Melaka sejak ada baby. Kat kampung, abang aku @ alang yg duduk nak usahakan tanah abah kat kampung. Selalu sabtu atau ahad ktorg akan ke sana tp sejak kakak ipar start part time study on weekend, alang pun wajib balik weekend gak utk jaga anak-anak dia.

So, cuti Deepavali aritu alang tak balik KL, jadi ktorg ke sana. Mak dan abah aku pun follow gak.
kalau ke sini kena la tgk hasil tanaman alang.

ada motor tp hubby naik basikal je
exercise..

 ktorg naik kete
dulu takde jambatan kena pusing jauh ikut jalan besar
dh ada jambatan ni senang je ikut belakang umah je
bwk kete pun kena slow-slow sbb jalan gak mencabar skit


hubby naik basikal so dia sampai dulu

 belah sana tanam kacang panjang
sebelah dia sayur sawi

 
dah ada sorg pekerja Indonesia
senangla skit keje alang

 ada security guard

ni Kajol dan Karisma (aku sendiri yg bg nama sempena Deepavali ni.. ehehe)
kecik lagi baru sampai
kira tak paham bahasa lagi mmg dok kat dalam tu
biasala kt kampung mesti bela anjing utk jaga tanaman kan
sbb kat sini biasa babi hutan, lembu lalu kat sini
pencuri pun ada gak sbb penah mesin kena curi..

 sawi yg disemai

pegawai daerah pertanian melawat tapak

 my hero

 echa, adam dan yaya
seronok dorang kalau ke sini
 
sekarang kite tgk cendawan lak

bagai cendawan tumbuh.. ehehe.. mmg la cendawan kan..
baru lepas petik
buat cendawan goreng tepung minum petang..
satu plastik bawak umah MIL

 sape tau ni pokok apa?
ni pokok jering..

tuan tanah kedaun dh sampai.
alang yg jd 'orang kampung'.. huhu..

ikutkan ada kawasan yg rumputnya dh panjang
tp alang sengaja tak potong sbb nak wat projek lembu lak
tu akan jd makanan utk lembu
insyaallah.. harap menjadi la projek lembu alang ni.
hubby kata kalau jadi projek lembu, hubby nak dok kampung jd saudagar lembu.. ;p

 kol 6 ptg gerak balik KL sbb hubby nak main badminton malamnya
ada lak rambutan dalam 3 tangkai yg dah masak

inilah rumah kampungku
sesekali tension nak hirup udara segar leh la dtg sini

Jalan tak jem pun walaupun cuti Deepavali.. clear je.. mmg seronok. next time dtg nak tido sana lak.

Wednesday, October 26, 2011

Perhatian Pemilik Kereta Waja!

Perhatian kepada semua pemilik kereta especially proton waja. Skrg kete ni mmg tgh hot.. Hot item.. barang curi. Orang tak main dah curi aksesori keta, pecah kete ke apa. sekarang ni terus rembat je kete tu.




Petang semalam, kete waja FIL kena curik di Prima Sri Gombak dalam jam 6 ptg. kete tu adik ipar aku yg bawak sbb nak ke gim area situ. 

Kete Waja, warna Silver, no plat WKE 482 (tp mngkin dah tukar), sport rim brown, ada lampu belakang bulat.

Abis je dalam 6.30 ptg, tgk kete dh takde kat tmpt parking. Terus adik ipar kol hubby. ha? hilang? Aku dah panik giler time ni. Aku dan hubby mmg nak kuar ke umah MIL nak amik bebudak. dah kol tu, terus ktorg pecut ke sana.. Sampai aku tertinggal hp gara-gara nak cpt.

On the way ke sana, hubby kol segala gengster-gengster, ayahanda, abang long, kak yong.. minta tolong.. hehe..

Sampai sana, adik ipar dan geng dh tgh tunggu kat dpn kedai servis kete. Lelaki kan.. nmpak rileks n cool je. Kalau pompuan, aku rasa nangis time tu kot (ni kalau aku la)..

Ada 2 org staff kat kedai servis kete yg nampak orang yg mencurigakan. Asyik lalu-lalang kat situ. Dorg kata ada sorg mamat ni pakai baju putih dtg taye bank kat mana. sambil tu mata mamat tu asyik pandang ke arah kete Waja. Time tu ujan lebat tp dorg dengar bunyi alarm kete waja. sorg tu nampak lampu signal kete waja menyala tp ingat xde apa. Sampaila adik ipar dtg ngadu kat dorg, barula dorg tau yg mamat tu puye keje.

Besties hubby, Azan dtg dgn wife dia, Ira. Ira dtg je terus bgtau aku gambaran org yg wat keje tu. Ayah dia ustaz, ada kelebihan utk dapat gambaran apa yg berlaku. Lepas bgtau no plat kete dan warna kete, ayah dia kata kete tu dah tukar no plat kepada PXX XXXX. Ayah dia nampak P je. Yg blkg tak jelas. Pastu, ayah dia kata nampak 3 orang dalam kete tu, Cina, Melayu dan India. Very 1Malaysia.. dan kete tu sdg menuju ke Jalan Ipoh, KL.

Sukar nak percaya tp ada benarnya. 

Ada CCTV kat depan kedai tu. Mntak tolong tauke kedai tu utk pasang balik rakaman CCTV.

Dalam CCTV tu ada mamat laki yg taye 2 org staff tadi. muka dia nampak jelas sgt dan dia ada kat situ dr jam 5.45 - 6.00 ptg. Besar kemungkinan, laki tu sdg usha line atau cover line member dia wat keje. kira dia alihkan perhatian 2 staff tu ler..

tinggal kenangan..
ada harapan ke nak dapat balik?

sdg tgk CCTV
nasib baik CCTV clear
tp, tak dpt nak tolong pun

 nila suspek utamanya
sebelum tu dia tayekan mana bank
taktik nak alih perhatian staff kat situ


15 minit dia kat depan kedai tu
sebelum tu  waja hitam yg dibawak oleh laki cina
dia yg turunkan mamat ni
laki cina tu slh sorg customer ni


Mmg betul gambaran yg ayah ira bagi. Mmg ada Cina dan Melayu.. Selama ni dgr kete org lain hilang je. Bulan lepas kereta waja jiran ktorg hilang, sekarang kereta family sendiri. Mmg tak sangka. Sebelum tu dh tergerak hati ckp dgn hubby, Perdana V6 tak parking dalam umah ke? bahaya letak luar. alih-alih, waja yg hilang.. apala nasib...

yg curik tu bkn calang orang. nak secure kete kita dgn apa? kalau stereng lock, leh je dorg bukak. kalau ada duit leh la pasang GPS kat kete utk carik kete kite balik. kalau tak pun, guna cara Mr Bean, bukak stereng kan.... hmmmm....


Tuesday, October 25, 2011

Morib


Weekend lepas baru dpt rasa erti cuti hujung sebenar. Sejak sebulan ni hubby asyik keje hari minggu. Minggu sebelum tu aku keje. So, minggu lepas aku dan hubby nak spend time dgn buah hati memasing.. ehehe..

Pagi tu ke titiwangsa. Jalan-jalan sambil main badminton dalam setengah jam. Takleh lelama kang aku yg semput nak jaga bebudak. Lps lunch hubby taye nak ke mana. Aku ckpla mana-mana tp nak ke shoppuing complex aku tak kuasa. Malas nak window shopping je. Kalau shopping tu nak la.. huhu

Hubby kata jom ke Morib. Lama tak pegi Morib. Nak ke PD tak syokla kalau nak balik hari. So, kalau Morib dkt skit. Aku pun on jela. 

Aku mmg bwk baju spare utk abku, hubby dan anak-anak. Slalu singgah umah mak aku sure smpi ke malam. So, aritu tak singgah umah mak, ktorg ke Morib.. Wohhooo....

Gerak kol 2.30 ptg. Hubby ikut Selayang. Jalan puyela jem macam kura-kura. Aku taye hubby,tgk jem ni confirm ke nak ke sana ni? Dia kata takpe.. kita redah je. Tp, dia nyesal lak tak ikut DUKE. 

Sampai sana jam 5 ptg. puyela lama perjalanan ktorg. Jem psl kete rosak je.. huh! 

Lama tak ke sini. Seingat aku masa aku zaman sekolah rendah kot. Bila balik kampung mak kat Sijangkang. Batu 8, mesti abah akan bwk anak-anak ke sini. Port picnic ktorg mmg Morib jela.

Last masa aku kursus induksi masa mula keje gomen ni. Tido kat Hotel Impian. Ala.. hotel dalam filem cuti-cuti cinta tu.

jalan jem

 amik gambar syok sendiri
boring lak dlm kete
si kakak asyik layan VCD sama je..

 dah lain tul kat sini












time ni air tgh surut
kira macam main lecak je
aku dan hubby mmg taknak mandi, so mmg takdela tukar baju
nak kasi kakak Echa jela mandi


Seronok tgk anak-anak seronok. Aku yg tak tukar baju pun basah sbb Ayna yg nak mandi. Memula nak bg dia main air je. Tp, dia mula memberatkan badan nak duduk lak.. aduss.. terus aku pun kebasahan.

Nak dkt kol 7 malam, mandi terus kat toilet. Cuma toilet macam jauh jela. tp, mmg selesa la nak mandi. 

Lapar jenuh carik restoran yg ada seafood. Mmg kat situ malam mmg 'mati' la. Tak macam PD. ktorg pun makan kat restoran kt Kanchong.
 
udang goreng tepung RM10

 ikan siakap RM40 siap masak


 Ayna pun nak makan gak..
order kerang bakar, tomyam ayam..
makan sume RM64 je.. murah je kan..