♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 12, 2011

Open House Umah Ktorg - Part 1

Mmg plan tahun ni nak wat majlis makan-minum (kena sebut gak minum tu kan ingat makan-makan je.. ehehe). Tapi nak carik date yg available tu mmg takde. Ingat nk wat Sabtu tp kakak kat Bangi lak wat. Nak wat 17hb umah mertua pulak. 18hb Ahad sure aku penat. Kwn² hubby dah taye² bile ktorg nak wat open house. So, last minute plannuing, semalam ktorg wat open house. Malam Sabtu gak hubby SMS kat sume org. Jemputan cuma family aku dan hubby, jiran dekat dan kawan² rapat hubby jek. Menu nak sempoi jek. Taknak masak banyak². Nasi Lemak, Rendang Ayam dan Mee Goreng.

Tahun ni terpaksa jemput makcik². Termasuk makcik Kak Kay yg rupanya dah tukar no baru dan mummyGee yg tertinggal hp kat opis. Patutla takde reply pun. Cuma MamaMiraki je yg reply. huhu.

Malam Sabtu gak ktorg gi NSK, Selayang. Sebenarnya first time ktorg gi NSK. Slalu kalau penat keje siang, malam tu nak shopping barang umah ktorg suka ke Tesco je. Takdela rush sbb tutup jam 12 mlm.

Sampai ke NSK jam 11 malam. Ntah sempat ke tak nak shopping barang ni. Rupanya 24 jam daa.. huyyoo.. kalau tau dari dulu aku dah shopping barang umah kat sini.

Time camtu ramai orang. Mungkin dorg pun nak beli utk open house esoknya mcm kami gak.

 nak beli ayam pun kena tunggu turn
time ni dah kol 12 malam
masih ramai lagi orang

best gak kat sini
banyak barang
tp segan la sbb nak beli barang mcm lengkuas ke satu je 
tapi plastik bungkus besar

 kakak Echa kalau gi tmpt camni yg basah² mana dia nak berjalan
elok je dia dok kat troli
dia kata geli...
bagus senang mama n papa takyah nak pimpin Echa 

 baby Ayna memula tido dalam kete
masukkan kat stroller still tido lagi
bile masuk dalam je terus dia jaga
tapi dia diam jek.. segar terus mata dia..

 dah penat berjalan
nak bayar pun takyah nak beratur

antara barang yg diborong

Sampai umah jam 1 pagi. Mata takleh tido. Sebab menu nasi lemak, aku goreng kacang tanah, ikan bilis, rebus telus, tumis sambal dan blend bahan² utk rendang ayam. Senang esoknya tinggal masak rendang ayam dan nasi lemak jek.

Esoknya pagi dah bangun nak masak rendang ayam dan nasi lemak. Memang saja start kol 3 ptg sbb takdela kalut sgt nak masak dan kemas, hidang sume. Kol 11 pagi dah setel sume. Dari bukak pintu sume dah tutup pintu balik sbb nak follow hubby gi amik barang kat umah maknya dan beli ais kat 7Eleven.. hehe..

Kol 2 ptg adikku, Apis dan wife, Nana dah datang. Alamak, awal giler aku pun tak sempat hidang makanan lagi. Rupanya dorg dtg nak pasang khemah dan meja. Bagus betul la. Tak mintak pun dorg sendiri yg baik hati nak bawak. hehe.. Thanks yer.. Tapi, khemah dah rosak sbb salah pasang daa...

 dgn Nana
kejap je dia kat sini pastu terus balik

 dgn hubby menunggu tetamu

dgn kakak Echa

--sambung lagi nanti yer--

2 comments:

Mama Janet said...

nak sampai part berapa ni

~Ayu~ said...

tak byk part pun sbb nak abiskan cpt bnyk lagi nak cite. ingat nak edit blk tp cik mek dh komen lak. nak buang word 'terpaksa' tu sbb sja je tulis camtu nak gurau-gurau. mana tau ada yg terasa lak dgn gurauan tu. hehehe.. mmg ikhlas tau jemput korg.
tambahan : ajak cik mah gak.