♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, September 13, 2011

Open House Ktorg - Part 2

Sambung lg citer 'open house' umah ktorg.

Nak betulkan skit ayat kat Part 1 pasal 'terpaksa' jemput makcik² sedara tu. Konon nak gurau jek tp aku lak yg terasa. Mmg ikhlas nak jemput makcik²ku. Lama tak ajak dorg dtg umah. Last masa birthday Echa 2thn pada 2009.

Okla aku nak citer lagi kesinambungannya. Menu utama aku aritu ialah nasi lemak. mmg aku malas nak masak byk². Mak mertua tlg masakkan mee goreng yg sedap dan mmg faveret ktorg. Aku masak cuma 12 cawan nasi lemak dan ayam 4 ekor utk rendang. Aku rasa macam byk sgt je 4 ekor tu.

Nasi Lemak dan setnya dan rendang ayam
mee goreng lupa lak nak snap gambar

kakak @ mak buyong, Kak Lin yg nak gi beraya umah kwn dia lak
sama ke muka ktorg?
aku lg cute kot.. huhu

 family kak ipar, Kak Neng dtg gak sbb dorg ada 'open house' kat situ² gak

ipar-iparku dan mak mertua
thanks sbb tlg jaga baby Ayna
sempat gak masak time Ayna tido
pastu mertua amik Ayna senang aku nak kemas dan hidang
kol 3.30 ptg dorg dtg dgn Ayna rasa macam bkn anak sendiri jek
tersengih je muka Ayna

Umah aku ada dua ruang. Pertama ruang tamu dan kedua ruang yg ada dapur. Ruang kedua ni luas skit. Ada almari baju utk anak² dan almari mainan. So, budak² yg dtg akan main² kat sini punggah segala mainan yg ada. Kakak Echa pun baik hati tak kisah pun orang main permainan dia. So, mak ayah yg dtg takdela risau sbb dorg main dalam umah.

Mana kanak² yg dtg, kakak Echa akan ajak dorg main mainan.

Echa dgn sepupunya, Adel
time ni situation still under control

 tetiba dah jadi tak terkawal dah
habis mainan dipunggah
lantak korang la

 rasanya dah bape kali kemas mainan tp kejap je dah sepah balik
takpela dari dorg main lari² kat luar baik dorg main sini
parents yg dtg pun leh borak² dgn aman 
sampai Echa jadi bising lak 'sape nak kemas sume ni?'

kol 5 lebih , ketibaan yg ditunggu-tunggu. Makcik dr Ampang, MamaMiraki

bersama MamaMiraki dan anaknya, Ika
hubby berjaya menyorokkan kebuncitannya dgn menyempitkan diri di tgh.. ehehe

echa dgn Amir
Echa seronok la sbb dia sentiasa ada kawan
dgn Amir siap dancing lagi

anak² jiran 
dorg ni mmg ramah
makan cpt² sbb nak main
baru nak hulur duit raya dorg dah lesap (selamat duit aku)
pandai lak dah penat main time maghrib tu dorg datang blk nak minum air
dapat gak bagi duit raya (aduh, abis duit aku.. huhu)

 bersama kak ipar, kak Miza

 dgn abah yg nak balik dah

 
kak ipar dan hubby dia
umah korg mnggu dpn lak kan??

 dgn Ika dan Kak Ayin
sama lak kaler jeans ktorg

 time ni okla sbb orang tak dtg serentak
baby Ayna syok je dok kat buaian

 
Amir sepupu kecik hubby. Sama baju dgn hubby. Brand POLO no 2 pun sama.. hehe
sehati sejiwa tul aku dan mamaMiraki ni 
sbb aku yg belikan baju utk hubby dan mestila dia belikan untuk Amir

 
dalam kol 6.30 kot MamaMiraki gerak balik
sbb dpt pas VIP, kete parking dpn umah je

 kak ipar, Ayien pun balik sesama
bergaya dgn V6 merahnya
nak balik pun kena klik-klik gak kan


-sambung lagi citer Part 3 lak-

1 comment:

~ Mummy Gee ~ said...

gara2 hp tak de bernyawa sudah miss ini open house...