♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, September 9, 2011

Nak Makan Pun Dah Tak Selamat

Hari-hari baca berita kes samun, bunuh, ragut, simbah asid, rogol dan macam-macam. Buat rasa takut untuk keluar ke mana-mana. Jenayah semakin berleluasa dan makin hilang sifat perikemanusiaan. Makin kejam dan tragis macam adegan dalam filem. Orang kita atau orang luar? Tu tak penting, yg penting keluarga, sanak-sedara dan masyarakat kita. Keselamatan negara dah dirobek dgn gejala-gejala sebegini.

Dalam rumah pun bole kena macam yg aku lalui tahun lepas. Kat luar puyela jaga handbag takut kena ragut. Tp, dah tersurat dalam rumah pun handbag leh kena sambar orang. Leh baca kat sini. Mmg trauma sampai sekarang.

Menakutkan bile tgk video rompakan restoran mamak di Seksyen 15, Shah Alam kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos 2011 yg lalu. Ketika umat Islam bersahur, datang lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Aku dan hubby mmg customer tetap restoran mamak di tempat kami. Sekarang ni memang nak kena beringat selalu. Ya Allah, peliharalah dan lilndungi keluargaku.

Mana yg suka layan laptop tu, pasni baik takyah la. Kalau tempat tertutup tp bila dah diacu parang, sape yg tak kecut. 

Masa tgk video tu, terbayang keadaan diri sendiri dalam situasi begitu. Kesian dgn anak-anak kecik. Mesti dorg trauma. Nak menangis pun ada sbb aku takut sgt tgk video ni. Semalam pun berlaku lagi kejadian yg sama di Sekyen 24, Shah Alam kol 5.30 pagi. Tp, kali ni dorg potong wayar CCTV. Moga penjenayah² tu dapat dikenalpasti dan ditangkap.
Video rompakan di restoran seksyen 15, Shah Alam.


No comments: