♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, September 29, 2011

..Kalau Anak Nakal..



Aiii... kalau si kecil nakal dan tidak mendengar kata, memangla terasa geram dan marah. Tangan ni laju je nak mencubit atau memukul. Macam diriku, susahnya nak handle si kakak yang makin mengganas ni. Kalau marah selalu, kesian lak. Tp, kang kalau diam jek, lagi la dia makin pijak kepala kita. Ada tips untuk mengatasinya. Anak tak nangis, tu kira okla. Kalau nangis melalak, kepala pun jadi pening.

1. Memujuk hati agar bersabar

Setiap kali perangai si kecil buat kita menyirap, cuba pujuk hati agar bersabar. Tambahan lagi mengenangkan usia anak yg masih kecil dan tidak memahami keadaan kita yang sebenarnya.

2. Meluahkan rasa marah dengan perkataan

Cara ini lebih baik dari memukul. Selain tidak mencederakan dan buat si kecil menangis. Tapi, janganlah guna perkataan yg kesat dan tak elok pulak.

3. Abaikan perasaan marah

Cuba pendam rasa marah dalam hati. Perasaan marah adalah suatu yg negatif dan anak-anak pasti tidak gemar apabila si ibu yg patut memberi perhatian dan kasih sayang selalu marah-marah.

4. Lakukan perkara lain

Sekiranya perasaan marah bermaharajarela dan tidak dapat dikawal, cuba tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, lakukan perkara lain seperti mendengar muzik, mandi atau mengambil wuduk.

5. Luahkan perasaan marah di saluran yang betul

Cuba kongsi rasa marah dengan suami atau teman baik agar rasa marah itu berkurangan.

No comments: