♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, September 23, 2011

Dah Sekolah Ke Ni?

Kejap je kakak Echa dah nak 5 tahun. Tahun dpn dah leh skolah dah. Tadika la. Skrg ni ikutkan seawal 3 tahun dh school. Plg tak pun, 4 tahun. Mcm aku, sbb Echa lahir bln 12 so aku rasa mcm kecik lg jek. Nak bg dia enjoy lu. Mama n papa dia pun nak enjoy gak. hehe..

Bg aku, terpulang samaada awal atau tak, parents sendiri tau tahap anak memasing camne. Kalau tak ready lg, rasa 50-50 better antar je biler dh besar skit. kekadang aku terpikir, dah terlambat ke aku antar Echa sekolah? kalau lambat, dia tak pandai ke berbanding kwn-kwn dia yg awal sekolah?

Ada sorg kawan ni, anak dia tahun dpn 3 tahun dah nak masukkan tadika. Kira bagusla camtu dah pk awal-awal. Dia kata anak skrg makin advance. dr segi apa tu? tu mmg aku setuju. Anak-anak sekarang makin cerdik. Silibus pun makin advance. Dulu kte belajar math, sains dalam BM jek. Skrg ni BI dah. Dulu tak ramai yg student all subjek A, skrg ni 10A, 13A... uihh.. respect tul bebudak skrg ni.

Sukati parents la nak antar anak sekolah tahun bape kan.. tp, takyah la nak taye-taye anak orang lain dah sekolah ke lom. Kalau rasa korg mampu (ni kalau antar private la) dan rasa anak korg ready ok je, teruskan jela niat baik tu. 

Actually, aku mmg niat nak antar Echa ke tadika bln 6 lepas. tp, time tu survey tempat takde lak yg berkenan di hati. Macam apa je kan.. Kalau yg mmg ok macam SmartReader, CIC tu mahal la pulak. Tak mampu la kalau takat gaji gomen ni. Yg tadika gomen kat sini mmg dkt je dr umah, tp mcm tak ok la pulak sbb taye kat jiran sini sume kata 'boleh la', 'kureng skit la'. cmne tu? Tadika cina pun ada, kat situ pun ada islamic gak tp ntahla mcm tak confident pulak.

So, kenala belanja lebih skit nak antar Echa ke swasta puye. At last, terbuka website LittleCaliph. Aku dah jatuh cinta dgn program LittleCaliph ni sejak masuk Majalah 3 tahun lps. Program yg ditekankan adalah     Islamic-English-Creative pre-school program. Tp time tu lokasi tadika tu di Bangi. so, aku takdela amik kisah pun. Tp, bila tgk je list branch area Selangor, terpandang Tadika Khalifah Ilmu di Sri Gombak. Laju je aku klik kat situ. terus call principal tadika tu. Sedang elok pulak mmg registration utk tahun dpn dah bukak. Mcm-mcm la aku taye. So, sbb dah teruja sgt, aku nak register awal-awal takut terlepas nanti.

Hari ni, aku cuti. Apa lagi ke tadika tu utk register Echa tahun dpn. Murah dr tadika lain yg aku survey sebelum ni. Monthly fees RM210.00. Registration RM995 tp sbb aku register awal sblm 1 Okt dptla rebate RM100. Diskaun so kena bayar RM895.00 saja. Yg bestnya ada extra class swimming tp kena extra bayar RM450.00 utk 3 bln.



Syukur alhamdulillah. Lega hati ni. Moga Echa hepi dgn environment kat sana, dpt teacher yg baik, dpt catch up apa yg diajar oleh teacher dan yg plg penting Echa tak nangis bila mama dan papa takde sama time tu. Anak-anak aku mertua yg jaga, kalau nurseri ke mesti dah biasakan.. Mama risau tp tau kakak Echa mesti boleh puya.


2 comments:

Elias Mohd Hafiz Azham said...

Kat seri gombak ni mana ada tadika cina?

amoi chemey said...

sy pon tgh mencarik tadika cina..ade jmp disney dkt fasa 7 xsilap..yg lain xtau lg..tgh mcarik..hmmmm pening nk masok kn ank sekola mana..