♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, September 5, 2011

Cer Citer Raya @ Johor - Part 3

Dah penat collect duit raya, rehat mental dan fizikal jap sebelum kuar beraya. wah.. mental ke? Yela. dok ngira duit raya baper untung rugi tahun ni. celaru mental aku betul.. hahaha.. kepala pun dah pening sbb panas sgt dan berpeluh.

 deretan makanan pagi raya

Kemudian. siap² utk beraya ke umah adik-beradik abah mertua di Muar.  Memula ke Parit Pinang Seribu umah Wak Oren (aku taktau la pasal apa dorg panggil Wak Oren ni. Memang dr mula kawin dah diperkenalkan dgn nama tu. Mngkin sbb selalu dihidangkan dgn air oren kot. huhu)

kak ipar dan adik² ipar
pose sakan walaupun si Echa yg amik gambar ni.. huhu..

 abah dan abangnya, Wak Oren (cik Ramli). 
agak² dia tau ke ktorg panggil dia Wak Oren yer..
hehe.. tahun ni bkn air oren, air tropicana kot.

 tahun ni makan nasi kat sini..
biasanya makan kuih raya yg berbalang-balang banyaknya

Kemudian, kami ke umah Wak Ngin dkt² situ gak.

 kekenyangan makan ketupat goreng
lama gak lepak kt sini
Echa siap mandi lagi

Penat berjalan, jam 5.30 petang balik semula ke teratak kami. Malamnya aktiviti BBQ lak. Mesti ada aktiviti ni. Malam tu hujan tapi aktiviti bakar-membakar ttp diteruskan. Nasib baik ada parking berbumbung. Rajin mak-mak sedara masak nasi lemak malam tu. Tukar selera pulak setelah seharian dijamu dgn ketupat dan kentang.

 Hubby gigih membakar 7 ekor ayam dan beratus sosej

kena queue lama sbb sambutan begitu memberansangkan
tak sempat nak penuh tray tu dah kena sambar
adehh... nasib baik orang kuatnya hubby sendiri.. 
tinggal order jek 'abang, nak sosej'.. uit.. lain macam je bunyinya.. :p

dapat gakla rasa 2 ketul ayam dan 2 sosej
 Echa bangun tido je terus makan sbb lapar

Habis dah citer hari raya pertama aku. Terus tido sbb ngantuk yg amat. Stail aku kalau baby tido aku pun nak tido (kalau takde apa nak buat la). Kang dia dh bangun susah pulak nak tido. Terjaga jam 1.30 pagi sbb baby Ayna tetiba bangun menangis. Aku dah cuak. Hubby pulak biasala dah jumpe sepupu² skali skala  kuar lepak sampai ke pagi. Biasanya kalau dia nak nyusu dia merengek je. Ni makin didukung makin kuat tangisnya. Baca ayat kursi, masuk buai dan susukan terus dia sambung tido. Hmmm...

Sambung lagi utk raya kedua pulak.. dah terlanjur berciter ni kenala citer sampai abis kan..

1 comment:

Mama Miraki said...

makcik2 yg raji masak nasi lemak..sampai badan semua berlemak kiri kanan tau..heheheheh