♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Saturday, September 3, 2011

Cer Citer Raya @ Johor - Part 1

Salam..

Pd mulanya malas nak berciter ttg sambutan raya aku tahun ni yg semestinya meriah giler dan penuh keceriaan. Tp, sbb aku xngantuk sdgkan jam menunjukkan jam 2 pagi dan blur nk tulis apa, izinkan aku bercoleteh serba sedikit sambutan raya aku. Gambar sgt banyak. Nak bergambar sgt sampai rosak skit skrin kamera sbb kamera terjatuh. Saja tau nak mntak kamera baru. adehh..

Tahun ni turn raya dulu di sebelah hubby. Hubby kampung di Batu Pahat, Johor. Tahun ni penuh dgn keterujaan sbb raya pertama dgn baby Ayna yg berusia 5 bulan. Kakaknya 4 tahun semestinya lagi gembira. Persiapan raya tahun ni berkali ganda (sbb teruja kot). huhu..

Sume kaum kerabat yg ramainya 52 org berkumpul di rumah pusaka atuk dan nenek hubby. Bayangkanlah betapa gamatnya suasana. dgn gelak tawa, gegaran rumah kayu dgn larian bebudak kecik dan tunggu turn nak mandi, buang sgl isi perut sume la.. sgt seronok. 

Sehari sblm raya kami gerak ke kampung time lepas sahur kol 6 pg. Tak jem la pulak. Tetiba rasa tak syok lak sbb macam kureng skit feel. Sampai kampung jam 9.30 pg. 

Sampai sana memasing sdg gigih memasak. 

ketupat yg sdg bermandi jakuzi 

sdg membasuh ayam 

pakcik dr Kulai, Cik Rin leka menghiris daging

Malam raya aku tido awal sbb kepenatan. Kali ni takde bunga api seperti raya sebelum ni. Al-maklumla budget utk membeli bunga api tlh hala ke lain. huhu.. Takde bunga api ttp meriah. Hubby sempat beli pelita di Parit Sulong.

Pagi raya bangun awal giler kol 5.30 pg lampu dh terang-benderang. Kt dapur mmg dah riuh dgn makcik-makcik memasak. Menjerit mandi.. mandi.. sebabnya air pasang surut. kejap kuat, kejap slow, kejap xkuar langsung. Apa pun tak boleh..

ala tido lak adik ni
bangun la Ayna.. nak amik gambar ni

bergambar dgn puteri-puteriku, Echa dan Ayna

sbb tahun ni sume berkumpul, so wajib amik gambar raya reramai
time ni tgh susun kerusi
turun.. turun cpt nak amik gambar ni..

inila family besar belah hubby
happy family
penat amik gambar sbb nak kena fokus byk kamera
berpeluh-peluh.. tak wangi dah.. huhu

freestyle from us
peace!!!!

ni jambatan dpn umah yg skrg jd tempat echa main-main baling batu

keluarga hubby
tahun ni tema biru turquoise

cantik tak gambar ni?
sgt suka gambar camni

inila harta aku, nyawa aku

hubby n Ayna

dgn pak mertuaku yg sporting, abang dan adik ipar

kak ipar dan hubby

 geng nasyid Parit Sulong
sesi tayang cincin/gelang..
gabungan makcik dan sepupu
yg tengah tu ketuanya.. haha

ni lak kategori lelaki

sambung lagi Part 2..

3 comments:

Mama Miraki said...

Ketua Nasyid tu dah dapat undangan buat show tau...duet ngan Maher Zain..hehehe

Kak Kay said...

seronok giler kan, bayangkan 52 orang duk dalam 1 rumah pusaka.... happy aaaja tak de pun gaduh2...Tima kasih EMAK N bah mendidik kami jadi anak yang baik2...

Mama Janet said...

canteknya gambar ramai2 kat pondok tu