♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, September 30, 2011

Raya Yang Akan Dirindui

Syawal berlalu pergi, Zulkaedah datang menjelma. Habis dah hari raya Aidilifitri tahun ni. Tunggu Raya Aidiladha pulak. Tapi, opis aku baru nak wat makan-makan raya sekali dgn jamuan makan Jasamu Dikenang esok. hehe..

Malam semalam plan nak ke Uptown Danau Kota tp baru kol 8.50 malam. Hubby pun terus je drive ke MRR2 tanpa tujuan. Nak ke Downtown Cheras pulak la tp still awal lagi kol 9.30 malam. So, segmen terjah umah orang. Ktorg ke umah makcik hubby KakKay di Cheras nak melawat orang sakit sambil beraya (raya dah abis baru sibuk nak beraya).  Sepupu hubby anak kepada KakKay accident 'sendiri' buat kali ke-2. Kesiann.. Camne lak tu yer.. Tp, dia mmg kuat semangat betul.
Dah tau pun dr niat nak singgah kejap, dkt sejam gak ktorg kat sana. Dapat gak merasa biskut raya yg sgt sedap. Kalau call awal, agak-agak dapat tak makan nasi dagang.. Makcik yg ni mmg terer wat nasi dagang. Lapar la pulak. ehehe..
Kol 11 malam baru gerak balik. Alang-alang kt sana nak try ke Uptown The Mines la. Mcm menarik jek sbb nmpak dr highway banyak khemah gerai. Ktorg ke sana jek. Kakak Echa dan Baby Ayna dah tido so aktiviti jenjalan pun taknak lelama. Penat tu sbb banyak sgt gerai tp majoriti barang sama jek. Baju, urut refleksologi yg banyak. Ada games utk bebudak tp sbb kakak Echa tido, selamat... huhu..
Tak sume pun ktorg jelajah sbb penat berjalan, Banyak gerai dan benda sama jek. Kol 12 malam ktorg gerak balik. Sempat rembat sandle utk baby Ayna..

Alhamdulillah, raya tahun ni sgt hepi dan sumenya berjalan dgn baik. First raya dgn baby Ayna dan raya ke-4 utk kakak Echa yg sgt suka bergaya. Sgt best! Insyaallah, raya tahun dpn, baby Ayna dh leh jalan sure lagi hebat persiapannya. Wah.. dh pikir raya tahun dpn lak ni.. haha..


Thursday, September 29, 2011

..Kalau Anak Nakal..



Aiii... kalau si kecil nakal dan tidak mendengar kata, memangla terasa geram dan marah. Tangan ni laju je nak mencubit atau memukul. Macam diriku, susahnya nak handle si kakak yang makin mengganas ni. Kalau marah selalu, kesian lak. Tp, kang kalau diam jek, lagi la dia makin pijak kepala kita. Ada tips untuk mengatasinya. Anak tak nangis, tu kira okla. Kalau nangis melalak, kepala pun jadi pening.

1. Memujuk hati agar bersabar

Setiap kali perangai si kecil buat kita menyirap, cuba pujuk hati agar bersabar. Tambahan lagi mengenangkan usia anak yg masih kecil dan tidak memahami keadaan kita yang sebenarnya.

2. Meluahkan rasa marah dengan perkataan

Cara ini lebih baik dari memukul. Selain tidak mencederakan dan buat si kecil menangis. Tapi, janganlah guna perkataan yg kesat dan tak elok pulak.

3. Abaikan perasaan marah

Cuba pendam rasa marah dalam hati. Perasaan marah adalah suatu yg negatif dan anak-anak pasti tidak gemar apabila si ibu yg patut memberi perhatian dan kasih sayang selalu marah-marah.

4. Lakukan perkara lain

Sekiranya perasaan marah bermaharajarela dan tidak dapat dikawal, cuba tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, lakukan perkara lain seperti mendengar muzik, mandi atau mengambil wuduk.

5. Luahkan perasaan marah di saluran yang betul

Cuba kongsi rasa marah dengan suami atau teman baik agar rasa marah itu berkurangan.

Monday, September 26, 2011

Bila Bini Gangster..Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Bini-Biniku Gangster.. Sempat gak tgk wayang. Mintak tlg mertua jagakan baby Ayna. Biasa tgk di Wangsa Walk, tp book tiket sume dah fully booked. Dah tau kalau kt sana mesti full puye. Alternatif lain, tgk kat port baru. Kat Big Cinemas di Brem Mall, Kepong. Sampai kol 4.30 ptg, show kol 5 ptg.. kira okla kan. Banyak lg seat kosong. First time ktorg gi sini. Tak sempat nak explore kedai-kedai kat situ. Memang tgk wayang je pastu terus balik..

Citer ni bestla gak. Sebab ada komedi romantik (yg terlampau gedik tp sbb Shaheizy Sam aku suka jek..hehe). Ada aksi gaduh-gaduh bini pertama, Manja/Kak Yong (Yana Samsudin) dan bini kedua, Rianna (Intan Ladyana). Kat luar bini-bini ketua gangster, tp kt umah dgn suami, isteri mithali gitu. Sweet sesgt.

Bini pertama sanggup korban apa saja untuk suami. Time ni touching sikit.

Motto "Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".. haha.. yeaahh.. aku setuju yg tu..
 
Kesudahan citer ni mmg dpt agak dr awal citer tp ada la yang tak disangka-sangka terjadi.. ehehe.. Nak kena bgtau ke yer? Kenala tgk sendiri.. huhu..


Friday, September 23, 2011

Dah Sekolah Ke Ni?

Kejap je kakak Echa dah nak 5 tahun. Tahun dpn dah leh skolah dah. Tadika la. Skrg ni ikutkan seawal 3 tahun dh school. Plg tak pun, 4 tahun. Mcm aku, sbb Echa lahir bln 12 so aku rasa mcm kecik lg jek. Nak bg dia enjoy lu. Mama n papa dia pun nak enjoy gak. hehe..

Bg aku, terpulang samaada awal atau tak, parents sendiri tau tahap anak memasing camne. Kalau tak ready lg, rasa 50-50 better antar je biler dh besar skit. kekadang aku terpikir, dah terlambat ke aku antar Echa sekolah? kalau lambat, dia tak pandai ke berbanding kwn-kwn dia yg awal sekolah?

Ada sorg kawan ni, anak dia tahun dpn 3 tahun dah nak masukkan tadika. Kira bagusla camtu dah pk awal-awal. Dia kata anak skrg makin advance. dr segi apa tu? tu mmg aku setuju. Anak-anak sekarang makin cerdik. Silibus pun makin advance. Dulu kte belajar math, sains dalam BM jek. Skrg ni BI dah. Dulu tak ramai yg student all subjek A, skrg ni 10A, 13A... uihh.. respect tul bebudak skrg ni.

Sukati parents la nak antar anak sekolah tahun bape kan.. tp, takyah la nak taye-taye anak orang lain dah sekolah ke lom. Kalau rasa korg mampu (ni kalau antar private la) dan rasa anak korg ready ok je, teruskan jela niat baik tu. 

Actually, aku mmg niat nak antar Echa ke tadika bln 6 lepas. tp, time tu survey tempat takde lak yg berkenan di hati. Macam apa je kan.. Kalau yg mmg ok macam SmartReader, CIC tu mahal la pulak. Tak mampu la kalau takat gaji gomen ni. Yg tadika gomen kat sini mmg dkt je dr umah, tp mcm tak ok la pulak sbb taye kat jiran sini sume kata 'boleh la', 'kureng skit la'. cmne tu? Tadika cina pun ada, kat situ pun ada islamic gak tp ntahla mcm tak confident pulak.

So, kenala belanja lebih skit nak antar Echa ke swasta puye. At last, terbuka website LittleCaliph. Aku dah jatuh cinta dgn program LittleCaliph ni sejak masuk Majalah 3 tahun lps. Program yg ditekankan adalah     Islamic-English-Creative pre-school program. Tp time tu lokasi tadika tu di Bangi. so, aku takdela amik kisah pun. Tp, bila tgk je list branch area Selangor, terpandang Tadika Khalifah Ilmu di Sri Gombak. Laju je aku klik kat situ. terus call principal tadika tu. Sedang elok pulak mmg registration utk tahun dpn dah bukak. Mcm-mcm la aku taye. So, sbb dah teruja sgt, aku nak register awal-awal takut terlepas nanti.

Hari ni, aku cuti. Apa lagi ke tadika tu utk register Echa tahun dpn. Murah dr tadika lain yg aku survey sebelum ni. Monthly fees RM210.00. Registration RM995 tp sbb aku register awal sblm 1 Okt dptla rebate RM100. Diskaun so kena bayar RM895.00 saja. Yg bestnya ada extra class swimming tp kena extra bayar RM450.00 utk 3 bln.



Syukur alhamdulillah. Lega hati ni. Moga Echa hepi dgn environment kat sana, dpt teacher yg baik, dpt catch up apa yg diajar oleh teacher dan yg plg penting Echa tak nangis bila mama dan papa takde sama time tu. Anak-anak aku mertua yg jaga, kalau nurseri ke mesti dah biasakan.. Mama risau tp tau kakak Echa mesti boleh puya.


Thursday, September 22, 2011

Nak Tau Harga Blog


Nak share satu benda ni BIZinformation

Sesaja la gatal tangan ni nak cuba nasib. Suka try benda-benda baru ni (bagi aku baru la sbb aku xtau pun benda ni sebelum ni). Bestnya kita boleh tahu value blog kita sekarang. Harga dia bape. Kira kalau jual agak-agak ada untung tak? Ada yang sampai ratus-ratus ribu atau juta-juta. Tu memang website yg besar-besar dan terkenal dah. Boleh beli umah banglo tuh.. huhu.. 


Macam aku harganya cuma RM2965.20 je. Okla tu sebab baru jek masuk dunia berblogging ni.. Cukup-cukup untuk beli hp atau laptop jek.. hahaha.. cuba try korg puye pulak..

sumber : PetuaPakar


Kursus Kad Hijau CIDB

Arini jadi urusetia lagi utk kursus Jabatan. Kursus Kad Hjiau CIDB. Dah lama plan kursus ni dr tahun 2009 tp baru arini dpt wat. Bayaran pun dah setel tp nak arrange date yang susah tu. Dgn penuh semangat aku arrange gak kursus ini dgn jayanya. Ehehe.. pasni taknak wat kursus lagi bole tak? leceh tul la. :'(

Apa yg penting sgt dgn kursus ni?

Kad hijau CIDB ini penting untuk keselamatan bagi staf yang terlibat dalam tapak binaan. Plg penting, kad hijau ni cover special skim  insurance (Takaful Insurance) jika berlaku kemalangan di kawasan tapak atau tempat kerja. Mereka yang terlibat dalam keje projek di kawasan tapak digalakkan untuk memiliki kad hijau CIDB ini. Kat opis aku ramai dr bidang teknikal seperti arkeologi, konservasi dan penguatkuasaan di mana mereka selalu 'outstation' untuk wat kajian atau memantau/melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan. Untuk memastikan mereka dilindungi, mereka kena ada kad hijau CIDB ini. Untuk dapat kad hijau ni, dorg wajib dgr taklimat dulu baru boleh dapat kad ni.

 penceramah dr CIDB

8C Buat Suami Benci Isteri

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.
C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2.
C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

p/s : kredit kepada "Tentang Cinta".

Monday, September 19, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011

Kejap je masa berlalu. Hari yg dinanti-nantikan pun rasa kejap je. Tak cukup cuti 3 hari.

17 September 2011, sempena cuti Hari Malaysia, mertua wat open house. Mertua kalau wat, mmg dr tghari sampai tgh malam. Jemputan pun ramai siap pasang khemah lagi. 

Seperti biasa, agihan tugasan. Aku dapat tender goreng ayam, rebus telur dan wat goodies bag utk bebudak. Kira okla sbb ada baby kecik Ayna. Dia lak taknak tido.

Kak iparku, Ayin banyakla keje dia (begedil, kek coklat, kek carrot, dan menjala roti).

 view dr dpn umah
jln jem sbb sume nak ke sini kot

tak sengaja lewat dpn rumahmu
ku melihat ada tenda biru.. lalala..

deretan menu.. puyela banyak
memula MIL plan nak nasi beriani dan soto je tp makin lama makin bertambah lak menunya
agak kemalasan utk snap gambar makanan
bkn ada yg nak tgk pun kan.. hehe

geng-geng haji MIL dan FIL
bagusla kan still contact lagi 
ada tu mmg time kat sana je blk Malaysia terus lost contact 

 Ayep dan Miza

 dgn hubby tersayang

 my family pun dtg

dgn kak ipar, Kak Mas

 member hubby dan tunangnya

 hujan pulak
tp nasibla renyai je
lupa nak campak suar dalam la ni.. hehe..

makcik dr Bangi, mummyGee yg plg awal dtg dan plg lambat blk sbb tido sini

 mereka yg giler bergambar
suka interframe, mummyGee dan mamaMiraki

 Echa yg susah nak amik gambar dia
skrg ni dia tukar pose ke style tido lak.. huhu.

 dgn Dania.. Echa still dgn gaya tido dia lagi

baru dapat amik gambar Echa 
alahai anak mama ni

 jemput masuk.. orang kuat makan majlis ni

makcik dr Klang, Cik Mah dan family

 kwn adik ipar, Emi

 kwn adik ipar, Eija

 baby Ayna yg kuat makan
dia pun nak makan sedap gak
mama wat bubur carrot dan ayam utk Ayna... yummy

hubby dan sepupu, Ayep

dgn wife Ayep, Miza dr Penang


 'peace' Amir
 baby Ayna dgn Nek Nab (MamaMiraki)

mummyGee, Kak Kay dan bibik MamaMiraki

 MIL, Cik Mah dan Echa

sesi malam, acara berBBQ

member hubby 

 mamaku dtg lewat sikit
sbb gi beraya di JB

dgn ipar-iparku yg bertungkus-lumus aritu

Yaya, anak sedara aku

 Member hubby dr games bola terus ke sini

Tahun ni abis awal pulak sbb member hubby sume blik awal jam 11 malam. Makcik-makcik pun balik awal jugak. So, awal la kami berkemas. Kol 11.45 malam dah setel sume.