♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, August 2, 2011

Tips Pemakanan Berpuasa


1. Bersahur
Makan sahur sangat penting untuk membekalkan tenaga bagi melakukan pelbagai aktiviti seharian. Apabila tidak bersahur kita akan mudah menjadi "Hipoglikemia" iaitu kadar gula dalam darah menurun. Ini akan menyebabkan tubuh menjadi lesu, loya, mudah marah  dan mengantuk sepanjang hari.

2. Elak makanan tinggi kandungan gula

Makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan memproses insulin untuk segera meneutralkan kadar gula dalam darah. Ini menyebabkan kita mudah berasa lesu dan lapar. Elakkan mengambil makanan yang terlalu manis  seperti makanan ringan, aiskrim atau minuman bergas khususnya ketika bersahur.

3. Makan makanan berkanji

Banyakkan mengambil makanan berkanji seperti roti yang kaya dengan serat. Makanan berkanji akan membantu mengekalkan tenaga dan aktif pada waktu siang.

4. Kurangkan nasi ketika bersahur
Ketika bersahur, elakkan daripada makan terlalu banyak nasi. Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan tetapi haruslah dalam kuantiti yang berpada-pada.

5. Elak makanan pedas

Cuba elakkan mengambil makanan ringan, terlalu masin atau terlalu pedas. Ia hanya akan membuatkan kita mudah berasa lapar pada siang hari. Malah, berkemungkinan menjejaskan kesihatan contohnya akan mengalami sakit perut kerana makan makanan terlalu pedas.

6. Tidak tidur selepas bersahur
Sebaiknya, cuba elakkan tidur selepas bersahur. Selepas bersahur perut tentu berasa kenyang dan apabila terus tidur tentu akan lebih lena. Setelah bangun pastinya perut akan berasa lapar kembali. 

7. Makan kurma

Sebaiknya sewaktu berbuka, mulakan segera dengan makan makanan yang manis seperti buah kurma dan air. Makanan yang manis lebih baik untuk usus yang kosong dan lebih cepat diubah menjadi tenaga.

No comments: