♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, August 5, 2011

Pindah ke Tak Pindah?


Pindah ke tak pindah ni? Macam-macam version citer tp sume cakap guna mulut takde hitam putih lagi.

Dh lama dgr kabar ttg perpindahan jabatan ke Putrajaya. Semua pejabat/jabatan/agensi Kementerian yang menyewa kena pindah di bangunan Kementerian di Putrajaya.

Aku malas nak pikir pasal ni. Masa tgh hot-hot dorg berciter, aku diam je. Rileks la kononnya, Pada aku, ala.. Putrajaya balik. Dulukan start lapor diri sampai 2 tahun kat Putrajaya. Kemudian, mintak tukar KL dapatla kat Jabatan sekarang tahun 2008. Time tu, Jabatan ni kat Kg Attap. Bangunan lama. Kemudahan pejabat pun kurang compare dgn jabatan di Putrajaya.

Tahun 2009, Jabatan ni pindah ke bangunan skrg ni Chulan Tower. Bangunan baru dan canggih. Sgt cantik.  Sume kemudahan pejabat lengkap. Masa mula-mula nak pindah dapat bantahan dari sume staf. Susah nak ke sana la, takde pengangkutan awam, takde parking. Macam-macam la.

Lama-lama, masing-masing dapat suaikan diri dgn suasana ni di bangunan baru. Betul-betul kt area KLCC, Pavillion, Sungai Wang. Sangat best. Kedai runcit ktorg Pavillion je.. makan best je kat situ la port ktorg.  Masa mula-mula naik tren putra LRT jalan kaki 15 minit. Dah tau ada teksi, naik teksi je RM3.50. Makin lama, beranikan diri bawak kete ke sini. Sampai skrg ni dah syok bwk kete. parking pun senang RM130 sebulan. Boleh claim RM90. Kuar umah kol 7 pagi. Sampai umah kol 5.30 ptg. Wooohhooo..

Sume dah suka kat sini tup-tup kena pindah lak. Ramai yang hantar surat pertukaran. Tp, aku? I folllloowww... malas nak serabut kepala. Malas nak tukar-tukar Jabatan. Kang kena jadi orang baru lagi dan kena belajar benda baru.

Kena jadi macam dulu balik la. Kuar umah kol 6.40 pagi. Sampai umah kol 6.30 ptg. Ngadap jem lagi di Ampang, Bandar Tasik Selatan.  kena berebut parking. Menci.. menci...menci..
Berita terbaru pulak, mungkin pindah di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja. Ala.. yg berdepan Dataran Merdeka tu.  Amik alih pejabat Kementerian yg akan ke Putrajaya. Situ okla cuma naik tren je. (erkk, naik tren pulak dah, maklumlah dah syok drive sendiri). Borang Kaji Selidik dikuarkan dan ramai yg taknak pindah. 

Taktaula status camne..


6 comments:

asamasin said...

no komen.. :D

~aYu~ said...

asamasin : hehe.. :)

Ena said...

salam..

baru berpeluang ke sini..

ouh.. kita seibu rupanya.. heheh..
gitu la..memula wat dekk jek.. tp bila kata kena ptrjya terus rasa huru hara sikit.. yela.. anak sekolah.. memg jauh la kalo nak drive ke sana.. abis masa seharian utk pegi balik kije je nampaknya..

setakat ni ada 2 version, 1: tunggu dulu.. lom ada kata putus dari YBhg Menteri sbb dia sayang betul ngan Bangunan Sultan Abdul Samad ni..oh pastinya kami pun sayang juga..:)
2: kena pindah starting November.. Wallahuaklam..

ayu sama ngan kak sharifah zurina tu ek? pindah

aiDieNa said...

Wawahah... jiran aku bertandang ke sini... Ena.. Ayu tu opismate akak.. hehehe...

Tu lar kan Ayu.. akak nie lagi pening... kalau pindah cakap lar pindah.. citer biar terang dan jelas.. senang owg nak planning ahead.. ini dengan nak beranaknyer... dengan nak berpantang lagie... biler sumer keputusan last minit... payah lar... tgh berpantang tu lar kot kena dtg opis mengemas...

~aYu~ said...

Ena : thanks sudi singgah blog sy yg tak seberapa ni.. ehehe..kak pah tu opismate sy. blogwalking leh jumpa lak kawan sekementerian.. yelah, sekarang ni kite cuma leh wait n see.. harap-harap tak pindah kan.

~aYu~ said...

kak Pah : yela. kak pah lagi la. nak bersalin lagi. harap takde la kite pindah kan. Malas nak pikir tp kekadang kena pikir gak benda ni. Cuma taknak amik serius sgtla..