♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, August 8, 2011

Hari #7 Pose

Semalam sungguh struggle aku berpose. Sahur tak makan apa sebab kekenyangan makan mcD tengah malam. Akibatnya pukul 10 pagi perut dah berdangdut. Dugaan betul kalau puasa duduk umah ni. Sebab apa tau? Sebab kalau ada budak mcm kat bawah ni. 


 
 Sedapnya tgk Echa makan ayam goreng mcD.. 
pulak tu dipanaskan dalam microwave, makan panas-panas.. arggghhh..
minum air ribena yg sejuk giler.. arghhhh.. tensen..
dugaan tul.. 
tp, dia baik hati nak suapkan kat mulut mama ni yg ternganga tgk dia makan
mama pose la sayang..

Petang semalam sempat gak ke PERTAMA hantar kain utk baju melayu hubby. Kalau tempat lain dah tutup tempahan, kat sini masih terima lagi tempahan. Dah 3 tahun hantar kat sini. Selalu mmg last minute time pose baru antar kain. Siap 4 hari sebelum raya. Sepasang RM130. Mahal tp janji ada baju melayu lantakla. Hubby takleh beli siap sebab badan saiz model so kenala tempah.. ehehe..


Kedai Jahit Walk In di PERTAMA

Along :  Mau ikut ukuran lama ke bang?
Hubby : Ukur baru la sebab skrg dah kurus skit.. haha.. (uit.. ye ke?)

Anak daraku, Echa yg mesti nak melawa je..

Sebelum pegi, singgah dulu di Restoran Amral Sri Gombak sebab nak beli nasi beriani. Ktorg mmg hantu beriani. Tgk gambar bawah tu menyelerakan tak? Sedap giler.. licin..


Plan awal nak ke Bazar Ramadhan Taman Melawati. Tp, banyak giler kete takde parking. Sume parking kat tepi-tepi jalan je. Tgk kat pasar tu ramai sgt orang jalan pun bergesel-gesel. Tak sanggup mak! Ktorg ke Pasar Ramadhan Sri Gombak je.

 Kuey Teow.. hubby puye
aku kureng skit kuey teow goreng
tp kalau char kuey teow aku suka.. camne ekk?

 dapat gak beli popia goreng ni. rangup.

Tu jela menu berbuka pose semalam. Beli pun skit je. Makan untuk berdua je.

4 comments:

Mama Janet said...

mahalnya ayu.kat sini tempah baju melayu br rm60 sepasang

~aYu~ said...

Mama Janet : kat sini mmg rate lebih kurang camtu. Kt sana murahnya. Tahun dpn tempah kat sana la.. huhu..

Mama Miraki said...

haah lah thun depan nak tempah akt sg mati jer lah....

Karukord Jagau's said...

keluarga bahgia....(^__^)