♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, August 5, 2011

Hari #5 Puasa

5 Ramadhan 1432. Jumaat pertama di bulan Ramadhan. 

Pegi keje dengan penuh semangat. Bukan sebab nak berjalan rehat nanti, tapi entahla perasaan gembira, sedih, sayu semua bercampur-baur. 

Dalam kereta tadi, borak-borak dengan hubby pasal raya. Tak sabar nak raya di kampung Johor. Macam aku, yg hampir 20 tahun raya di Gombak, dapat raya di kampung alangkah seronoknya di hati. 
Alamak.. pagi-pagi ayat tak boleh blah la. Jangan muntah pulak..

Tetiba bertukar citer sedih pulak pasal arwah atuk hubby dan arwah nenek aku. Dah sayu pulak hati ni. Aku cakapla masa di dapur nak masak nasi malam tadi tetiba aku teringat kat arwah wan (nenek). Rasa macam dia menjenguk di tingkap je. Mungkin perasaan aku la. Masak nasi kelam-kabut naik atas tido..

Keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah menceritakan  apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah   kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada   penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak  dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan  terus di penjara di Luh Mahfuz.                   
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah  pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan  ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka   lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
* diambil dari ceramah seorang ustaz*

Pastu citer pasal anak-anak. Jalan jem tu yg citer macam-macam tu. huhu.. Dah sampai opis.....

Okla.. abis dah pasal citer gembira dan sedih tu. Nak citer pasal apa yg ktorg makan sahur tadi lak. 

Sahur arini best sebab baby Ayna tak bangun seperti sahur sebelum ni. Makan pun dengan tenang je. Kali ni aku masak daging masak kicap. Berselera hubby makan. Kalau tak nak kena gilir-gilir pegang Ayna.

sedapnya.. huhu..


2 comments:

shuea suhaida said...

Sedihnye bc psl rOh yg pulang ke bumi & bjumpa jasad, ke rumah anak2, & bertemu Org2 yg mdOakan mereka.. ~teringat kat arwah atOk.... hOpe arwah atOk shuea dtg jenguk shuea. **kak ayu: sama2 lh kite sedekah kn al-fatihah pd arwah ek

~aYu~ said...

shue : sedih je bile teringat arwah kan.. al-fatihah..