♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, August 21, 2011

Bertukar menjadi SUPERMAK

Semangat membuat kuih membuak-buak. Plan nak wat biskut coklat cip dan cornflakes. Tahun ni pun aku takde order kuih kat sape2 pun. Ntahla malas lak nak mengorder-order ni. Mgkin beli 2 atau 3 jenis biskut raya.

Jumaat malam hubby tak keje so bawak jenjalan ke JJ. nak beli kasut raya Echa. Tp, takde saiz kecik. Hampeh je. Nak ke Uptown ujan pulak. Balik nak wat biskut raya, tepung kek yg tahun lps dah expired Mei lepas. huhu.. tido terus la jawabnya.

Aktiviti semalam, byk betul nak dibuat. Nak basuh kain, nak lipat kain, nak wat kuih, nak wat kek, jaga anak-anak, baby pulak tido kejap-kejap, layan kakak Echa baca buku citer.. macam-macam la. Semangat nak wat kuih dan kek batik membara-bara. Kena la bertukar jadi SUPERMAK. Iyahh.. Iyahh..

Malamnya ke Tmn Gombak utk berbuka bersama family aku.

Disebabkan teringin sgt nak makan Kek Batik, tak jumpe kat Pasar Ramadhan, aku nekad buat sendiri. dan nilah hasilnya..
kek batik yg mabeles.. ni adik ipar aku yg cakap (bkn syok sendiri ni)
nanti akak bg resipi yek..

Hubby balik dari keje jam 4 ptg terus masak Udang Butter ni. First time try menjadik gak.. bagi kat jiran sebelah skit. Kakak sebelah rajin bg ktorg makanan. Ni dah sesekali aku masak, bg la kat dia.. 

Udang Butter yg masin (ni sendiri cakap) tp sedap.. huahuahua.. mmg syok sendiri 


No comments: