♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, August 26, 2011

Manik-Manik Cinta

Tengahari td sempat gak shopping kat Pasar Jumaat Jalan Raja Chulan. Takde la beli apa pun. Cuma beli benda² mengarut jek, huhu, Balik opis awal sempat jahit manik utk baju anak sedaraku, Yaya. Ni mama dia yg paksa aku jahit. Rela dalam terpaksa. Nasib baikla kakakku tu preggy. hehe.. Baju sendiri pun tak sempat nak bermanik-manik ni. Baju aku pun berbulan-bulan baru siap bubuh manik sume.. haha..asyik tertangguh jek. Takpela nak raya ni mood raya lain skit. Bersemangat je.

Dah siap jahit manik baju Yaya, jahit baju anakku Echa pulak. Bising dia nak manik cam baju Yaya. huhu. 
 ni baju Yaya.. cantik x?
kain kosong tu yg mama dia mntk tolong jahitkan manik labuci ni
ni belajar dari adik ipar aku, Nana..

baju Echa yg belum siap lagi bubuh manik
ni mamanya tgh gigih nak siapkan manik kat baju Echa ni


MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA

Salam Jumaat 26 Ramadhan 1432H. Still keje lagi sebelum cuti raya seminggu. Takde mood langsung nak bekerja. Nak menulis entry merapu takde idea pagi² ni. 

Apalagi, join segmen MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA. hehehehe. 

Thanks PetuaPakar sbb jemput saya join segmen ni.

comey tul baby Hannah ni
geeeeraaaaaammmmmm..
macam baby Ayna saya.. huhu..
Nak ucapkan Selamat Hari Aidilfitri buat sume blogger yg singgah sini!!




Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya




Tak Abis Shopping Lagi

Tadi sempat gak ke SOGO time rehat. Last minute puye plan. Pas ke bank, terus tahan teksi nak ke SOGO. Ramai gak orang. Di Ground Floor ada wat giler² sale barang² handbag dan kasut. Tp, tak sanggup aku nak menyelit. 

Kalau ke sini mesti la ke Level 5 Children Department. Sebab masa suntuk ada sejam je utk shopping, so kelam kabut gak la nak pilih baju. Nak carik gaun utk baby Eyna, tp takde yg menarik lak. Kalau ada pun puyela mahal. Tak berbaloi rasanya nak beli. Pakai pun kejap jek.

Dapat 3 pasang baju Echa, turun ke Tingkat 3 lak (Men Department) nak beli baju hubby. Masa SOGO Member Card mmg tak dapat nak sambar baju utk hubby. Turun jek tgk ada ramai yg berkumpul kat satu tempat ni brand Valentino. 80% diskaun. Ha.. yg ni aku nak menyelit. Aku tak kira.. Dah baju laki, yg berebut pun ramai laki la. Tak tahan tu salesman dan salesgirl pun siap baling² baju dari kotak. Biler baling tu sume pakat berebut. Dapat sambar 3 baju saiz hubby. Tp, dah reject 2 amik 1 je.. huhu..

 
 tgk tu macam semut kerumun gula kan..
nasib baik aku cabut awal sbb pastu makin ramai

Kalau kuar time keje cepat je masa ni. Dah kol 1.50 ptg.. Tak suka tau. Balik opis naik teksi gak. Still tak puas hati sbb tak dapat beli lagi apa yg aku nak. Sok nak sambung shopping lagi.


Tuesday, August 23, 2011

Buat Gak Biskut Raya

Setelah tergendala aktiviti menggentel tepung cuti Sabtu Ahad lepas, malam tadi berjaya gak wat biskut faveret aku, Coklat Chip. Dah siap adunan Sabtu lepas, terperap dalam peti sejuk dkt 2 malam sampai nak keras. huhu..

Malam ni cuma tinggal buat bentuk dan bakar je. Sejak kawin tak penah miss wat biskut ni. Macam tahun lps masa preggykan Ayna dapatla wat byk² dapat 5 balang. Skrg ni dah malas nak wat adunan bebanyak dapat 2 balang je. Kalau rajin nak wat biskut cornflakes pulak. Tp, time ni mmg baby Ayna tak nak tido. Nasib baik ada hubby yg tlg jagakan. Si kakak, Echa balik je terus tido. Kalau tak, dia mesti nak kacau tolong . Adik ipar aku, Nana datang nak belajar wat biskut ni. Tp, sbb aku dah siap wat adunan, dia tolong bentukkan je.

masa utk membakar
main letak² jek
ni mmg ikut resipi mak sbb aku suka sgt
kalau mak puye stail, buat bulat² pastu penyek dgn garfu

hasilnya dapatla hampir dua balang
sambil letak dalam balang sambil makan
bole la nak bg puas hati ni dapat buat biskut mcm sebelum ni



Monday, August 22, 2011

PhotoShoot Raya

Jumaat lepas time rehat yg panjang, lepas mendeco opis, nak wat keje pun xde mood.. Ktorg berphotoshot lak. Plan nak amik gambar utk design kad raya. Klas la skit ada gambar vogue ktorg kan. Memasing lak giler bergambar, kaki posing. Dah jadi gambar pre-raya la pulak. Kalah model/artis bergambar. Ahaks..

member sekepala kat opis

kiri : eeii.. suh serius dorg ni gelak² je..
kanan : ok! photographer in action.. 

yeay.. jenuh melompat nk amik gambar camni tau.. haha..

mengelamun memikir masa depan
hehe... poyo jek
ni dorg yg suh amik gambar camni sbb dorg kata muka aku photogenic photogedik.. haha..
pastu amik outdoor lak. kat sebelah bangunan opis je. hotel Royale Chulan.

 amik gambar bebyk then choose the best picture for our kad raya


 dah boring.. panas terik lak tu
mana lagi port nk bergambar ni
cantik tak pohon² sakura ni.

Puyela byk gambar ktorg amik sampai mengah. Hepi sesgt.. Luv u all~~~


IFTAR @ Umah Mertua

Semalam 21 Ramadhan 1432, mertua buat berbuka pose kt umah. Panggil kaum-kerabat dan jiran sebelah je. Sehari sebelum tu MIL dah taye nak bawak apa. Time tu tak decide lagi. Mmg blur betul. Kek batik jela kot takpun yg simple² jek. Tp, hubby lak request nak mkn Pucuk Paku Masak Tempoyak. Isteri yg mithali  rajin ni pun masakla dgn penuh cabaran onak dan duri. Sbb hubby gi site, baby Eyna taknak tido, asyik merengek nak suh layan dia. Jadi, masak dgn kelam-kabut. 

Kol 5.30 ptg baru ke umah MIL. Dkt je pun umah ktorg. 1Taman, 1Fasa tapi lain jalan. ehehe..



Tgk makanan sume dah ready. Byk betul MIL masak. 

 makanan yg siap utk dihidang

 tukang buat air, hubby yg tekun merasa membuat air oren sunquick
teh tarik yg abg wat mmg sedap.. tak sia² abg menuntut ilmu dgn mamak restoren Taqwa tu..

 
 ~tetamu pertama yg datang.. baby Eyna~

lambatnya nak makan, kakak makan keropok lu la..
adik tgk kakak makan 
~kakak Echa & baby Eyna~

 SIL, Ayien yg gigih memasak mee goreng berapi

 me n hubby
heip.. yg blkg tu nak gak inter frame.. huhu

 cute donut from SIL, Ayien

 delicious cheese tart from makcik dr Bangi, Cik Gee

my Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak.
lapar la pulak tgk.. makan dgn nasi panas² sedap ni..

 sebelum masuk waktu berbuka, tahlil dan doa selamat ringkas dari Wak (xtau nama apa, biasa org sini panggil dia Wak je)

 memasing serbu makanan
byknya makanan. Ada dibawak oleh makcik²
 malas nak snap gambar

 lepak di bilik tgk budak² ni sdg bergusti
baik je dorg bermain
tak gaduh² pun

 acara santai² sebelum 2nd round makan
Echa amik kesempatan menempek kat neneknya, Nek Nab nak mekap

dah lawa anak mama ni
asyik melaram jek

 makcik @ omma dari Cheras dgn baby Eyna
patutla Eyna taknak tido sbb nak gak berposing

 makcik @ nenek Gee dari Bangi dgn baby Eyna
 Omma dgn Echa

bersama makcik² dan MIL 

 eeii penatla Eyna..

 hubby, sepupu² dan pakcik² berborak di luar

 seronok tgk dorg main. sesekali jumpe ttp kamceng..
Mainan Echa sume yg gegirl puye. 
tp yg boy pun dok layan gak. Main kedai rambut, main doktor²..

Kol 10 malam mata ni dah layu. Kepenatan.. baby Eyna tido aku pun tido. Jam 11.25 mlm hubby kejutkan ajak balik. Tgh siap² nak balik, abah mertua bg duit raya. Wah! terus segar mata ni..

duit raya dari abah mertuaku..
thanks abg/atuk..
apalagi ke Uptown la..

Sunday, August 21, 2011

Bertukar menjadi SUPERMAK

Semangat membuat kuih membuak-buak. Plan nak wat biskut coklat cip dan cornflakes. Tahun ni pun aku takde order kuih kat sape2 pun. Ntahla malas lak nak mengorder-order ni. Mgkin beli 2 atau 3 jenis biskut raya.

Jumaat malam hubby tak keje so bawak jenjalan ke JJ. nak beli kasut raya Echa. Tp, takde saiz kecik. Hampeh je. Nak ke Uptown ujan pulak. Balik nak wat biskut raya, tepung kek yg tahun lps dah expired Mei lepas. huhu.. tido terus la jawabnya.

Aktiviti semalam, byk betul nak dibuat. Nak basuh kain, nak lipat kain, nak wat kuih, nak wat kek, jaga anak-anak, baby pulak tido kejap-kejap, layan kakak Echa baca buku citer.. macam-macam la. Semangat nak wat kuih dan kek batik membara-bara. Kena la bertukar jadi SUPERMAK. Iyahh.. Iyahh..

Malamnya ke Tmn Gombak utk berbuka bersama family aku.

Disebabkan teringin sgt nak makan Kek Batik, tak jumpe kat Pasar Ramadhan, aku nekad buat sendiri. dan nilah hasilnya..
kek batik yg mabeles.. ni adik ipar aku yg cakap (bkn syok sendiri ni)
nanti akak bg resipi yek..

Hubby balik dari keje jam 4 ptg terus masak Udang Butter ni. First time try menjadik gak.. bagi kat jiran sebelah skit. Kakak sebelah rajin bg ktorg makanan. Ni dah sesekali aku masak, bg la kat dia.. 

Udang Butter yg masin (ni sendiri cakap) tp sedap.. huahuahua.. mmg syok sendiri 


Friday, August 19, 2011

Mood Raya Di Hari Jumaat

Kat opis arini sibuk mendecorate opis utk raya. Anyam² ketupat, gantung² ketupat. Sgt meriah dgn gelak tawa sambil masing² bg idea nak letak kat mana, gantung kat mana..

 ketupat yg dianyam
cantik kan colourful lagi..
tp aku tak pandai anyam ketupat, aku tlg sibuk jek..

 Nisa, P.A. KP sedang gantung ketupat
bkn main xcited lagi dia yer..

 Tahun ni skali dgn Hari Kebangsaan
meriah opis dgn gantung-gantungan camni
semangat raya dan semangat nk MERDEKA..