♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, July 11, 2011

Shopping @ Wah Chan

Cuti minggu lepas tak kemana pun. Sabtu mmg tak jalan ke mana-mana gara-gara perhimpunan haram. Jadi kami cuma ke umah mak jela. Memang takde mood langsung nak keluar. Nak masak pun takde mood. Padahal, semangat kuar pagi pegi Pasar Tani Taman Melawati. 

Ahad baru rasa semangat nak berjalan. Lepas lunch di umah mertua, terus kuar. Tp, tetap nak pegi dekat-dekat je. Carrefour Wangsa Maju/Giant Batu Caves/Jaya Jusco? Tempat ni dah banyak kali pegi dalam minggu lepas. Gi jauh sikit la.. Giant Taman Permata.

Sebenarnya tak tau nak beli apa pun. Jalan-jalan cuci mata. Barang-barang rumah pun banyak lagi. Baru pas shopping barang rumah. 

Jenjalan masuk ke kedai emas Wah Chan. Tgh promotion raya ni. 1 gram RM156.00 sahaja.

Lepas borong emas dalam 1 kg (hehehe.. yela tu..), taye salesman nak tindik telinga dan taye harga. Untuk tindik telinga RM20 sekali dgn subang. Lama dah niat nak tindik telinga Echa. Sbb bile dia tgk aku bersubang, dia pun sibuk nak pakai subang. 

Echa yg muka saspen..
mamanya lagi saspen time ni
dah tau sakit camne walau dibius
 peralatan untuk tindik telinga
geram sebenarnya tgk cincin kat situ
takleh dapat free ke yer?
 
 tanda dulu bahagian yang nak ditindik


mama pun pegang Echa takut dia terkejut
tapi dalam 10 saat dah siap

terus Echa nangis..
 aku yang kalut time ni..
rasanya sakit kejap je..
patut sakit, rupanya terkena kat sebelah telinga dia..
terus bgtau kat abang sales tu dgn harapan dapat gantirugi emas 1gram ke..
tp dia cuma sembur bius jek..

Dia nangis pun kejap je. Pujuk je dah ok. Mmg masuk Wah Chan semata-mata nak tindik telinga je.. hehe..

Pastu dia kata nak makan Pizza pulak. Okla.. nak pujuk ktorg pun ke Pizza Hut Wangsa Maju.

 order pizza Hawaian Chicken
 
muka monyok je

 
 time ni dah hepi
tapi janganla sesekali pegang telinga dia.. mmg dia jerit.. 

 
 suka time makan baby tido..

Balik rumah terus Echa tengok cermin. Asyik tengok cermin je..

5 comments:

Kak Kay said...

laaa, ingatkan betul2 soping emas 1kg, rupanya tindik telinga aja, cik Lah cadang baru nak mintak sikit emas tu, 5,6 gm ke....

Mama Miraki said...

laaa kalau tau aku gu Wah Chan...cik nabnak kirim 3 kg emas tu....napa tak bagi tau...wahhh echa kalau dah suka tengok cermin ni kalah si Amir yang asyik eksyen dgn rambut Tumulak dia tu

Ayu said...

cik lah & cik nab : kalau shopping emas berkilo-kilo malula nak kabar kat sini.. kang kena rompak lak.. haha..

Anonymous said...

aliya sangat suka akan subang menyubang..tapi 2-3 kali dah parking kat kedai tindik...akak yang seriau...langsung tangguh lagi..hehe..
iktu dia mmg nak sangat

Kak Kay said...

aku yang dah tau2 ni pun teringin nak tindik tapi takut sakit...tindik yang ada dah sumbat...