Jumaat time rehat Cawangan aku ada buat potluck. Plan pun petang semalam sebelum memasing nak balik. Kalau benda yang plan last minute ni memang jadi kan.. daripada plan berbulan-bulan, tapi tak jadi-jadi.
So, malam semalam sebelum bola Malaysia vs Chelsea FC start, ke supermarket dulu nak beli sayur. Plan nak bawak sayur campur dan sambal udang. Ingat sambal udang nak masak malam tapi sebab sampai umah pun dah tgh malam, terus tido. Lepak umah mertua nak tgk bola puye pasal.
Bangun kol 5.30 pagi sebab nak masak. Tgk udang tinggal sikit. Lantakla.. kang takde benda pulak nak bawak. Sayur dah malas nak masak. Masak je sambal udang.
Macam-macam menu ada kalau dah potluck ni
siap bawak rice cooker untuk masak nasi lagi..
sambal udang yang aku masak
ada agar-agar dan puding
air order kat cafe je
dah tolong susun makanan, amik gambar dulu
dah tak sabar nak makan.. orang pertama yang amik makanan..
kenyang lagi nak makan.. jadi pelayan jap.. hehe
dengan Kak CT yang pangkat 'mak' kat sini..
tahun depan nak pencen dah
dengan CC Fadzilah dan Kak CT
dua-dua dah nak bersara dah
sebab Cawangan aku ramai yg muda belia lagi, dorang nila tempat ktorg ngadu dan bermanja.. ehehe..
dan kerana dorang ni la jadinya potluck ni
nak harapkan yg muda ni malas nak masak bebanyak..
makan ramai-ramai..
kak CT yang takut nasi tak cukup nak masak nasi lagi
penutup hidangan ialah durian yg super mabeles ni..
sebab tak bole bawak durian kat bangunan ni terpaksala letak kat tupperware
tupun abis satu opis bau durian
nasib sume memang hantu durian
member yg hantu durian..
4 comments:
untungnya keja gomen.kalau keja kilang nak g solat lama sikit pun kena sound.Ni siap leh masak lg
Sbb 2 org keja gomen slalu kena kutuk, lyanan lembab
wahhh bestnya....tapi kan..korang buat untuk pompuan aje ehhh time solat jumaat. dulu kan mama belum pindah bangunan baru ni..cam ni lah xtct c.nab ngan kekawan setiap ahri jumaat...tapi bila dah pindah bangunan baru yg canggih manggih kononnya tinggalkenangan jer sumaaa tu...huhuhuhuh
buat awal skit sebelum rehat so staf laki leh join makan sebelum dorg gi sembahyang.. sekali sekala macam ni seronok gak. Time ni dapat merasa masakan kawan-kawan..
Post a Comment