♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, July 8, 2011

Pagi @ Klinik

Kalau anak demam, mesti merisaukan ibubapa. Nak kena pantau suhu badan anak takut jadi terlalu panas. Demam ni leh membahayakan kalau terlalu panas. 

Aku kalau anak demam memang risau sangat. Memang aku akan cuti kalau anak demam. Semalam cuti sbb baby Ayna demam. Ptg Rabu aku half day. Minggu lepas kakaknya Echa demam. Nasib baikla demam dia 2 ari je. Tp, yang Ayna ni dkt seminggu. Kejap panas, kejap sejuk. Batuk pun ada sebab ada kahak. dah bawak ke Poliklinik Shah di area umah. Doktor kata demam sikit dan ada kahak skit. Cuma bagi ubat demam, kahak dan antibiotik.

Ayna demam suhu sampai 39C. Terus aku mandikan dia dengan air paip. Bagi sejuk badan dia. Lepas tu perlahan-lahan badan dia kurang panas. Ubat tu mmg bagi la smpai tak sampai hati tgk dia menangis nak telan ubat tu. Sedih je tgk.



 Sian anak mama.. demam..
tapi Ayna tetap senyum.. geram sgt,,

Disebabkan Ayna masih demam, aku nak check kat klinik kerajaan lak. Leh amik darah. Risau kat paru-paru dia. Lagi puas hati kalau check kat gomen puye. Leh check darah lagi. Itu tak dinafikan. Ingat nak ke Hospital Selayang terus. Tp, kang dia nak surat refer klinik lak. Tu yg kami ke Klinik Kesihatan Gombak Setia.

Kol 8 pagi, kami ke Klinik Kesihatan Gombak Setia. Mak aii.. dapat no giliran 90. Ingat Selasa dan Rabu je yg penuh sbb time tu sekali dgn darah tinggi dan kencing manis. Tak sangka la Khamis pun ramai orang. Ktorg salah time. Amik je nombor giliran mana tau dapat cepat sebab baby dan warga emas kan didahulukan. Tunggu sampai sejam tapi no giliran untuk pendaftaran baru no. 40.  Ada lagi 50 orang tu. Baby Ayna dah start ngamuk.  Kalau tak dipikirkan baby. mmg aku sanggup tunggu. Bukan tak biasa menunggu lama ni. Tp, dah tak selesa. Nak breastfeed Ayna pun susah. Terus mintak balik mykid Ayna kat abang kaunter. Dia pun cakap kalau nak cepat datang petang. Okla.. petang nanti ktorg ke sini balik.

Time tu baru kol 9.30 pagi. Mmg ingat nak balik dulu. Petang datang balik. Teringat lak Klinik 1Malaysia. Dah alang-alang kuar ni, cakap dgn hubby, jom try gi klinik 1Malaysia lak. Sampai je klinik di Selayang tutup lak. dah tukar tempat ke. Buka internet kat hp, search pasal Klinik 1Malaysia rupa-rupanya masa operasi jam 10 pagi - 10 malam. Patutla tutup lagi. Ktorg tunggu sampai klinik tu bukak dengan harapan dapat jadi orang terawal la kan..

Kol 10.05 pagi, baru klinik tu dibuka. Dapatla no giliran 3. Mmg tak ramai pun. Tapi, time ni ragu-ragu gak sebab nampak macam tak banyak kemudahan je. 
 
 Klinik 1Malaysia di Taman Gombak Permai.

 
Tak ramai orang.. malap je klinik ni.. 

Doktor panggil tapi kecewa sebab dia tak boleh wat apa kalau demam lebih 4 hari. Cuma check pernafasan Ayna dan suhu badan Ayna je. Dia kata takde apa. Pernafasan baik dan Ayna tak demam time tu.  Dia suruh pegi Klinik Kesihatan gak. Dorang cuma rawat kalau demam kurang 4 hari. Dorang akan ubat.

Klinik 1Malaysia takde antibiotik, takde ujian darah dan sijil cuti sakit tak dikeluarkan. Cuma untuk rawatan ringan je. Kami pun  balik umah. Ingat nak ke klinik kesihatan balik petang tu. Balik umah bagi Ayna ubat demam dan kahak. Dia pun terus tido. Aku pun dah pening kepala sebab banyak sangat pikir dan tak cukup tido.

Petang hujan lak. Tgk Ayna pun dah tak demam dan batuk pun dah kurang. Tak jadi nak ke klinik. Semoga Ayna terus sihat dan dijauhkan dari penyakit. Risau kalau Ayna asyik demam je.  Memang monitor  je suhu badan dia.

No comments: