♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, July 17, 2011

Makan-Makan Sambut Pose


Cuti minggu ni xde planning nak ke mana-mana. Kakak ipar, Ayin jemput datang ke umah dia. Makan lunch. Saja-saja sempena sambut puasa. Lama gak tak dtg umah dorg ni walaupun dkt je. Kalau tak dijemput, xdela ktorg datang umah dorg. Time raya jela. hehe.. Selalu jumpa kat umah mak. Okla tu kan.


Aku dah seminggu demam pasang surut. Kejap ok, kejap panas. Selesema makin teruk. Tapi, masih larat nak masak.


This time nak bawak makanan la. Selalu datang 'tangan kosong' je. Apa nak masak ekk? Nak masak ala-ala 'dessert' je. Pie ok kot. huhu.. senang skit guna bahan makanan yang mmg ada kat umah. 


Pagi sebelum anak-anak bangun aku dah ke dapur. Nak rebus kentang dan tumis daging cincang. Baby dah  bangun simpan dulu dalam peti sejuk. Tengahari baru start membakar. Kira still hot lagi la pie tu time bawak kat umah kak ipar (Dengan penuh yakin la menjadi pie tu.. ahaks....)


Sheperd Pie 
tekak pun xbape nak rasa masin ke tawar ke, sama jek.. hentam jela


Lepas settle, terus siapkan budak-budak sebelum aku pengsan kang. Tetiba rasa nak demam balik pulak dah. Mengikut sms jemputan (ewah..), majlis start kol 2.30 ptg. Kol 2.15 ptg, ktorg gerak ke umah dia di Fasa 10, Sri Gombak tu. 


Wah, kami yg terawal dtg. Selain dari family kami, ada juga family sebelah hubby dia. Jom tgk dekorasi baru rumah dorg dan menu lunch dorg tu.


 dekorasi rumah yg kemas dan cantik..

Puyela banyak menu dorg. Penuh satu meja tau.. Nak suh ktorg lepak lelama yer..

sup tulang yg meletup

rendang ayam
 

tempe & tauhu goreng dan sambal
udang goreng tepung

ikan siakap

sayur sawi..
faveret ni.. makan begitu saja..

bihun soto

ayam percik


 Set dessert pulak..

 sheperd pie yg aku wat.. hehe
aku pun rasa skit je
tak suka sgt sebenarnya.. tetiba je rasa nak buat.. 


kek coklat.. yummy..


 Sagu gula melaka
Echa suka sgt makan ni.

Duduk dulu sebelum memenuhkan perut

 
 
 tuan rumah yg bertungkus-lumus di dapur
banyak betul menu korg..

bergambar dgn tuan rumah sebelum balik

Hampir kol 4 ptg baru penuh umah tu dgn family kedua-duanya. Terima kasih kerana sudi menjemput ktorg dtg. Pasni jadi hos untuk berbuka puasa lak. :)

4 comments:

Kak Kay said...

huhuhu.... napa la tak jemput kita, terliur tau tengok menu2 tu.... ala kita bukan makan banyak pun...

Mama Miraki said...

sedara belah Mak dia tak jemput sama ker...hehehhehe....oooo agak tuan rumah terlupa kot...ke tak de dalam senarai....melelh tau air liur nak rasa masakan ayien bertahun2 ni.....sob..sob...sob..

Kak Kay - memang ler oang tak nak jemput ko..hehehhe kan ke awak tu kalau dtg nanti jadi tetamu paling lama sekali cam aku gak..hehehehhe

apa pun..Selamat menyambut Nisfu Syaaban dan Ramadhan Al-Mubarak

Ayu said...

cik lah & cik nab : nanti raya dia jemput la tu.. hehe..

Mama Miraki said...

raya tahun ni we all raya kat Itali lah ayu....so kalau jemput pun tak leh datang...hehehehhe