♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, July 24, 2011

Kursus Bersiri Konservasi

Minggu ni hari Sabtu aku berkeje sebagai urusetia Kursus Bersiri Konservasi. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pengurusan yang sistematik dalam pengurusan projek konservasi.  Kali ni untuk modul 3. Modul 1 dan 2 sebelum ni aku tak join sebab cuti bersalin dan modul 2 aku balik kampung. Nasib baik kursus kali ni bos tak kisah kalau aku tak join. Tak best sebab kursus Sabtu dan Ahad. Sesape yang nak claim OT/cuti gantian boleh jadi urusetia. Kalau tak, mesti aku tak boleh lari. Thanks bos..
Kursus ni diadakan di Restoran Warisan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Betul-betul di Dataran Merdeka. Bangunan yang di belakang tiang bendera Malaysia. Restoran ini di bawah Kem. Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kira under projek Jabatan aku juga.

Kat restoran ni ada juga tempat macam bilik-bilik di ruang atas. Kira sesuai la kalau nak jadi tempat kursus kat sini.

 Pandangan depan Restoran Warisan

Design pun bercirikan warisan melayu 
 
Tingkat atas menempatkan dewan untuk kursus
tangga pun klasik kan.. 
 pemandangan dari bilik kursus
time ni ada event apa ntah

 sebelah kanan, bangunan Sultan Abdul Samad bangunan KPKK

geng-geng urusetia
sibuk pilih baju untuk sendiri.. oppss.. utk peserta la..

urusetia gak.. IT dan photographer

 semasa kursus dijalankan
peserta dari luar dan ada dari staf Jabatan
yang dari luar terdiri dari kontraktor dan ada juga dari profesor universiti
penceramah terdiri daripada profesor universiti

urusetia tunggu kat luar je
 edaran baju kpd peserta untuk dipakai semasa lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh esoknya
suasana restoran yang menyediakan pelbagai makanan warisan

 kalau jalan-jalan di Kuala Lumpur bolehla singgah makan di sini..
untuk ramadhan nanti
buffet ramadhan RM45.00

Habis kursus jam 4.30 petang. Kursus esoknya aku tak datang sebab urusetia pun ramai dah. Lagipun sebab hubby pun keje, sian kat anak kena tinggal.

Ikutkan pada keesokannya (Ahad) nak wat lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) antara Tapak Warisan Pusat Kawalan Kusta yang masih asli dan telah dicadangkan oleh pakar UNESCO untuk dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia bersama Pusat Kusta di Taiwan dan Filipina. Sebelum tu aku dah pergi tengok dewan untuk digunakan semasa taklimat di sana. Semasa berjumpa dgn Staf Nurse di Wad 48, ada warga emas yang uzur di sana. Mereka ni dah bebas dari penyakit tu tapi sebab keluarga taknak jaga, jadi mereka tinggal di situ. PKKN adalah tempat penginapan bagi bekas pesakit kusta yang rata-rata kini merupakan warga emas berusia antara 50 hingga 90 tahun. Sedih tengok keadaan mereka..

Rugi juga tak dapat join ke sana tapi dapat rehat di umah lagi syok.. huhu..