♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, July 18, 2011

Hospital Cek Darah

Dah lama tak demam camni. Demam yg hampir seminggu. Kejap sejuk, kejap panas.  Bila siang, ok je. Time malam panas kat tangan, mata dan leher ni. Last demam camni masa keje di JPA tahun 2006 dulu. Baru start keje/lapor diri dah MC dua hari. Kena refer Hospital Selayang buat x-Ray, ada kuman kat paru-paru.

Sekarang ni pun sama. Siang kt opis ok je. Batuk dan selesema je. Bila malam je, menggigil badan ni. Badan panas tapi kita rasa sejuk. Sabtu malam aritu mengadu dgn hubby dan terus dia nak bawak ke Hospital Selayang. Nak cek darah. 

Kol 10.30 malam hantar dulu anak-anak ke umah mertua. Sampai sana jam 11.00 malam. Terus ke Kaunter pertama untuk saringan. Cakap dah seminggu demam. Terus ke kaunter pendaftaran, dapat nombor terus nombor kena panggil untuk saringan 2. Cek suhu dan tekanan darah. Kemudian, tunggu lagi sehingga nombor dipanggil. Ada lagi 20 orang ni. Malam tu tak ramai sgt org seperti waktu siang. Ramai waris dari pesakit.

Sambil tgk TV Cerekarama, misi panggil nama aku. Seakan tak percaya secepat tu. Masuk ke bilik, doktor terus arahkan aku buat ujian darah dan hidu gas sebab susah bernafas (Lupa apa namanya..)

Untuk amik darah pun cuma aku seorang je yang menunggu. Lepas settle, terus ke Ruang Asma untuk hidu gas. Kata doktor, masuk ubat melalui gas untuk melonggarkan ruang pernafasan supaya senang untuk bernafas. Tak kisahla. Tapi dah risau dengan result ujian darah. Kotnya ada apa-apa, mesti kena tahan wad.

Time tgh hidu gas tu, doktor tu datang. Aduh, dah rasa debar sangat ni. Dia kata darah normal. Demam sebab tekak merah. Pasni leh amik ubat je. Time tu baru jam 12.00 malam. Sejam je di sana. Tak percaya! Mungkin sebab kes aku ni dikategorikan sebagai kritikal. Tu yg aku didahulukan. Ada pakcik dpn aku pun masih tunggu nak dapat rawatan.

Syukur alhamdulillah. Sekurang-kurangnya terburai semua persoalan dan kerisauan apa penyakit aku ni. Masih dapat bersama-sama anak-anak dan suami tidur di rumah. Menyesal pula tak bawak baby Ayna bersama sebab ada kahak. Pasni kalau ada apa-apa, terus ke Hospital malam-malam sebab time tu mmg tak ramai orang. 

No comments: