♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, July 13, 2011

Demam dek Jerebu



Teruk betul indeks pencemaran udara (IPU) JEREBU sekarang ni. Mendung macam nak hujan tapi sebenarnya JEREBU. Bau asap je kan. Kat depan umah ni kan menghadap bukit. Rasa cam berkabus jek sbb tak nampak bukit dah.

Minggu lepas anak-anak demam. Minggu ni turn mama dorang pulak. Dua hari, Selasa dan Rabu aku dapat MC. Isnin tu memula tekak start gatal. Kat opis rasa sejuk menggigil semacam je. Balik umah memang terus flat. Pakej 3 in 1. Demam, batuk dan selesema. Tak larat nak bangun. Minta tolong hubby jagakan baby Ayna. Ayna pun cam tau je mama dia tak sihat. Dia pun baik je tido.

Taktau la ni kesan dari jerebu atau memang musim demam. Tapi hubby masih kebal lagi. 

Sikit info tentang JEREBU ni:

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Ikuti nasihat berikut:
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
So, kalau terasa nak shopping raya kat KL ni kenala pakai nasal mask/penutup hidung... 

No comments: