♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, July 31, 2011

Promosi Kraf Aidilfitri 2011

Jualan kraf aidilfitri dah abis. Tapi, kalau nak citer gak apa yang ada kat sana boleh kan? huhu..

Biasanya 2 minggu nak raya baru ada jualan seperti ni. Kali ni awal pulak sebelum Ramadhan.  Pulak tu kejap je 8 hari. Tu yang buat nak ke sana tu. Dekat je dgn opis. Jalan kaki 10 minit.

::jualan gelang manik::

::jualan pasu::

::gong::
ada yang nak beli ke?

tau tgh amik gambar time tu gak la dorg berposing

 
 ::jualan kerongsang::

 
 
 ::kepingan lukis batik::

 ::acuan rempeyek::

::kraf piuter::

cantiknya
geram tgk manik-manik

 
 ni pun cantik.. meriah dan mewah

Tu je yang ada kat sana. Memang takde beli apa pun. Mungkin nak dkt raya nanti ada lagi kot jualan camni. Lagi hebat kot..




Friday, July 29, 2011

Potluck Sambut Pose

Citer potluck lagi. Makan je kan.. Biasala sebelum Ramadhan, berpuasa, mesti ada buat makan-makan. Kali ni satu Jabatan yang buat. Seminggu sebelum tu dah edar senarai makanan yang kite nak bawak. Kalau dah ada list camtu, nanti orang taula kite bawak ke tak kan.. Tak adil lak kalau tak bawak.


buat di tingkat yg plg ekslusif utk Jabatan kami..
so, aksi potong-memotong, rewang takde gambar sebab buat di Tingkat 2
masak nasi, potong buah sume di sini sebab ada bos sumbang 3 kampit beras..
banyak tu nasik..

sebelum majlis bermula. urusetia pastikan sume beres..

makanan yg ada ..


banyak bawak ayam..
nasib baik lain menu..

ada Department yg sumbang sambal udang petai
dorang collect duit then bg sorg yg sudi masak
ok gak camni kan

sbb dah tulis kat list makanan tu nak bawak sayur campur, gagahkan jua masak pepagi sayur ni.. 
tak bawak kang risau takde sayur lak.. 
ada 2 orang je yg bwk sayur.. 

dessert.. sampai tak dapat rasa sebab banyak sgt

Bubur Cambodia khas dari Ketua Pengarah kami
tgh sakit gusi ni, yg ni je aku bole makan..

apam pokedot.. comey..

nasi beriani ayam

laksa..
ni pun dorg collect duit

ni bukan pramusaji yer.. huhu
kebetulan pakai baju hitam dan kain batik

majlis start dgn ucapan Ketua Pengarah
terharu beliau melihat menu yang sgt banyak..
tanda permuafakatan dan kerjasama sume.. yeaahh..

staf tak ramai 180 orang je..
so muatla nak himpun sume kat sini
memasing tak sabar nak makan

 masa makan..
beratur pjg nk amik makanan

my klik

sbb gusi sakit dan bengkak, makan pun tak lalu
tp amik gakla makanan nak rasa skit
nasi sikit lauk je yg penuh

sume dah selesai makan apalagi masa untuk tapau.. bungkus bawak balik
bagus urusetia sediakan plastik dan getah..
aku cuma tapau nasi beriani ayam sbb xsempat nak rasa

Thursday, July 28, 2011

Kibar Bendera @ KL Sentral

Semalam, Majlis Pelancaran Jalur Gemilang 2011 diadakan di KL Sentral dianjurkan oleh Kem. Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Semua Jabatan dan Agensi dibawahnya wajib pegi.

Ikutkan malasnya nak pegi sebab taula kalau nak ke sana sure jem. Takde pengangkutan Jabatan pulak disediakan.

Majlis start kol 3 ptg. Tp, kol 2.30 ptg ktorg masih kat opis lagi. Sekali bos arahkan sume wajib pegi. Adooii.. terkial-kial sume nak ke sana. Parking kete kat Ampang Park then naik tren. Naik tren? giler lama aku tak naik tren. Nak dkt 2 tahun kot tak naik tren. Tp, nasib ada geng, gosip-gosip dah sampai KL Sentral.. huhu.. Sampai sana kol 3.30 ptg.

  time ni ramai kat luar kat tmpt teksi tu
sambil PM edar bendera kat pemandu teksi, sambil tu kena kibar bendera

 sampai majlis dah lama start rupanya..
tak dapat goodies bag dan bendera pun..
tgk pun dr jauh je

dapat tgk dari skrin besar ni
jadila.. janji datang kan.. tunjuk muka je.. ahaks..

 abis dah..
kol 4.00 ptg dah abis
yeayy.. bole balik awal.. 
ehehe..

Monday, July 25, 2011

Football Match @ Garden International School

Kecewa betul tgk football match Singapore vs Malaysia (Pusingan 2) kelayakan Piala  Dunia 2014 malam Sabtu lepas. Harap 28hb ni Malaysia . dapat buat yang terbaik. Malaysia menang.. (ada hati nak ajak hubby gi stadium ni..)
Tapi bukan nak citer pasal tu pun.. Ni nak citer pasal football match hubby.. hehe..

Semalam ikut hubby lawan bola di Garden International School., Mont Kiara. Lama dah tak follow hubby sejak ada baby ni. Kalau tak saban minggu, muka ni dgn puteriku Echa gak yang ada jadi 'cheer girls' untuk hubby.

Last minute sebenarnya ikut. Malas nak ikut sebab risau nak bawak baby kecik ni. Risau dia meragam je. Tapi sebab hubby kata tempat tu terang-benderang dan ramai orang so ikut gakla. Alhamdulillah, memang baby Ayna tak meragam pun. Dia lagi syok sbb mama dia akan dukung dia je pastu dia ngantuk dan tido. Kakaknya Echa memang seronok dapat ikut papa dia main bola.

Sampai sana jam 8 malam. Terus start game. Lawan dgn team mana ntah tapi rasanya student kot sebab kat luar siap ada driver memasing yg menunggu.

Padang bola yang terang dan luas
rumput pun cantik..

malam tu pun takdela panas..
sejuk je..
 
hubby yg jadi goalkeeper..
go papa go..
Echa yg hepi sbb jenjalan
yela cuti Sabtu Ahad ni siang mama dan papa sibuk keje
time malam jela leh bwk dia jenjalan

kol 10 malam dah habis..
team hubby menang 3-2..
baby Ayna pun bangun dah time ni

 Echa with papa..
anak papa betul dia ni.. 
 Minggu depan last games sebelum cuti Ramadhan..
taktau lagi nak ikut ke tak.. 

Sunday, July 24, 2011

Kursus Bersiri Konservasi

Minggu ni hari Sabtu aku berkeje sebagai urusetia Kursus Bersiri Konservasi. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pengurusan yang sistematik dalam pengurusan projek konservasi.  Kali ni untuk modul 3. Modul 1 dan 2 sebelum ni aku tak join sebab cuti bersalin dan modul 2 aku balik kampung. Nasib baik kursus kali ni bos tak kisah kalau aku tak join. Tak best sebab kursus Sabtu dan Ahad. Sesape yang nak claim OT/cuti gantian boleh jadi urusetia. Kalau tak, mesti aku tak boleh lari. Thanks bos..
Kursus ni diadakan di Restoran Warisan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Betul-betul di Dataran Merdeka. Bangunan yang di belakang tiang bendera Malaysia. Restoran ini di bawah Kem. Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kira under projek Jabatan aku juga.

Kat restoran ni ada juga tempat macam bilik-bilik di ruang atas. Kira sesuai la kalau nak jadi tempat kursus kat sini.

 Pandangan depan Restoran Warisan

Design pun bercirikan warisan melayu 
 
Tingkat atas menempatkan dewan untuk kursus
tangga pun klasik kan.. 
 pemandangan dari bilik kursus
time ni ada event apa ntah

 sebelah kanan, bangunan Sultan Abdul Samad bangunan KPKK

geng-geng urusetia
sibuk pilih baju untuk sendiri.. oppss.. utk peserta la..

urusetia gak.. IT dan photographer

 semasa kursus dijalankan
peserta dari luar dan ada dari staf Jabatan
yang dari luar terdiri dari kontraktor dan ada juga dari profesor universiti
penceramah terdiri daripada profesor universiti

urusetia tunggu kat luar je
 edaran baju kpd peserta untuk dipakai semasa lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh esoknya
suasana restoran yang menyediakan pelbagai makanan warisan

 kalau jalan-jalan di Kuala Lumpur bolehla singgah makan di sini..
untuk ramadhan nanti
buffet ramadhan RM45.00

Habis kursus jam 4.30 petang. Kursus esoknya aku tak datang sebab urusetia pun ramai dah. Lagipun sebab hubby pun keje, sian kat anak kena tinggal.

Ikutkan pada keesokannya (Ahad) nak wat lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) antara Tapak Warisan Pusat Kawalan Kusta yang masih asli dan telah dicadangkan oleh pakar UNESCO untuk dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia bersama Pusat Kusta di Taiwan dan Filipina. Sebelum tu aku dah pergi tengok dewan untuk digunakan semasa taklimat di sana. Semasa berjumpa dgn Staf Nurse di Wad 48, ada warga emas yang uzur di sana. Mereka ni dah bebas dari penyakit tu tapi sebab keluarga taknak jaga, jadi mereka tinggal di situ. PKKN adalah tempat penginapan bagi bekas pesakit kusta yang rata-rata kini merupakan warga emas berusia antara 50 hingga 90 tahun. Sedih tengok keadaan mereka..

Rugi juga tak dapat join ke sana tapi dapat rehat di umah lagi syok.. huhu..