♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, June 13, 2011

Malam di Kuala Lumpur

Salam.. ke mana tempat lepak yg best memalam di Kuala Lumpur ni? Kalau bg yg suka bersosial tu mestila ke nite club ye tak.. tp bg yg dah berkeluarga yg nak bawak anak-anak berjalan selain dr tempat makan-makan, buntu tak tau nak berjalan mana. Kalau shopping complex plg koman pun sampai kol 10 malam. Uptown? downtown? Dr Gombak ke Kota Damansara pun kami sanggup. Kalau ada benda nak beli je baru gi tempat camni.  Mcm kami, mmg suka jenjalan. Nak jalan siang, panas. Malam kan sejuk. Kalau bekerja, mmg malam jela kami berjalan. Puteri sulungku, Echa suka ajak papa dia berjalan2. Lepas amik dr umah neneknya biasanya dia akan pujuk papa dia suh bwk jalan gi tgk lampu. Jenuhla papa dia meronda satu Kuala Lumpur. Kadang2 bkn dia tgk lampu pun, lampu yg tgk dia (sampai leh tertido minah kecik ni). Pdhal mama dia pun suka.. huhu..

Tempat yg kami suka lepak just nak rileks salah satunya Dataran Merdeka, pusat bandaraya kuala lumpur. Malam2 mmg meriah kat sini. Orang meniaga pun untung la. Sbb budak2 mesti nak beli piring terbangla yg kelip2 tu.. Tempat lapang so budak2 bebas la berlari. Sambil duduk leh tgk lampu di Bangunan Sultan Abdul Samad (bangunan KPKK). Macam2 kaler. Rasanya mmg ada time leh lepak sini. Sbb kol 12.00 mlm ada peronda polis mintk clearkan kawasan tu. Ingat lg dulu mesti jd tempat dorg start nak merempit. Tp, sekarang dah takde kot.

berlatarbelakang Bangunan Sultan Abdul Samad di waktu malam..
baby pun tak tido lg time ni..
nmpak gaya mmg suka jenjalan mcm kakaknya gak..
 
Echa ada berpuluh koleksi piring terbang ni..
takpe.. papa dia layan dulu kang dia gak yg penat berlari2 kutip benda ni..

Satu lg tempat yg kami suka pegi ialah Taman Tasik Titiwangsa. Sekarang ni, malam2 dah meriah kat sini. Ada kafe.. ada kawasan lapang yg terang utk beriadah, ada air pancut.. Takdela takut malam2 nak ke sini. Kalau port gelap tu ada la nmpk motor tp mana penunggangnya? jeng..jeng..jeng.. takdela nak skodeng kan.. tp berani betul dorg ni kan. Heip, ada bwk budak kecik ni..

Ada pulak yg main racing kete malam-malam kat sini..  

apa yg dorg tgk tu?
kuat giler bunyi.. ada shooting KL Gangster ke?

oo ada org main Control Racing Car la..
slalu dpt tgk time petang je..
aku tgk dr dalam kete je.. bising sgt.

Tu jela tempat ktorg kalau nak jenjalan malam selain dr makan. Mana lg tempat best utk lepak yer?

2 comments:

Ayien Azreen said...

tempat lepak ai pulak kat umah jew... husband ai suka 'tv tengok dia'... huhuhu...

Anonymous said...

ok lea tu lepak dataran merdeka/tasik titiwangsa..orang ulu belitong hatta bekalalan..berbulan tau plan nak gi...hehe
untie chom pun suka jenjalan dalam keta..wpun takat ikut hubby isi minyak keta .huhu...