♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, June 19, 2011

Jalan-Jalan ke Muar

Baru 4 hari start keje dh ternanti-nanti bila la nak cuti ni. Ada mcm2 planning nak wat. Salah satunya nak ke Muar sbb ada jemputan kahwin belah abah mertua. Sgt suka jalan-jalan ni.

Kol 10 pg ktorg gerak lepas breakfast nasi lemak. Satu kete je dgn mertua. Sampai sana kol 12.00 tgh. Awal sampai sbb jalan pun tak jem. Singgah dulu ke umah makcik kat Muar gak.

jemput minum lemon ice dan koci labu..
alas perut sebelum melantak di umah pengantin nanti.. 

Baby yg terpegun melihat dekorasi rumah ni.. hehe..
diam je dia..

kepenatan sungguh cik abang saya tu..

okla.. nak gerak dah ke umah pengantin..
bersama makcik, tuan umah.. nak ke mana lak tu bwk helmet?

cayala makcik ni.. rempit tu...
ada lesen ke ni? ala.. kalau ada roadblock dah tentu cik ibrahim yg wat..

Sampai umah pengantin di Taman Bakri Jaya dalam kol 1.30 ptg. Dah nampak khemah warna merah menyala.
yummy.. lauk-pauk yg menyelerakan..

Bangun lak si kecik ni.. time mama nak makan mest dia bangun..
dalam kete td puyela syok tido..

anak sape yg dorg kerumun tu? popularnya baby tu..
huhu.. ada lak yg nak tolong pegang baby.. leh mama makan byk.. 


abah dan mak mertua..
baju sedondon..


menikmati bubur pulut hitam..

  
budak ni yg asyik merajuk jek.. huhh.. penat..

 
papa dan baby..
dah abis makan tunggu pengantin mesti lambatkan..
 amik gambar puas2..

cantik dekorasi tmpt potong kek ni..

Echa yg mood dia dh ok skit..

time pengantin datang, ni la music background dia..
terus Echa bad mood biler ada mercun ni..
menangis la dia..

pasangan yg comel..

Perut dah kenyang nak rileks dulu. Ada lak buaian masuk baby dalam buai bagi dia tido. Bg can pak mertua borak lama2. Kol 3.30 ptg baru gerak. Mak ajak makan mee bandung muar. Perut dah full sebenarnya. Hubby lak nak makan murtabak singapore. Gi order dulu murtabak ni sbb ramai yg beratur. Baru makan mee bandung.

Mee Bandung Muar..
walaupun perut full, licin gak..

Singgah jap di Melaka tgk adik ipar, Emi yg study di UITM Melaka. Skrg dia duduk di rumah sewa. Sibuk dia nak ikut balik. tp, rasa tak berbaloi lak. Sbb kalau ikut smapai umah dah malam. Esoknya nak kena balik Melaka gak. Tak jadila dia ikut. Singgah utk bagi makanan berkat umah pengantin, mee bandung dan murtabak singapore. Ktorg pun tumpang mandi skali.

Kol 6.30 ptg gerak balik KL sampai umah kol 8.30 malam...

1 comment:

Mama Janet said...

ayu....bab2 lesen yg sebut ler. Ppsst..diam2 sudah.