♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, June 29, 2011

Kursus Power Point @ JMM

Semalam aku jadi urusetia untuk Kursus Power Point. Kali ni guna makmal komputer Jabatan Muzium Malaysia. Peserta Jabatan 20 orang sahaja. Kira leh la fokus. Kalau ramai tak muat makmal tu nanti. Seperti biasa, kalau ada kursus je mesti aku akan sibuk. Macam2 benda nak kena settlekan. Nasibla dah biasa.

Walaupun urusetia, sambil tu join gak la kursus ni. Boring la kalau duduk je tak wat pe..

 Minum pagi.. mee goreng mamak dan kuih talam

amboi khusyuk tul dorg ni. 

para peserta kursus..
bersemangat dorg nak wat presentation nanti..
aku urusetia takyah wat.. huhu.. best.. best..

 Menu makan tengahari yang sempoi..
Ayam Black Pepper dan sayur kobis masak lemak..
plg risau kalau arrange kursus ni makanan tak sedap
so far, hasil tinjauan dan kaji selidik, majoriti kata baik.. 

 ni penceramah kursus, En Afendi

 ni urusetia yg tetap setia menanti sampai abis..

Abis kol 4.30 ptg..
Hubby amik kat sini..
 Hubby leh bawak Echa gi tgk pameran orang asli sementara menunggu aku..
hubby kata seram sbb dia berdua je yg masuk.. dah time keje pastu bukan cuti skolah pun..

Echa ni kalau demam elok je dia bergambar.. 



 dah pandai amik gambar si Echa ni..

Taklimat Rukun Tetangga

Malam minggu yg lepas, penduduk kawasan aku Fasa 5 ni buat taklimat dan mesyuarat Rukun Tetangga utk kali kedua. Ni juga pertama kali diadakan setelah mendapat kelulusan dari KP Jbtn Perpaduan untuk mengistiharkan kawasan aku ni sbg kawasan RT. Sebenarnya kawasan aku ni baru terhegeh2 nak tubuhkan RT setelah macam2 rintangan. Kalau kawasan lain tu dah lama tubuhkan RT ni. Ni sume berkat usaha jiran2 aku dan hubby. Tak pasal2 lak hubby kena jadi tim. setiausaha merangkap Setiuasaha. Sbb pengerusi n tim. pengerusi apa2 akan contact hubby. So, aku ni pun turut sibuk kalau apa2 melibatkan RT ni dari taip surat-menyurat, wat minit mesyuarat, mesti nak kena amik tau, nk tolong hubby. Dah yg aktif bergerak pun jiran2 sebelah menyebelah je. So, bincang pun depan umah je. Senang skit..

Turun naik pejabat Jbtn Perpaduan Daerah Gombak pun kak Rina n suami dia, abg rahim dan hubby aku (sebab dua2 umah dah kena pecah masuk.. huhu). Dah kenal staff kat sana. Memula nk wat mnggu lps tp ramai lak yg xde. Tu yg wat mlm minggu lalu. Risau sbb takut xde org yg dtg. Lgpun wat malam minggu mcm2 aktiviti la kan..

Takimat patut bermula jam 9 malam, tp kol 9.30 malam baru start.


 Tu dia 'orang kuat' RT Fasa 5 bersiap sedia nak ke mesyuarat..


Tolong jaga meja pendaftaran kehadiran penduduk..

 Antara tetamu yg terawal.. ehehe.. 
Echa paling suka malam tu sbb ramai geng2 dia..
buat di padang permainan mmg puasla dia main buaian dan gelongsor..

 
 Menu malam tu.. bihun goreng dan kek..

 
 Tgkla sound sistem dia.. nak karaoke best ni..


 Hubby jaga meja pendaftaran untuk Rondaan Sukarela


 Jiran depan umah.. kak miza n family..

 Bersama jiran baik sebelah umah, Kak Rina  selaku AJK dan anaknya, Wanie..
sgt baik dan ramah..
Hubby Kak Rina adalah Tim. Pengerusi RT..
Senang jela kalau nak bincang apa2 depan umah jek.. hehe..



JK Tertinggi mendengar penerangan dari wakil Jbtn Perpaduan, Pn Azean

 Slide taklimat



Syukur ramai gak yang hadir dalam 80 org..

Ramai yg datang.. tua muda, melayu cina india..
1Malaysia!

Sume tekun mendengar taklimat 
 Suka dapat berkumpul camni..


Wakil PDRM pun turut hadir..

 Aikk.. ada lak wakil dari RT Ampang Saujana ni.. 


Jiran rapat, Kak Zie selaku Bendahari..
 
 Kak Rina bertanya soalan pada Pn Azean..
sebenarnya saja je nak suh Pn Azean xplain pd sume ttg kutipan sumbangan duit..
hehee..


 
Sesi menjamu selera..


Abis kol 10.30 malam terus amik baby Ayna kat umah nenek dia

Thursday, June 23, 2011

Keje Baru @ Opis

Banyaknya keje skrg ni.  Baru start keje 2 minggu macam2 benda nak kena wat. Rutin sekarang ni dah berubah. Kol 10 pg, 12tgh, 3 ptg aku takkan ada kat meja. Bkn ngular ke apa.. Sebab nak wat keje baru ni. Projek baaikk puye....

Inila keje baru kat opis sekarang ni..
Sesi mengepam susu..
Nasib baik opis sume pompuan... pam kat meja akak sebelah sbb tertutup skit..
Sambil pam leh layan suratkhabar/blog jap.. huhu..
Walau keje byk, aku akan cuba gak utk curi masa. 

Guna Spectra3 senyap skit berbanding Medela (ni akak2 opis yg bgtau konon kat surau bunyi bising sgt mcm mesin rumput.. tp yg aku puye ni senyap jek).  Memula bos ingat aku nangis ke apa sbb tunduk semacam jek.. hehe.. Skrg dorg pun dah tau.Walaupun mahal, time beli RM338.00 tp hasilnya memuaskan. Hubby memula tak kasi sbb risau aku kena renjatan elektrik. Aku ni jenis tak sabar nak menunggu kalau guna manual pump. Guna elektrik jimat masa dan tenaga. Sebelum ni guna pureen batery pump tp rosakla pulak sebelum sempat guna kat opis. Bertahan 3 bulan je. 

Siap je masuk dalam cooler bag ni yg dah ada reuseable icepack.
 Kat opis ni ada je peti sejuk, tp ada beg ni yg siap ada plate.. mls la nak ltk kat peti sejuk.. 
balik umah masih sejuk macam kat dalam fridge.

Balik je amik anak umah mertua terus masuk dalam peti sejuk umah mertua. Esok pagi dah takyah nak bawak lagi susu. Sebab wat stok lagi 2 minggu nak keje, mmg stok beku kat umah tak banyak. Pam arini, itulah stok untuk baby sok. Tp, kalut gak kalau kena outstation. Kalau leh nak baby tu tau yg walaupun mama dia takde tapi susu mama dia ada.. Jadi dia akan rasa dekat je dgn kita.

Moga banyakla susu ni utk Ayna.. 

Tuesday, June 21, 2011

Lagi Father's Day Celebration

Hebat betul penangan hari bapa ni. Dua kali celebrate. Hari Ibu pun xmcm ni.. huhu.. Lepas kami celebrate @ KFC malam Ahad tu, tetiba kak iparku Ayien nak celebrate semalam di umah mertua. Nak celebrate abah mertua lak. Menunya KFC and kek..  

 Chocolate Cheese Mousse Cake from Baker's Cottage..
first time beli sedap gak..
rasa mcm Indulgence Cake Secret Recipe..
ni lagi  murah RM44.00..

KFC..

 Happy father's/grandfather's day abah/atukl!! 
Thanks for being supportive and so loving father..

 
 
kami sayang abah/atuk!!

echa nak gak himpit2 dgn mak long dia..
nak makan bersuap lak tu..

Monday, June 20, 2011

Celebrate Father's Day

19 Jun 2011.. Hari Bapa. Taktau nak celebrate kat mana. Hubby ada games bola sepak petang tu. Jadi tak kemana la. So, celebrate makan-makan jela. Taye hubby, dia kata tak kisah pun makan apa. Dalam kete, aku taye si kakak, Echa..

Aku : Echa nak makan apa? Chicken chop ke pizza?
Echa : Echa nak makan KFC.. nak ayam..
Aku : Echa.. arini hari apa?
Echa : Happy birthday papa (lagu happy birthday)
Papa : Ehh.. bukanla.. hari ni hari bapa..
Echa : OOoo.. selamat hari papa.. (pandai lak budak ni)

Kami pun gi KFC Wangsa Maju. Ramainya orang malam tu..

Echa yang hepi malam tu leh jalan-jalan.. 
tak sabar la tu nak main playground kat luar

set KFC..
Baby pun tak tido.. nak celebrate skali..

 Minum mama..

  Anak papa.. Echa sayannnnnngggg papa..

Selamat Hari Bapa to hubby.. Terima kasih kerana menjadi papa yang bertanggungjawab dan penyayang..

Sunday, June 19, 2011

Jalan-Jalan ke Muar

Baru 4 hari start keje dh ternanti-nanti bila la nak cuti ni. Ada mcm2 planning nak wat. Salah satunya nak ke Muar sbb ada jemputan kahwin belah abah mertua. Sgt suka jalan-jalan ni.

Kol 10 pg ktorg gerak lepas breakfast nasi lemak. Satu kete je dgn mertua. Sampai sana kol 12.00 tgh. Awal sampai sbb jalan pun tak jem. Singgah dulu ke umah makcik kat Muar gak.

jemput minum lemon ice dan koci labu..
alas perut sebelum melantak di umah pengantin nanti.. 

Baby yg terpegun melihat dekorasi rumah ni.. hehe..
diam je dia..

kepenatan sungguh cik abang saya tu..

okla.. nak gerak dah ke umah pengantin..
bersama makcik, tuan umah.. nak ke mana lak tu bwk helmet?

cayala makcik ni.. rempit tu...
ada lesen ke ni? ala.. kalau ada roadblock dah tentu cik ibrahim yg wat..

Sampai umah pengantin di Taman Bakri Jaya dalam kol 1.30 ptg. Dah nampak khemah warna merah menyala.
yummy.. lauk-pauk yg menyelerakan..

Bangun lak si kecik ni.. time mama nak makan mest dia bangun..
dalam kete td puyela syok tido..

anak sape yg dorg kerumun tu? popularnya baby tu..
huhu.. ada lak yg nak tolong pegang baby.. leh mama makan byk.. 


abah dan mak mertua..
baju sedondon..


menikmati bubur pulut hitam..

  
budak ni yg asyik merajuk jek.. huhh.. penat..

 
papa dan baby..
dah abis makan tunggu pengantin mesti lambatkan..
 amik gambar puas2..

cantik dekorasi tmpt potong kek ni..

Echa yg mood dia dh ok skit..

time pengantin datang, ni la music background dia..
terus Echa bad mood biler ada mercun ni..
menangis la dia..

pasangan yg comel..

Perut dah kenyang nak rileks dulu. Ada lak buaian masuk baby dalam buai bagi dia tido. Bg can pak mertua borak lama2. Kol 3.30 ptg baru gerak. Mak ajak makan mee bandung muar. Perut dah full sebenarnya. Hubby lak nak makan murtabak singapore. Gi order dulu murtabak ni sbb ramai yg beratur. Baru makan mee bandung.

Mee Bandung Muar..
walaupun perut full, licin gak..

Singgah jap di Melaka tgk adik ipar, Emi yg study di UITM Melaka. Skrg dia duduk di rumah sewa. Sibuk dia nak ikut balik. tp, rasa tak berbaloi lak. Sbb kalau ikut smapai umah dah malam. Esoknya nak kena balik Melaka gak. Tak jadila dia ikut. Singgah utk bagi makanan berkat umah pengantin, mee bandung dan murtabak singapore. Ktorg pun tumpang mandi skali.

Kol 6.30 ptg gerak balik KL sampai umah kol 8.30 malam...