♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Wednesday, May 18, 2011

Kalau Aku Seorang Suri Rumah

Kejap je 2 bulan aku bercuti. Now tinggal 1 bulan lagi sebelum start bekerja balik. Actually bole je kalau nak start keje awal tapi tula dah apply awal2 cuti bersalin 3 bulan bila dah sampai masa 2 bulan rasa boring dok umah lelama. Nak gi keje dah set nak start bln dpn. Tak ready pulak.  Kalau dah ada komitmen bekerja. mcm ni la perasaannya. Kena la ada tanggungjawab utk bekerja. Bekerja ada la duit kan..

Tp best gak kalau fulltime housewife ni. Masak, jaga anak, uruskan umah. Duduk umah ni mulala nak test masak mcm2. Kalau leh segala resipi dalam majalah aku nak try. huhu.. Tgk anak membesar dpn mata tu saat yg paling indah...

Skrg ni kan ada keje dr umah je. Ada sorg kawan kolej dulu yg bertandang ke umah aku. Berhenti keje dah setahun lebih sejak ada anak. Dia kata boring sbb dah biasa bekerja. Nak start keje balik anak tak pandai hisap susu botol. Tp dia seronok sbb bole jaga anak sendiri. Dia buat online bisnes je jual beg. Hmm.. menarik je rasa. Aku? Mmg la best kalau dok umah je tp kewangan skrg tak kukuh lagi. Kalau dpt hubby Dato' ke Tan Sri ke leh la.. hehehe..

Impian aku takdela sampai nak menjawat jawatan yg tinggi sedangkan niat untuk sambung study pun tak kesampaian. Konon nak sambung lepas kawin. Ada sorg anak, malasla pulak. Ada 2 org dah skrg, otak ni dh tepu nak belajar balik. Bersyukur dgn apa yg aku ada skrg sbb aku senang dpt keje walaupun belajar tak la setinggi mana. Tak sempat konvo, aku dh start keje di SYABAS. saja2 apply SPA, dapat pula keje gomen, walaupun dapat jawatan yg tak setaraf dgn aku (last choice) tp aku terima je sbb aku tau ada hikmahnya. Walau pada mulanya aku rasa menyesal resign di opis lama yg gaji dan jawatan lagi tinggi tp skrg aku rasa bersyukur........

No comments: