♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Thursday, May 19, 2011

Ayna Kena Cucuk

Hari ni Ayna ada appointment klinik untuk check up 2 bulan. nak tnggu arini mulala rasa berdebar je. Risau dia meragam, mengamuk kat klinik. Plg sedih kalau gi klinik kalau time nak kena suntikan imunisasi. Temujanji kol 11 pagi. Kol 8 aku dah mandikan Ayna. Mama dan Ayna dah siap, tunggu papa dan Echa yg lambat..

Sampai awal di klinik. No giliran lambat lagi. Ada lagi 12 orang. Gi breakfast dulu. 

Tak ramai org kalau hari Khamis..
biasa penuh dgn ibu mengandung dan baby..

Misi : Lilitan kepala ok.. lilitan dada ok.. BMI ok.. berat ok.. bb sihat x? minum susu apa?
Aku : Baik.. ok... ye kak.. bb sihat kak.. susu badan kak.. tq..
untungla kali ni dpt misi yg baik dan ramah..
kalau dapat misi yg tegas, sgt tak best.

Tunggu turn nak kena cucuk
kalau  dulu 3 in 1 puye injection
la ni suntikan 5 in 1.. 5 serangkai
jgnla demam yer sayang.

snap gambar hubby.. 
si kakak, Echa susah tul nak suh dok diam bergambar..
Balik rumah terus tuam tempat suntikan kt paha tu dgn air panas. Betul ke yer? Misi ckp jgn wat apa-apa. Biarkan je. Tp, pesan org2 tua suh tuam bg kurang bengkak dan taknak anak demam. Time kakaknya dulu pun wat camtu gak dan tak demam.. Jgnla si Ayna ni demam..

Wednesday, May 18, 2011

Kalau Aku Seorang Suri Rumah

Kejap je 2 bulan aku bercuti. Now tinggal 1 bulan lagi sebelum start bekerja balik. Actually bole je kalau nak start keje awal tapi tula dah apply awal2 cuti bersalin 3 bulan bila dah sampai masa 2 bulan rasa boring dok umah lelama. Nak gi keje dah set nak start bln dpn. Tak ready pulak.  Kalau dah ada komitmen bekerja. mcm ni la perasaannya. Kena la ada tanggungjawab utk bekerja. Bekerja ada la duit kan..

Tp best gak kalau fulltime housewife ni. Masak, jaga anak, uruskan umah. Duduk umah ni mulala nak test masak mcm2. Kalau leh segala resipi dalam majalah aku nak try. huhu.. Tgk anak membesar dpn mata tu saat yg paling indah...

Skrg ni kan ada keje dr umah je. Ada sorg kawan kolej dulu yg bertandang ke umah aku. Berhenti keje dah setahun lebih sejak ada anak. Dia kata boring sbb dah biasa bekerja. Nak start keje balik anak tak pandai hisap susu botol. Tp dia seronok sbb bole jaga anak sendiri. Dia buat online bisnes je jual beg. Hmm.. menarik je rasa. Aku? Mmg la best kalau dok umah je tp kewangan skrg tak kukuh lagi. Kalau dpt hubby Dato' ke Tan Sri ke leh la.. hehehe..

Impian aku takdela sampai nak menjawat jawatan yg tinggi sedangkan niat untuk sambung study pun tak kesampaian. Konon nak sambung lepas kawin. Ada sorg anak, malasla pulak. Ada 2 org dah skrg, otak ni dh tepu nak belajar balik. Bersyukur dgn apa yg aku ada skrg sbb aku senang dpt keje walaupun belajar tak la setinggi mana. Tak sempat konvo, aku dh start keje di SYABAS. saja2 apply SPA, dapat pula keje gomen, walaupun dapat jawatan yg tak setaraf dgn aku (last choice) tp aku terima je sbb aku tau ada hikmahnya. Walau pada mulanya aku rasa menyesal resign di opis lama yg gaji dan jawatan lagi tinggi tp skrg aku rasa bersyukur........

Tuesday, May 17, 2011

Kisah Laptop & Wedding

Lama tak menjengah di sini. Bkn boring atau tiada kisah untuk dikongsi cuma keadaan laptopku yg ttak sihat kena masuk ICU.. hehe.. Skrg dah ok tapi mahalnya kos untuk repair grafic card + processor saja RM600. Kalau tambah M600 lagi dah bole beli laptop baru. Rasa ruginya. Kalau problem lagi malas nak repair beli baru je. Hishh.. kang merajuk lak lappy ni.. tadi pun tertiba off sendiri.. Ntah apa la mamat pakistan kat low yat tu godek.  Aduyai.. sabar ye sayang jgnla rosak la lagi.. kang abis duit makan gaji buta aku cuti 3 bulan ni.. huhu..

Lama tak ke wedding @ lama tak melaram dgn baju kurung ni.

Sabtu lepas aku ke wedding jiran. Tp dorg wat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Adik kpd kawan hubby aku. Mertua pun ajak pegi skali. Ktorg kan suka pegi wedding sbb leh makan free dan sedap..


Mmg nak kena siap awal2 sbb kang aku yg pening..

Sementara tunggu atuk & nenek, jom kita bergambar dulu.. 

 
Lama tak pakai baju kurung..
Echa suka pakai baju kurung nenek dia wat..
Time kasih nenek..

Sejuk giler aircond dalam dewan.. tu yg syok bb tido.
jumpa kekawan kat sini ada.. time makan kawan yg pegang bb.
nak bg mama makan sedap2..

Mak & abah mertua..


Echa with papa

ewahhh.. layan tarian joget jodoh ke amende namanya

 Pasangan pengantin dua sejoli berbaju merah

Lepas makan apalagi terus blah la. Alamak hujan la pulak. dahla payung tak bawak.. Kenala tunggu teduh.. tp macam makin lebat je.. Nasib baik ada kawan hubby baru dtg dgn berpayung. Pinjam la sat..