♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Friday, March 4, 2011

Setahun pemergiannya

Hari ini - 4.3.2011 genap setahun pemergiaan nenekku belah mak.  Satu-satunya nenek yg aku ada dr kecik hingga besar. Terasa betul kehilangannya.

27.2.2010 (Sabtu), mak dan adik, Apis amik arwah di umah makcik kat Bangsar.  Arwah nak sgt mak jaga dia sebab dia kata kalau meninggal kat umah mak ada ramai yg tgk. Dalam perjalanan balik, Apis bawak arwah singgah umah kitorg. First time arwah ke sini. Tgk2 umah ktorg dan baring di sofa. Ketika ini, arwah kelihatan sgt uzur dan tak berdaya. Ke mana2 nak kena dukung. sampai taknak balik sebab sedap sgt baring kat sofa. Mungkin dia dah penat nak kena angkat ke hulu-hilir. Dia bergurau nak tido umah aku tapi aku yg suh dia balik. yela. ktorg pun bkn jenis lekat kat umah. arwah lapar dan nak makan bubur mcD tapi mak cakap beli nasi ayam jek. Sebelum balik, Apis dukung arwah sampai ke dapur dan bilik air, nak arwah tgk keseluruhan umah ktorg.

28.2.2010 (Ahad), kakakku, Kak Lin dan abg ipar bawak arwah ke kampung Melaka sebab arwah beria2 nak tgk kampung abah di Melaka. Taknak menghampakan arwah, arwah sempat ke kampung Melaka sampai ke ladang belakang.

2.3.2010 (Selasa), malam tu aku singgah di umah mak. Melihat arwah tido di sofa dapur. Kejap2 batuk dan asyik mengeluh. Mak tgh nak pakaikan arwah pampers dan aku tolong mak. Aku angkat arwah skit dan perbetulkan kain dan urut kaki dia. Arwah pun tak byk cakap seperti kebiasaan. Aku pun malas nak bertanya byk2.

3.3.2010 (Rabu), tika ni arwah dah start nazak tapi takde siapa yang tahu. Kata Apis, tengahari lepas makan ada banyak semut hitam di bwh sofa arwah yg tak tahu datang dari mana. Tengahari tu arwah makan tom yam dgn banyak. Mak kata arwah makan dengan selera sekali seperti orang sihat. Pada malamnya, arwah cuma baring je di sofa. Memanggil anak sedaraku dan angah yang ada pada masa tu. Angah menyahut dan arwah hanya diam je. Dalam pukul 1.00 pagi, mak kuar untuk ke tandas dan tgk arwah tido dgn nyenyak tp pada masa tu arwah masih bernafas lagi. Mak cuma selimutkan arwah. Pukul 3.00 pagi, mak kuar lagi untuk ke tandas dan kali ni buka lampu dapur. Biasanya kalau lampu dapur dibuka arwah akak bangun dan bising sbb silau, tapi kali ni arwah masih tido dan nampak nyenyak sekali. Mak memanggil arwah tp tak disahut. Mak meraba kaki arwah dan terasa sgt sejuk. Terus menjerit memanggil abah.  Arwah meninggal dunia seorang diri tiada yang menemani dan begitu mudah sekali. Wajahnya sgt tenang dan tersenyum.

Aku? Pukul 1 pagi baru sampai umah dr uptown danau kota dan mmg kami anak beranak termasuk Echa tidak ngantuk langsung. Terasa segar mata ni. Aku dan hubby kemas umah time tu. Kol 3 pagi baru naik katil paksa mata ni utk tido sbb sok nak kena keje lagi. Echa pun sama tak ngantuk langsung. Kol 3.30 pagi dpt phone call dr Kak Lin. Mula la tak sedap hati ni. Kak Lin pulak cakap dgn suara yg sedu. Bgtau yg wan meninggal. Time tu aku terkejut tp tak nangis. Mata pun memang takleh lelap langsung.Taye hubby dia pun ajak gi umah mak terus. Echa pun terus lompat dr katil dan kupakaikan baju kurung.

Kol 4 pagi kuar time tu rasa sejuk skali. Nyesal pun ada tak gi tgk arwah malam tu. Sampai umah mak tgk lampu luar umah tutup cuma lampu ruang tamu je terbuka. Tgk arwah dah siap terbaring atas katil dan diselimutkan. Mak duduk di sisi arwah. Macam tak caya je. Muka arwah tersenyum. Sayu hati ni. Tp hairannya aku masih tak mampu nak nangis. Airmata tak keluar. Taktau nape hati ni jadi kuat. Terus kubacakan surah yassin. Mmg betul hasrat arwah nak duduk bersama mak tercapai sbb senang kalau dia mati ada orang tahu dan umah mak ada ramai orang. Memang betul. Urusan pengkebumian arwah mmg cepat. Permit menguburkan pun cepat sbb abang terus ke balai polis lapor kematian. Cuma tunggu pakcik dan makcik untuk bawa jenazah ke Bangsar sbb semua sepakat nak kebumikan arwah di sana. Kebetulan pakcik bawa van jadi tak susah untuk bawa jenazah ke sana. Kol 6 pagi, mereka sampai dan terus masukkan jenazah arwah ke dalam van. Time ni la air mata aku mula menitis.

Kami sekeluarga terus bergerak ke Bangsar dan sampai di sana kol 7.30 pagi. Jenazah diletakkan di surau dan ramai yang datang untuk membacakan surah Yassin. Sedara mara turut berkumpul. Cuma pakcik dan sedara mara dr Johor masih belum tiba.

Kol 10 pagi, khairat kematian di sana bersiap utk memandikan jenazah. 4 orang diminta untuk menolong seorg makcik ni memandikan jenazah arwah. Mak, Kak Long, sepupu dan aku sendiri. Terasa berdebar hati ni untuk memandikan jenazah. Rasa kekok dan jantungku berdegup kencang. Melihat jenazah arwah kaku di tempat mandian aku menarik nafas dalam-dalam. Mak bagi sokongan pada aku dan Kak Long. Kata mak, dia nak anak-anak dia belajar supaya suatu hari dapat memandikan dia pula. Ya Allah.. tak sanggup rasanya. Mak tak sanggup lama2 melihat arwah dan membiarkan aku dan kak long.

Makcik tu juga tak lokek ilmu dan melayan setiap pertanyaan kami sambil tangannya cekap mengguntingkan kain kafan. Insaf apabila kita menghadap Allah dgn pakaian kain putih dan wangi-wangian. Aku membuat kalimah Allah pada dahi jenazah kerana tangan kak long menggigil. Aku juga orang pertama yang cium arwah. Wajah arwah makin berseri dan tenang sesudah siap dikafankan dan bersedia utk disembahyangkan.

Dan airmata aku mengalir tak dapat ditahan-tahan pada saat arwah diusung ke dalam van jenazah. Arwah selamat disemadikan. Semoga arwah wan diletakkan di kalangan orang beriman dan tenang di sana.

Paling dirasai, tiada lagi bebelan arwah masa dalam pantang kali ni macam anak pertamaku dulu.

Al-Fatihah...

No comments: