♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Monday, March 7, 2011

Gerak Gempur Pencuri

Kes pecah masuk umah mmg tgh hangat di sini. Terbayang-bayang lagi pintu dapur umah kami terbuka dek kerana pencuri tahun lepas. 2 bulan lepas pula umah jiran sebelah kami kena pecah masuk pencuri yang masuk ikut siling bumbung dipecahkan. Seminggu lepas tu umah jiran depan kami nak kena masuk pencuri tp xsempat. Bulan lepas dalam kol 11 malam, kami terdengar macam bumbung depan umah mcm ada org berjalan. Kecoh la kejap. Tp, xde apa pun.

Kisah ni berlaku pada malam semalam. Kol 3 pg aku terjaga dr tido. Aku dan Echa je di bawah. Hubby takde di sebelahku dan aku tau dia mesti di bilik atas sedang online. Kemudian aku dengar hubby turun tangga. Aku panggil dia dan melihat dia pegang kayu panjang dan bgtau yg dia terdengar bunyi orang berjalan di atas bumbung. Aku pun segera ke dapur. Mmg betul. Kuat sekali bunyi seperti orang berjalan. Hati ni dah berdegup kencang. Tp, kali ni hubby tak nak kuar umah dulu sbb taknak terburu-buru membuat andaian. Kali kedua, terdengar bunyi lagi. Hubby terus mntak aku buka pintu depan. Manala tau kalau apa2 terjadi senang ktorg berlari kuar. 

Segera kucapai hp dan ku dail no Kak Rina, jiran sebelah umah. Aku citerkan apa yg berlaku dan Kak Rina mntak aku bersabar dan dia akan kol balik. 5 minit kemudian dia kol dan mintak kami kuar perlahan-lahan sebab dia pun dgr benda yg sama. Sempat menasihatkan aku supaya minum air panas supaya aku tak terkejut. Lagi la jantungku berdegup kencang. Aku dukung Echa yg sedang nyenyak tido dan letakkan di dalam kete. Beg tangan dan laptop aku simpan dalam kete sekali. Aku dan hubby kuar umah dan lihat beberapa orang jiran sedang menunggu di luar. Selang 10 minit kemudian, polis pun datang. Aiii.. ni mesti keje Kak Rina yang cepat panik. Hmm.. Kak Rina dan hubby dia mmg cepat bertindak kalau ada apa2 berlaku.

Ktorg citerkan pada abg2 polis tu apa yg berlaku. Rupanya anak Kak Rina pun terdengar seperti ada orang melompat di bumbung dan suara orang bercakap. Kiranya takde la kami je tersalah dengar dan mengada-adakan citer kan... Polis tu pun mntak izin utk lihat atas bumbung umah kami. Bagus gak ada polis ni. Kalau hubby, mmg tak berani la nak tinjau siling umah ktorg tu. Tp, abg polis kata takde apa2 pun.
 
Ktorg masih tak puas hati. Hubby dan beberapa orang jiran kami pun siap menjenguk ke jalan belakang tp mmg tiada apa pun. Kol 4.30 pagi kami pun masuk umah tp masih tak dpt lelapkan mata. Aku lak asyik terdengar2 je derap kaki org berjalan di bumbung. Arrghh.. perasaan aku kot. Kol 5.45 pg baru aku dapat lelapkan mata selepas dengar bacaan al-quran dr surau berhampiran.

Aduh.. napela mesti kami je terdengar bukan2 di atas bumbung. Jiran lain takde apa pun. Ke dorg yg tido mati ni? Bila tido di bilik atas, terdengar mcm2 di bwh. Tp, bila tido di bawah, macam2 lak ktorg dengar di tingkat atas.

No comments: