♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, March 20, 2011

Bertambah Ahli Keluarga Kami - Kehadiran puteri kedua Ayna Nafeesa

Alhamdulillah. Tak sempat nak publish entry 'counting the day'. Aku dah bersalin. huhu.. 

16.03.2011.

Aku masih keje lagi di opis. Malam tu dah start rasa sakit. Tapi rasa sakit biasa je. Memang tido pun tak selesa. Tapi takdela rasa nak buang air besar ke apa. Mak pun tegur mcm dh dkt nak bersalin je. Org2 tua pandaila dorg tgk.

So, pagi tu pegi la ke opis mcm biasa. Time tu pun rasa sakit gak dalam setengah jam sekali. Hubby pun risau taye nak bersalin dah ke.. tak payah gi keje la.. Tp, aku rasa mcm ok lagi jek. Kuat lagi. Ikutkan due date 26.03.2011.. lagi 10 hari.

Kat opis pun masih sakit lagi. Aku ngadu pada officemate aku. Tp, xde la nak pk apa2 pun. Dan aku takde selera pun nak makan. Aku cuma makan roti bakar dgn telur setengah masak je. 

Settlekan keje mcm biasa tp asyik2 nak ke toilet. Rasa nak buang air besar. Tp, mmg aku membuang pun. Huhu. Mcm Echa dulu, rasa nak buang air besar, tp takde apa pun. So, takdela aku syak apa2 pun. Byk kali ke toilet. Jalan pun rasa sakit dan budak2 kt kaunter tegur. Sakit ke kak? Aku ckp la sakit. Due bile kak? Aku ckp lg 10 hari.

Kali ke-4 ke toilet, dah ada lendir darah. Aduhhh... dah berdebar time ni. Tp, still rileks lagi. Jalan slow2 gi bgtau kt geng2 opis. Dorg lak yg panik. Time tu kol 11.00 pg. Call hubby. Time tu dia kat umah lagi baru nak kuar. Aku ckp aku dh kuar darah. Suh dia dtg amik dan ckp bwk slow2 jgn rushing sgt. Sbb aku pun rasa was2. Mmg tak sakit sgt pun. 

Hubby dtg amik kol 11.45 pg. Gi makan dulu kat area umah. Pastu gi cek kat Gombak Medical Centre (GMC). Cek2 dh bukak 4cm dan doktor tu scan kata muka baby hadap ke atas. Alamak.. lagi la aku saspen. Tp, ktorg tak terus gi hospital. Balik umah dulu. Tukar baju. Barang yg nak bwk ke hospital mmg dh ada dalam kete. Kol 3.45 ptg baru gerak ke Hospital Selayang..

Di GMC.. Time ni dah saspen..

Ok.. dah tau bukaan 4cm.. doktor GMC kata 2 jam leh dah gi hospital..
balik umah dulu packing barang..

dalam kete on the way ke hosp selayang.. sbb aku rileks je.. hubby pun cool.. bwk kete pun still ikut peraturan.. singgah bank dulu bayar apa yg patut..

Dua hari sebelum tu, aku rendam air selusuh (air akar siti fatimah) yg diberi oleh makcikku, Cik Gee yg baru dr balik dr umrah. Dan esoknya terus kembang. Org kata tu petanda nak bersalin. Aku minum seteguk sehari selepas tu. Sampai di hospital kol 4 ptg aku minum lagi air tu bersama air doa yg dibuat oleh ustaz. Sempat gak aku sapu di perut moga dipermudahkan baby ni keluar.

Aku dan hubby terus ke dewan bersalin, tukar kain batik dan baring utk cek jantung baby dan cek bukaan. Masih lagi 4cm dan tgk draf di sebelah dah turun naik. Time ni aku dh start sakit setiap 10 minit. Ikutkan dh boleh masuk labour room tp penuh. Jadi, dorg rehatkan aku kat situ dulu dan bagi ubat tahan sakit. Tp, still sakit gak dan buat aku mengantuk. Mulut ni tak henti2 baca doa nabi yunus..

Kol 6 ptg, misi dtg utk pecahkan air ketuban. Sbb labour room dah ada kosong. Dan.. terus bukaan 6cm. Masuk ke labour room jam 6.15 ptg masih 6cm. Misi panggil hubby. Nampak je hubby aku dah mula rasa nak meneran. Misi tu kata dia baru cek td. Bila cek lagi, memang dh bukaan penuh. Misi tu lak yg kelam kabut. 3 kali push, kuarla heroin seberat 3.02kg jam 6.39 pm.. Alhamdulillah..  Syukur sesangat.. Sama jam lahir dgn Echa. Echa lahir jam 6.40 pm. Tak sangka sgt cepat aku bersalin.
heroin kedua kami.. 3.02kg..
nama taktau lagi.. susahnya nak pilih..

Di labour room..
 xtau lak sebenarnya tak leh amik gambar kat sini.. huhu.

 
hubby dgn baby ..
terharu dapat dgr hubby azankan baby..
time Echa dulu.. pas kuar baby terus misi bawak lari..
skrg ni dia ltk kat dada ibu dulu baru amik utk mandikan..

Hampir 4 jam aku dlm ni lepas bersalin.. tu yg dpt amik gambar.. .sebab apa aku lama? doktor nak tgk jahitan lepas sejam.. aduyai.. bape byk jahitan daa.. pastu rahim aku tak mengecut..dalam 5 org gak la misi n doktor dok pegang2 perut dan tgk kt 'bwh' tu..dah mcm repair enjin kete lak.. adooii.. aku dh penat dan mengantuk.. relakan jela.. tp mmg sakit sgt. pastu dorg inject ubat kuatkan rahim.. pasang air kat tangan.. kol 10.30 malam baru masuk wad.


mak dan mak mertua..

 mama, echa n baby..

dah bertambah sorg ahli..

echa asyik cakap "kakak ada.. kakak ada.."
hehe..
adoii.. jgnla ikut kakak dia ni..

 
 dua permata hati..

Sekian, tu jela kisah yg ingin dikongsikan. Syukur.. syukur.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan Allah.



3 comments:

aiDieNa said...

Tahniah Ayu.. Alhamdulillah semua selamat.. akak memang dah agak awk nak branak petang tu maser si Rose bagitau awak balik sebab bleeding.. debaran awk dah berakhir.. aku nie.. aduhaiiii...

Ayu said...

tak sangka lak cepat. sempat la bahagikan keje. Akak tu utk anak ke-4 ni steady jela. Lg mudah bersalin. insyaallah.

Mama Miraki said...

ayu..rilex tul ayu ni. yea...kalau cik nab dah panik tu...boleh lagi tu dah buka 4cm jalan2..hehehhe