♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, March 29, 2011

Happy Birthday My Love


Semalam birthday ex-bf / ex-tunang aku. Hehe.. sure la hero aku skrg ni.. MR. HUBBY.. huhu..  Masa kenal dulu mmg tak sangka kami lahir pada bulan yang sama dan tahun yg sama. Cuma aku lahir awal 8 hari. hehe. 

Again.. same with my birthday last week, tak celebrate pun. Bukan taknak celebrate, tp dah ari  keje, nak beli kek pun sape nak makan.

Uiiihh.. gambar kek kat atas tu? Tu cuma gambar hiasan je. My faveret cake.. Indulgence Cake from Secret Recipi. Terliurnnya tgk.. Abang, nanti nak kek ni tau..

Selalunya aku yg la yg akan beria2 mintak beli kek la.. nak celebrate. Tp sbb masih mood pantang, terpaksala lupakan seketika. Celebrate tu bila2 pun bole kan..

Untuk suamiku tercinta..
(kalau u all menyampah jgn baca yer sbb tau abang suka baca blog ayang ni kan.. huhu)

Selamat Hari Lahir..
Moga Panjang Umur..
Murah Rezeki..
Menjadi ayah dan suami yg baik dan bertanggungjawab..
My heart for you will never break. 
My smile for you will never fade. 
My love for you will never end. 
Next to you is one of my favorite places to be. 
Happy Birthday my love..
I love you..

Thursday, March 24, 2011

Seksanya..

Arrrrgghhh.... Boringnya berpantang ni. Dah biasa berjalan sana-sini, malam-malam berjalan, gi ngeteh, dok umah je memangla sengsara jiwa dan raga. Rasa kalau dapat kuar lagi cepat baik kot. Pikirkan baby, tak jadi la. Pantang di dalam  arus kemodenan ni cara pantang pun dah moden. Nasib baikla mak pun bukan kuat sgt pantangnya. Pantang pun still berfb dan berblogging lagi. Tu je pengubat kebosanan.

Cuma wajib pakai stoking, jalan kena slow2, bengkung kena pakai, tiap2 pagi mandi air serai wangi,  bertungku dan berurut. Semalam dah abis sesi mengurut dgn makcik jiran sini. Rasa ringan je badan. Pilis dan param aku beli kat kedai jamu. Tp, pakai 2 hari je. Hehe. Makanan lak aku sendiri yg nak sup sayur. Rasa tak lalu nak makan kuah lain. Sebelum pantang ni pun, mmg aku sgt suka sayur-sayuran. Tak kisahla sayur apa pun. Tunggu misi klinik tak dtg-dtg. Dalam masa 10 hari, misi akan dtg melawat 3 kali. Dua kali dah lepas sabtu ahad tu. Cuma tnggal sekali je. Kang kalau dia dtg aku takde, marah lak. huhu.. Baby pun nampak kuning je. Kalau cuaca pagi ok, hubby akan jemur baby. Tp, tgk baby aktif. Tak tido pun dan kuat menyusu. Ptg semalam 2 jam dia berjaga. 

Dah ada pengalaman, yg kedua ni aku rasa sihat dan bertenaga. Dah boleh uruskan diri sendiri. Tak nak menyusahkan mak. Mak pun bukan sihat sgt. Tadi pun first time mandikan baby sendiri. Saja je sbb aku dah tak sabar2 nak balik umah.. Nak uruskan kakaknya lagi. Nasib baik kakaknya, Echa nak tinggal di umah neneknya. Takdela siang mengganggu adiknya nak tido.Tupun payahnya nak pujuk. Malam td, sibuk Echa ajak jalan-jalan tgk lampu. Alahai, sian anak mama ni. 

aYna naFeesa
hari ni 8 hari..
dia tak byk ragam..
 nangis pun xde sgt..

Monday, March 21, 2011

28 tahun sudah..

20 Mac 2011

Happy Birthday to me.. 
Happy Birthday to me..
Happy Birthday to me..
 
Dah 28 tahun umurku. Mula ingat dapatla celebrate kat mana2. Hubby beria nak belikan kek. Tp, rasa malas nak celebrate. Sedar diri dah tua kot. Kerana Echa jela. Echa siap dah order nak kek besar ada ball. Ni sbb dia tgk kek kat bakery Giant la ni. Nantila celebrate skali dgn birthday papa yer..

Dua orang puteriku..
Segalanya bagiku..
Kekuatan diriku..

Inilah hadiah paling bermakna dan tak ternilai harganya

Sunday, March 20, 2011

Bertambah Ahli Keluarga Kami - Kehadiran puteri kedua Ayna Nafeesa

Alhamdulillah. Tak sempat nak publish entry 'counting the day'. Aku dah bersalin. huhu.. 

16.03.2011.

Aku masih keje lagi di opis. Malam tu dah start rasa sakit. Tapi rasa sakit biasa je. Memang tido pun tak selesa. Tapi takdela rasa nak buang air besar ke apa. Mak pun tegur mcm dh dkt nak bersalin je. Org2 tua pandaila dorg tgk.

So, pagi tu pegi la ke opis mcm biasa. Time tu pun rasa sakit gak dalam setengah jam sekali. Hubby pun risau taye nak bersalin dah ke.. tak payah gi keje la.. Tp, aku rasa mcm ok lagi jek. Kuat lagi. Ikutkan due date 26.03.2011.. lagi 10 hari.

Kat opis pun masih sakit lagi. Aku ngadu pada officemate aku. Tp, xde la nak pk apa2 pun. Dan aku takde selera pun nak makan. Aku cuma makan roti bakar dgn telur setengah masak je. 

Settlekan keje mcm biasa tp asyik2 nak ke toilet. Rasa nak buang air besar. Tp, mmg aku membuang pun. Huhu. Mcm Echa dulu, rasa nak buang air besar, tp takde apa pun. So, takdela aku syak apa2 pun. Byk kali ke toilet. Jalan pun rasa sakit dan budak2 kt kaunter tegur. Sakit ke kak? Aku ckp la sakit. Due bile kak? Aku ckp lg 10 hari.

Kali ke-4 ke toilet, dah ada lendir darah. Aduhhh... dah berdebar time ni. Tp, still rileks lagi. Jalan slow2 gi bgtau kt geng2 opis. Dorg lak yg panik. Time tu kol 11.00 pg. Call hubby. Time tu dia kat umah lagi baru nak kuar. Aku ckp aku dh kuar darah. Suh dia dtg amik dan ckp bwk slow2 jgn rushing sgt. Sbb aku pun rasa was2. Mmg tak sakit sgt pun. 

Hubby dtg amik kol 11.45 pg. Gi makan dulu kat area umah. Pastu gi cek kat Gombak Medical Centre (GMC). Cek2 dh bukak 4cm dan doktor tu scan kata muka baby hadap ke atas. Alamak.. lagi la aku saspen. Tp, ktorg tak terus gi hospital. Balik umah dulu. Tukar baju. Barang yg nak bwk ke hospital mmg dh ada dalam kete. Kol 3.45 ptg baru gerak ke Hospital Selayang..

Di GMC.. Time ni dah saspen..

Ok.. dah tau bukaan 4cm.. doktor GMC kata 2 jam leh dah gi hospital..
balik umah dulu packing barang..

dalam kete on the way ke hosp selayang.. sbb aku rileks je.. hubby pun cool.. bwk kete pun still ikut peraturan.. singgah bank dulu bayar apa yg patut..

Dua hari sebelum tu, aku rendam air selusuh (air akar siti fatimah) yg diberi oleh makcikku, Cik Gee yg baru dr balik dr umrah. Dan esoknya terus kembang. Org kata tu petanda nak bersalin. Aku minum seteguk sehari selepas tu. Sampai di hospital kol 4 ptg aku minum lagi air tu bersama air doa yg dibuat oleh ustaz. Sempat gak aku sapu di perut moga dipermudahkan baby ni keluar.

Aku dan hubby terus ke dewan bersalin, tukar kain batik dan baring utk cek jantung baby dan cek bukaan. Masih lagi 4cm dan tgk draf di sebelah dah turun naik. Time ni aku dh start sakit setiap 10 minit. Ikutkan dh boleh masuk labour room tp penuh. Jadi, dorg rehatkan aku kat situ dulu dan bagi ubat tahan sakit. Tp, still sakit gak dan buat aku mengantuk. Mulut ni tak henti2 baca doa nabi yunus..

Kol 6 ptg, misi dtg utk pecahkan air ketuban. Sbb labour room dah ada kosong. Dan.. terus bukaan 6cm. Masuk ke labour room jam 6.15 ptg masih 6cm. Misi panggil hubby. Nampak je hubby aku dah mula rasa nak meneran. Misi tu kata dia baru cek td. Bila cek lagi, memang dh bukaan penuh. Misi tu lak yg kelam kabut. 3 kali push, kuarla heroin seberat 3.02kg jam 6.39 pm.. Alhamdulillah..  Syukur sesangat.. Sama jam lahir dgn Echa. Echa lahir jam 6.40 pm. Tak sangka sgt cepat aku bersalin.
heroin kedua kami.. 3.02kg..
nama taktau lagi.. susahnya nak pilih..

Di labour room..
 xtau lak sebenarnya tak leh amik gambar kat sini.. huhu.

 
hubby dgn baby ..
terharu dapat dgr hubby azankan baby..
time Echa dulu.. pas kuar baby terus misi bawak lari..
skrg ni dia ltk kat dada ibu dulu baru amik utk mandikan..

Hampir 4 jam aku dlm ni lepas bersalin.. tu yg dpt amik gambar.. .sebab apa aku lama? doktor nak tgk jahitan lepas sejam.. aduyai.. bape byk jahitan daa.. pastu rahim aku tak mengecut..dalam 5 org gak la misi n doktor dok pegang2 perut dan tgk kt 'bwh' tu..dah mcm repair enjin kete lak.. adooii.. aku dh penat dan mengantuk.. relakan jela.. tp mmg sakit sgt. pastu dorg inject ubat kuatkan rahim.. pasang air kat tangan.. kol 10.30 malam baru masuk wad.


mak dan mak mertua..

 mama, echa n baby..

dah bertambah sorg ahli..

echa asyik cakap "kakak ada.. kakak ada.."
hehe..
adoii.. jgnla ikut kakak dia ni..

 
 dua permata hati..

Sekian, tu jela kisah yg ingin dikongsikan. Syukur.. syukur.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan Allah.



Tuesday, March 15, 2011

Football Friendly Match & Reunion

Huh.. terasa lama weekend sebab Jumaat lepas MC. Nak kuar jalan-jalan pun malas. Tp, boring lak kalau dok umah je. Petang dalam kol 3 kami kuar. Hubby ajak ke IKEA. Seronok gi IKEA ni. Leh curi-curi idea. Aduh.. banyaknya keta area damansara ni. Nak ke parking IKEA pun jem. Last2 parking kat The Curve jek.
 
Kat mana ni yer? ada lak bomba sesat kt sini..
sambil lalu nak lintas ke IKEA.. amik gambar dulu..
 
 
mr hubby..
konon macam umah sendiri jek..


kalau dtg IKEA ni mula la kuar mcm2 idea nak decorate umah.. 
tp tak cantik gak umah.. huhu..

 Echa pun sempat landing kat katil..
mmg dia tgh ngantuk pun.. asyik ajak balik jek..
bagi dia golek2 kat katil jap..


Malamnya pulak, hubby ada perlawanan persahabatan bolasepak di Stadium Shah Alam. Sekali dgn reunion utk team dia, SEGORA Old Boys FC. Lama dah hubby tak main bola padang. Asyik main futsal jek. Dulu zaman bercinta mesti follow dia lawan bola. Pastu team dia senyap.. dan sekarang ni bila masing2 dah ada anak baru nak start aktif balik.


Mama dan Echa..
Sebab reunion ramai yg bawak family..
riuh stadium dgn suara kanak-kanak je..

bergambar beramai-ramai sebelum games bermula
kelakar lak tgk.. masing2 dah lama tak main.. sume cepat 'pancit'..
kita minum dulu... 

menu malam tu ringkas je..
kuih keria, karipap dan bihun goreng..
mmg tak boring sbb sambil tgk dorg main, sambil tu la mulut ni tak henti mengunyah.. huhu..

abis games kol 11 malam.. terus lampu stadium ditutup..
bergelap la ktorg.
balik je dalam kete gak aku dan Echa tido..
penat sgt..

Monday, March 14, 2011

Our Weekend Activities

Sabtu lepas hari yg padat. Pagi lepas breakfast terus bersiap utk ke Bandar Hussien Onn sbb sepupu lelaki kahwin. Majlis ringkas je. Nikah ari jumaat dan esoknya rumah lelaki. Biasanya rumah pengantin perempuan dulu kan. Tp, taktaula pasal apa dibuat di rumah pengantin lelaki dulu. Rumah pengantin perempuan lak minggu depan. Takpela.. dapat gak aku gi. Manala tau kot2 bersalin awal.

Jalan puyela jem. Sampai sana dah kol 2 ptg. Segan gak sbb tak menolong apa pun. Tp, nasib baik ada adik-beradik aku yg tolong. Yela, kalau majlis kahwin umah ktorg, pakcik mmg sibuk menolong. Takkan la bila majlis anak dia tak tolong lak.

Bergambar dgn mak, kak lin dan kak long..
mengalahkan tuan umah lak..

Kak long dan anak dara dia, Fatin tukang bg bunga telur

 Echa dan Yaya..

aduh.. mana la pengantin ni..
sampai ke sudah tak dpt amik gambar pengantin..
bile nak amik gambar si suami.. si isteri lak takde..

jubah dr Mekah.. ehem.. ehem.. 

wif hubby..
sedondon lak.. :)
Echa dah balik time ni.. diculik oleh pakcik dan makcik dia.. huhu..

Lama gak lepak kat sini. Dah dtg lambat kena la tunggu sampai abis. Echa lak pak ngah dan mak ngah dia dah bawak balik sebab sibuk je nak mengikut sepupu-sepupu dia. Leh la lama-lama kat sini. Kol 5 ptg baru gerak balik gombak. Nak bersiap utk aktiviti malam lak.

Malamnya angah buat kenduri doa selamat. Sekali dgn housewarming. Dah bape bulan duduk umah baru, la ni baru ada kesempatan nak wat. 

kak ipar, kak miza yg tolong hidangkan makanan..

 Menu pada malam tu..
spaggeti, sate dan nasi himpit dan ayam BBQ..

Echa dan sepupu-sepupu dia..

apis dan hubby sdg membakar ayam..

ada lak tukang sibuk..
hehe..



 abah dan besan..

mak dan besan..

dgn nana dan kak lin

jemaah surau yg dtg..
xramai pun cuma kawan2 abah je..


nana, kak mas dan kak miza..

anak sedara dgn Cik Wan..


kek birthday utk abah..
celebrate skali..


ini budak pun sibuk gak mau tiup ini lilin.. hehe..


happy birthday to u abah..
we love u..


sbb banyak sgt makanan terpaksa la tolong tapau bwk balik.. 
balik umah pun awal kol 11 malam..
penat sgt satu hari berjalan..