♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Sunday, February 6, 2011

Siri Jelajah Selatan - Port Dickson dan Melaka

Dah ari ahad dh dan penghujung cuti yg lama. Lambat nk update blog sbb  kalau kt umah tu mesti nak tido je. Lebih baik jalan-jalan kt luar jekan.. Makin sarat ni makin ligat pulak aku nak berjalan2. Utk CNY ni aku apply cuti 1 ari iaitu ari rabu. Lama la aku bercuti kan. 6 hari tu.  Kalau keje pun xde geng kat opis. Baik cuti je leh bermanja2 dgn Echa n hubby.

Puyela memikir nak gi mana cuti CNY ni. Ajak hubby gi Cherating atau belah2 sana. Dia kata dh bosan drive arah ke pantai timur. yela.. dia dah byk kali ulang-alik ke sana 2 bulan ni. Okla. tukar tempat. Tp mmg blur. Nak ke tempat yg ada kolam je sebenarnya sbb nk mandi-manda.  Last2 gi Port Dickson jela. Dh blur pulak taktau nk tido mana. Sbb byk apartment kt PD ni. Aku nk hotel je sbb bkn nk masak pun. huhu..

Tido di Corus Paradise. Mula2 tak confident dgn hotel ni sbb slalu dgr bad review je. Tp, bila tinggal sendiri kat situ rasa ok je. Servis ok. Bilik pun cantik dan besar. Ada astro lagi. View pun cantik. Rasa nak amik adik2 ipar dtg sini.Sblm tu singgah kampung Melaka dulu..

Katil dua2 queen dan menghadap laut. Kalau tensen2 tgk laut terus tenang kan.

Sampai2 je terus tukar swimming suit sbb takut ujan.. Kat sini kena pakai swimming suit. Kalau pakai tshirt mandi kt kolam yg tak dalam boleh la. 

 Suka Echa dpt main air.. smpai selsema..

 


faveret Echa main pasir.. bknnya dia nak mandi laut..

time kol 4 ptg.. sgt panas.. abis hitam kulit mak.. hehe..

papa dan Echa..cuaca yg sgt panas.. kejap je dh jd mendung.. terus hujan...


Malam tu jalan2 area Port Dickson. Kan best kalau kaum kerabat ada kat sini gak. Lalu kat Blue Lagoon Apartment Percutian Family bak kata MamaMiraki.. Sunyi je rasa jalan2 bertiga ni. Gi bazar malam kt sana..


 

cuba teka ni kat mana? time ni kol 11.15 malam.. sekali tgk mcm kt kubur cina kan.. eeiii.. seram lak.. lepak kt Pantai Cahaya Negeri (betul ke x nama tmpt ni)



dh puas jalan2 blk hotel.. 
bergambar kt lobi hotel.. penuh dgn tanglung..

view dr bilik hotel.. cantik kan..



Satu lagi tekak ni rasa nak makan ikan bakar kt umbai. Check out kol 12 tgh. Taktau nk gi mana. Kt kampung Lubok china takde sesape lak sume dh blk KL. Hubby ajak jalan2 gi Melaka. Lepak kat Mahkota Parade. Kol 4 ptg baru ktorg gerak ke Umbai. Sampai sana kol 5 ptg.

  
di Mahkota Parade.. ingat kejap je lepak sini saje buang masa tp dh tgk2 baju 2 jam lebih gak kat sini.. terus ke Umbai.

 gerai faveret ktorg klu ke sini..
Awalnya kol 5 ptg ktorg sampai tauke gerai pun tgh susun ikan. 

pilih ikan yg plg kecik.. time ni xde org lg.. kira 1st customer la ni.. huhu..

 
hubby tersayang..

 menu yg biasa2 je.. makan dgn nasi lemak comel yg sedap.. 3 bungkus aku melantak..

 
 ikan siakap bakar yg mmg meletup cicah dgn kicap..

teh o ais utk hubby dan fresh orange utk aku.. Echa minum air suam je.

 kupang sambal.. saja amik n mmg ktorg makan xpenah abis.. saja order sbb nak bungkus bwk blk..

Kol 6.30 ptg terus gerak blk dan sampai kl kol 8.30 malam. Singgah umah mertua dulu nak antar ole2 dr kampung Melaka dan kupang sambal..


Balik lepak kat umah 2 ari terus kan misi jelajah selatan ke Johor Bahru lak. Nantila citer-citer yer..

No comments: