♥All About My Family, My Friend, Food, Hobby and We Are Also Love Travelling♥

Tuesday, February 15, 2011

Sian Yaya..

Opps.. jgn terkejut tgk gambar ni ekk.. Saja je amik gambar kat katil ni sbb empunya katil dah lari. Takde tempat nak duduk, aku landing jela kat katil ni. hehe.. 

Ni gara-gara anak kakak, Kak Lin kena masuk wad sbb paru-paru ada kuman. Cek kat klinik biasa kat sentul doktor terus buat surat refer ke hospital. Kak Lin dan hubby dia dua2 orang gomen, so nak ke selayang macam lambat sgt je prosedur dia. Sebab dorg ada insurance, dorg prefer Hospital Tawakal je. Kat bangunan baru tau.. cantik..

So, malam tadi ktorg lepak kat sini..

 Kalau orang lain mmg tak elok amik gambar kat sini mcm doakan masuk hospital lak. Tapi sbb aku puye kes lain skit la kan.. Tak dpt nak dok hospital camni, dpt merasa kejap pun jadila. manala tau dapat pakej bersalin murah kat sini.. huhu..
 
 
 Oooo.. pesakitnya main kat sini la..
Echa dgn sepupunya Yaya yg macam tak sakit jek..



 Ayahanda, angah dan hubby..
Apala yg dorg tgk tu? Ooo.. tgk bola rupanya. Ada astro.. 
Orang nak tgk citer Awan Dania la..

ha.. ni dia pesakitnya.. sian anak sedara acik ni.. Puyela aktif berlari mcm tak sakit jek.
Ingat kan kena tahan wad 1 hari jek, tapi kena 3 hari lak. dah mama dia tak cukup baju sbb dok kat Bangi.. Kena la standby baju Echa..
Yaya ni mmg kuat tul la. Tak nangis pun bile kena cucuk ke apa.. Lagi dia marah misi sbb kacau dia nak tido. Setiap 4 jam dia kena oksigen ke apa ntah..........

Tgk Echa tu.. dia pun sibuk je nak baring kat katil siap berselimut lagi..
Lagi lak dia ckp Echa sakit perut la mama.
Jgnla Echa.. ingat masuk hospital ni suka-suka hati je ke.
Mintak2 la dijauhkan semua tu..  Amin..
Aku suapkan Yong Tau Foo yg beli kt pasar.. kegemaran budak2 ni.. abis licin sbb sejuk kot..


Ada katil kat sebelah.. mmg selesa utk parents yg nak temankan anak dorg..

Time nak balik tu, sian Yaya sbb sedih tgk ktorg nak balik. Lagi2 tgk Echa. Siap peluk cium sume.. Moga Yaya cepat sembuh yer sayang..

No comments: